Lebih 200 Menu Diet Ibu Menyusu Ini Amal, Tanpa Sedar Berat Turun 24kg Dalam 6 Bulan

Share

Berat asal ibu menyusu ini 85kg. Menariknya perjalanan diet beliau, dalam tempoh 6 bulan tanpa disedari berat badannya sudah berkurang sebanyak 24kg. Ternyata diet ibu menyusu yang diamalkan menjadi.

Yang penting, Maznu Shahari (Mazs Shaari) dalam usia 31 tahun tak berasa tertekan pun dengan rutin diet yang diamalkan. Sebabnya ibu ini masih boleh makan nasi.

Ibu menyusukan perlukan segala macam protien, vitamil dan mineral untuk keperluan bayinya.

Tentulah apa yang beliau kongsikan ini menyuntik inspirasi pada mak-mak menyusu yang mahu menurunkan berat badan, dalam masa sama tak abaikan anak kecilnya.

Dari 85KG Dan Kini 61KG

Insya-Allah journey ini akan diteruskan hingga ke angka 58kg.

Di sini adalah contoh menu-menu untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku-suku separuh. Kalau betul-betul ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula boleh loss sebulan 5kg.

Saya mengambil masa selama 6 bulan untuk 24kg loss. Pernah buat diet kurangkan carbo sebelum ni tapi tak sesuai dengan saya lagi pula masih menyusu baby.

Yang penting dalam journey ini saya sangat enjoy sedar-sedar dah hilang 24kg.”

Akuinya ketika mula-mula amalkan diet, ibu ini mencuba cara eat clean. Makanan tiada gula, garam dan minyak. “Sebaik dah turun 15kg saya ambil semua tu seminggu 2 ke 3 kali dengan jumlah yang sedikit

Tambahnya lagi, ketika berdiet mak tak perlu stress. “Pelbagaikan menu bagi menarik supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat. Nak makan pun selera.

Tipu lah kalau tak craving macam-macam.he.. saya amik dalam sebulan tu 1-2 kali untuk cheat. Bila malam rasa lapar saya akan minum air masak, selalunya mindset kita je cakap lapar-lapar. Bila lama-lama kita dah terbiasa.

Diet tak makan nasi rugi weh!

Tips saya yang paling utama adalah SABAR! percaya lah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri hinggakan tak kan percaya’aku dah kurus’

.

Ketika berdiet ini hati kena kental, jangan cepat mengalah. “Banyak yang saya tengok bila berdiet tak lama 1-3 minggu je, lepas tu give up.”

Mak-mak kenalah juga bersenam 3-4 kali seminggu.

Ini Antara Menu Yang Diamalkan Mazs Shaari Yang Boleh Dicuba

 

Nasi beras perang sesenduk
Ikan siakap sepotong (grill perap bawang putih ,serbuk cili)
Carrot (grill)
Gulungan sayur dalam telur
* tumis bawang putih/merah 1 sudu kecil minyak, masukkan sayur masak hingga layu.
1 biji telur pecahkan dan kacau dadar atas pan. Tak payah terbalikkan dan letak terus sayur yang dah siap tadi kat tengah dan gulung (Saja buat kelainan baru ada selera nak makan)

Nasi beras perang sesenduk
Ayam grill perap macam biasa (bawang putih, halia, serbuk cili)
Terung (grill)
Carrot (grill)
Sayur bayam tumis bawang putih /merah 1 sudu kecil minyak masuk sayur masuk garam sikit balik-balik dah siap.

Nasi beras perang sesenduk
Ikan tongkol grill macam biasa perap dulu dengan bawang putih, halia, serbuk cili.
Kangkung
Tumis bawang dengan 1 sudu kecil minyak masukkan kangkung, garam sikit.

 

Nasi beras perang sesenduk
Ayam grill (perap bawang putih, halia, serbuk cili)
Bayam
Tumis bawang 1 sudu kecil minyak. Masukkan telur kacau dan masukkan sayur, garam sikit siap.
Lunch
Nasi beras perang sesenduk
Siakap grill (perap bawang putih,serbuk cili)
Carrot grill
Sayur
Siew park choy celur
Bawang putih cincang tumis masukkan sedikit kicap. Masukkan air tepung jagung (1 sudu kecil tepung jagung bancuh dengan sedikit air) kacau sebati tuang atas sayur.
OVERNIGHT OAT KIWI (first trial)
Pagi ni try makan overnight oat yang buat semalam. Lepas ni kena buh buah manis-manis sikit nyum-nyum.
1/2 cawan oat
1/2 cawan susu
1 biji kiwi
2 sudu low fat yogurt
* Masuk oat dalam bekas pilihan, tuang susu, susun buah last masukkan yogurt
.Simpan dalam peti ais. Esok pagi makan.
LUNCH
Nasi beras perang sesenduk
Salmon grill (Perap bawang putih, halia, serbuk lada hitam)
Carrot grill
Brocolli grill
Baby romaine
BREAKFAST
SANDWICH SARDIN
Sardin ayam brand (hancurkan, kuah buang)
Tambah mayonis kewpie sikit, bawang merah, cili kecil.
Roti wholegrain
LUNCH
Ikan siakap lumur dengan setengah ketul kiub tomyam..
Bawang merah/putih *potong
potong *potong
Tomato *potong
Karot *potong
Brokoli *potong
2 biji cili padi *potong
Bahan potong letak atas ikan kukus *brokoli tu dekat ikan nak masak baru masukkan. Pastu kukus balik.
Siew pak choy tu kukus je..dah masak titiskan olive oil.
Snacking – epal hijau dan anggur
BREAKFAST – Oat Avocado Anggur
* 3 sudu oat
* susu low fat
Buah apa-apa pun boleh
Avocado kalori tinggi, so amik sebelah ja.
Lunch
SANDWICH CHIC AVOCADO (sedap tak namaku beri)
Nasi beras perang, siakap grill dan terung karot brokoli grill.
Overnight oat pisang + mangga (SAHUR)
Brown rice, grill chicken mix vege, spinach.
Isi ayam potong kecil-kecil perap dengan bawang putih dan halia ,serbuk lada hitam.
Sayur karot, timun jepun ,terung, brokoli bawang merah (semua potong dadu)
*grill ayam dulu hampir-hampir masak masukkan karot, terung, timun brokoli bawang last masukkan tomato ceri.
Bayam : Tumis bawang sesudu minyak, masukkan sayur.
Apple juice
Tambah 1 sudu gula pasir
BREAKFAST – oat pisang + apple
LUNCH
Brown rice, salmon grill, vege.
Salad buah – epal hijau, epal merah dan avocado.
Egg sandwich wholemeal

Nasi ayam (beras perang)
Ayam grill
Jus mangga lily tanpa gula.
Nasi beras perang, bayam celur, sayur grill campur ayam dan ikan tongkol kari kering.
Jus mangga (mangga harum manis jiran bagi)
BREAKFAST – oat, mangga dan kiwi.
LUNCH – nasi beras perang, siakap grill, siew pak choi kukus, bendi dan tomato.
Nasi beras perang, sayur campur, tenggiri grill dan kerabu pegaga cili padi.
BREAKFAST – egg sandwich wholemeal
BREAKFAST – lempeng pisang tanpa minyak.
LUNCH – nasi beras perang (kukus) , ayam grill, udang grill, sayur grill

BREAKFAST – keledek grill dan telur hancur.

LUNCH
nasi beras perang
tenggiri kukus limau
sayur campur
LUNCH – nasi beras perang, tenggiri kukus halia, bayam rebus dan timun.
LUNCH
Nasi beras perang
sayur campur udang
telur gulung cili padi
* Tumis bawang dengan 1 sudu kecil minyak masukkan udang, masuk karot ,kacang panjang dan bunga kobis tabur serbuk lada hitam goreng sampai masak.
* Telur dadar tambah cili padi goreng atas pan tanpa minyak, lepas tu gulung.
BREAKFAST – lempeng kentang
* 1 biji kentang rebus dan lecek, masuk 3 sudu tepung gandum, susu low fat, secubit garam. Masak atas pan.
LUNCH – nasi beras perang, ikan tenggiri grill bersambal, carrot bunga kobis celur, pucuk ubi celur
Resepi Pes Sambal Ikan Grill
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Air asam jawa
Sedikit belacan
* Kisar semua, masak atas kuali dengan 1 sudu kecil minyak hingga kering. Sapu atas ikan dn grill.
LUNCH
Nasi daging beras perang (masak dengan air rebusan daging je)
Daging air asam tomato
** Bayam (my milk booster)
BREAKFAST – sandwich telur dadar
* Pecahkan 1 biji telur kacau. Masukkan tomato, bawang, serbuk lada hitam cili kalau nak pedas. Dadarkan atas pan.
* Lipat menjadi 4 segi (senang nak letak atas roti)
Roti wholemeal letak atas pan sekejap bagi garing, dah siap letak telur dadar parut timun dah boleh makan.
OVERNIGHT OATS

Prepare untuk breakfast esok
* 4 sudu besar rolled oat
* Saya letak susu kurma
* Buah-buahan pilihan
LUNCH – tenggiri kukus limau
* Perah limau ke atas ikan, serbuk lada hitam , letak tomato dan bawang putih..kukus.
Mak-mak yang nak tengok selebih 160 menu diet Mazs Shaari ini boleh klik link sumber ‘Maz Shaari’ yang MW kongsikan di akhir artikel. Ada bermacam-macam jenis menu yang buat anda berdiet dengan bahagia.
Nampak selera betul. Jika dalam diet kenalah makan ikut sukatan dan berpada-pada ya.

Antara Senaman Yang Boleh Mak-mak Cuba

Ini antara jenis senaman yang dilakukan oleh Mazs Shaari sepanjang usaha menurunkan berat badan. Seperti perkongsiannya, senaman perlu dilakukan 3 ke 4 kali seminggu untuk hasil diet yang terbaik.

 

Anak2 dok tidor lagi curi peluang workout jap...tu sebelah batu tungku,untuk buat dumbel sementara wakakaa..jangan gelak eh
Bila boleh jogging kat luar ni..kat rumah ciput je burn
Sumber/Foto : Mazs Shaari
Published by
Netty Ah Hiyer