Lebih Air Buat Akar Pokok Indoor Mati, Bukan Salah Tangan “Panas”

Share

Sekarang ini ramai mak-mak beralih hobi daripada menghias rumah menggunakan bunga atau pokok artificial kepada pokok hidup. Bukan sahaja cantik, pokok-pokok hijau ini dalam diam memberi terapi buat kita yang banyak habiskan masa di rumah.

Sebenarnya penjagaan indoor plant atau pokok dalam rumah tidaklah susah. Namun setiap pokok lain penjagaannya, tak sama. Pokok dalam rumah juga tidak perlu disiram kerap seperti pokok di luar.

Sebenarnya menurut @plnt.co, sebenarnya biarlah pokok kurang air daripada terlebih air. Jika terlebih air akan buatkan akar pokok mati. Jangan disalahkan tangan yang panas pula.

TIP ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT

Mungkin sudah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ini kan.

Jadi hari ni kakak share tip asas penjagaan pokok dalam rumah ok.
Indoor plant ini sebenarnya taklah rumit mana hendak jaga. Cuma setiap pokok itu dia ada cara dia tersendiri.

Basic rules pokok hidup dalam rumah:

1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3 hingga 4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semulajadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.
5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1 hingga 2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu bajakan pokok dalam 1 hingga 2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan.


8. Untuk pasu yang tidak berlubang di bawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.
9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.

Jangan Salahkan Tangan “Panas”

Pokoknya, kalau tak tahu nak jaga, tanyalah tukang jual.

Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.

Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok.

Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya

Selamat mencuba

MW: Nama pun pokok dalam rumah, jangan gatal-gatal tangan pagi petang, siang malam nak menyiram pokok. Siram biarlah berpada-pada. Lebih bagus klik 

Sumber: @plnt.co

Published by
Nur Syazwani Mehat