Kulit wajah yang sihat, bebas daripada parut, jerawat dan jeragat memang idaman setiap wanita. Apatah lagi usia semakin meningkat, lagilah kulit wajah tu kena dijaga. Jika dah cuba macam-macam produk, namun tak berkesan cuba amalan penjagaan ringkas guna bahan semulajadi je, iaitu perahan lemon dan madu asli. Manalah tahu serasi dan berkesan
Petua ini memang jimat kos dan telah diamalkan oleh Puan Sharifah Zahidah, bertahun lamanya.
Ini lemon. Belakangnya tu adalah botol madu asli. 2 bahan ni adalah bahan paling terbaik yang pernah jadi pencuci muka saya. baca sampai habis kalau eager nak tahu rahsia jaga kulit dengan kos rendah, cara sayalah.. ‘KALAU’ nak tahu.. Kalau taknak tahu, scroll cepat-cepat ya 😀
Lebih 30 tahun, saya hidup tanpa secalit bedak. Lebih kuranglah… Sejenis low maintenance. Kecuali bab kediaman. Tu kita macam high sikit hehe sebab sangat pentingkan keadaan kediaman dan persekitaran. Wajib bersih, damai dan selesa.
Bab skincare, low maintenance..
Masa nikah pun, tak sapu apa di muka. Cuma lately bila dah makin menginjak dewasa, saya mula concern sikit pasal kesihatan kulit muka. Saya tengok semua orang takut dengan jeragat. Saya pun terjebak takut sama. So mulalah pakai bedak, cream dan serum.. Konon-kononlah kan nak jaga kulit muka. Sedar diri #kiantua
Tapi tapi..
Dipendekkan cerita, dari kulit elok terjaga, habis naik jerawat dan parut segala lepas belajar nak berskincare ni.. Betul, kalau anda jumpa saya sekarang anda boleh lihat betapa tak sihat kulit saya sekarang.. Banyak parut-parut jerawat dan agak kusam.. 🙁
Fikir punya fikir, mana silap? Kenapa teruk sangat kulit saya sekarang…
Lama-lama barulah saya perasan, kulit jadi teruk sejak saya pakai macam-macam di wajah. Padahal saya memang jenis berprinsip, “less is more.” Lagi kurang letak barang kat muka, lagi mudah nak jaga kulit muka sebenarnya.. (Skincare yang saya guna sangat bagus. Cuma maybe bukan rezeki jenis kulit saya..)
So, saya pun macam tersedar dari mimpi.. Dan teringat apa saya buat dulu untuk jaga kulit muka selama ni..
Sebab ramai tegur lately, kenapa dengan muka saya?
So nak tau apa saya buat dulu?
Tak buat apa-apa pada muka adalah berbuat sesuatu yang amat bermakna untuk kesihatan kulit saya sebenarnya..
Ya, tak buat apa pun dulu..Buat basuhan yang basic saja.
Iaitu..
Campurkan perahan lemon dengan madu asli..
Cucikan ke muka, urut lembut. Bilas dengan air.
Buat seminggu sekali atau 2 kali saja.
Jangan lebih.
Itu saja.
Jalan ke mana-mana memang tak bawa pencuci muka.
Cuci guna cara ni saja.. Lemon + madu.
Yang penting, ratio lemon dan madu asli tu seimbang.Lemon jangan banyak, madu jangan kurang.Tekstur dia macam melekit-lekit tapi still berair.. Itu tekstur tepat bancuhan.
So bila dah sedar, saya kembali ke rutin biasa saya sekarang ni.Al hasil, kulit saya sekarang mula recover dengan sangat pantas.Sebab happy tengok kulit dah makin baik, saya pun teruja nak share hal ni dengan anda semua..
InshaALLAH banyak khasiat dari penjagaan ringkas macam ni. Dah invest beli ratusan RM sebotol serum-serum jenama mahal-mahal dan jenama antarabangsa. Tetap, resipi 2 ni yang paling sesuai dengan saya.
Harap-harap lagi sebulan kulit saya kembali sihat seperti biasa.Saya yakin dengan 2 ingredients ni.. Dah bertahun saya jadikan ia rahsia jaga kulit saya. Tapi hari ni, dah tak rahsia lagi nampaknya.
Takpe, kita orang perempuan ada concern yang sama semua kan. So tak salah kita share benda-benda gini kan. Baru rasa macam #forevasista gituhh..
Cubalah nanti..
Then share apa anda2 punya kesan lepas try petua ni.Tapi kalau alah madu, sila jangan cuba okey 🙂
Ok itu saja sharing simple saya.
Sekali sekala sharing benda santai, apa salahnya kan..?
Anda ada rahsia atau petua yang boleh share?
Baca Lagi Di Sini:
6 Sebab Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi
Ini 8 Manfaat Wanita Amalkan Air Rebusan Serai, Halia & Lemon Bila Bangun Pagi
MW: Jadi buat mak-mak yang ada masalah penjagaan kulit wajah, jika dah cuba macam-macam produk tak berkesan, cubalah petua yang dikongsikan ini. Manalah tahu, serasi dan berkesan. Jimat pun iya !