Layankan Saja Ragam Pelik Isteri, Itulah Buat Suami Rindu Menggebu

Share

Walau sudah 10 tahun berkahwin pun belum tentu seorang suami dapat memahami ragam isterinya dengan baik. Betulkan.. contoh mudahnya, cuba tanya isteri nak makan di mana.

Dari mula kahwin sampai ke sudah, isteri tetap masih keliru nak beri jawapan makan di tempat yang dia mahu. “Mana-mana pun ok bang.” Tapi bila dah sampai, lain macam sungguh reaksi wajahnya.

Dan kau pun sebagai suami, lagilah bertambah keliru. Tak faham.

Tapi jangan marah kawan.. sebab ragam pelik pelik isteri inilah suatu hari nanti yang suami akan rindui. Perkongsian Puan Marlia Ramli ini tentang ragam pelik isteri dan solusinya ada banyak benarnya.

Ragam Inilah Yang Dirindui..

1 – Wanita ni pelik.

Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!

2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!

3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So… Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.

4 – Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.

 

Sebab itulah…

5 – Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah… Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.

6 – Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.

7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?

8 – Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.

9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Ya,  mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.

10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.

11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi.

Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.

12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah isteri anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.

13 – Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.

Salam sayang

Sumber/Foto : Marlia Ramli

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer