Ramai yang tak sedar, ada pertanyaan yang diajukan itu rupanya melukakan hati orang lain. Daripada tak ada apa-apa, jadi haru biru hanya disebabkan kata-kata itu.
Pesan Ustaz Asrulnizam Abas ini banyak benarnya. Fikir-fikirlah jika pertanyaan itu akan memberi kesan yang lebih besar kepada hidup orang yang ditanyakan, lebih baiklah DIAM.
Seorang teman bertanya, “Berapa gaji kau sebulan kerja di kedai tu?”
Dia menjawab, “RM900.00 sahaja.”
“RM900.00 sahaja? Sedikit sekali boss hargai keringat. Cukup ke nak hidup sebulan
?”Sejak saat itu temanmu jadi membenci pekerjaannya. lalu dia meminta kenaikan gaji pada majikannya, dan pihak majikan tidak dapat mempertimbangkannya. Kini temanmu tidak lagi bekerja bahkan menjadi penganggur.
Saat seorang ibu bertanya;
“Rumahmu ini bukankah agak sempit? Bukankah anak-anakmu ramai?”
Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak saat itu mulai dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan pun hilang saat keluarga ini mulai berhutang untuk mendapatkan rumah yang lebih besar.
Seorang abang bertanya saat kunjungan seminggu setelah adik perempuannya baru sahaja dapat melahirkan baby baru.
“Hadiah apa yang diberikan suamimu setelah engkau melahirkan?”
“Tidak ada.” Jawab adiknya pendek.
Abangnya bertanya lagi: “Apakah suamimu fikir kamu ini tidak berharga? Aku selalu memberi hadiah isteriku walau tanpa alasan yang istimewa
.”Keesokannya, ketika suaminya lelah pulang dari tempat kerja dan pulang, kelihatan isterinya merajuk dan meminta hadiah. Mereka bertengkar. Sebulan kemudian, antara suami isteri ini terjadi perceraian.
Kerana apa? Kerana kalimah sederhana yang diucapkan seorang abang kepada adik perempuannya.
Seseorang bertanya pada nenek tua itu,
“Berapa kali anakmu mengunjungimu dalam sebulan?”
Si nenek menjawab, “Sebulan sekali.”
Yang bertanya membalas balik,
“Wah keterlaluan sekali anak-anakmu itu. Diusia senjamu ini seharusnya mereka mengunjungimu lebih kerap.”
Hati si nenek menjadi sedih padahal awalnya ia amat rela dan memahami situasi anak-anaknya. Maka menjangkakan si nenek dan kesihatannya pun bertambah buruk.
APA SEBENARNYA KEUNTUNGAN YANG KITA DAPAT DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN BEGITU?
Ada masanya mulut kita perlu ada ‘insuran’ untuk tidak bertanyakan benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya sangat melukakan orang lain.
MW : Sebab itulah sebelum nak membawang bertanyakan soalan ‘makan dalam’, sebaiknya cuba letakkan diri dalam ‘kasut’ mereka. Jika anda pun rasa sukar nak terima, apatah lagi yang ditanya itu. Pedih weh!
Sumber/Foto : Asrulnizam Abas, Baik diam dari terkeluar soalan sensitif.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.