Layanilah Isteri Atas Perintah Allah. “Jangan Pula Suami Menurut Setiap Arahan, Kehendak Isteri.’

Share

Layanilah isteri atas perintah allah. “Jangan pula suami menurut setiap arahan, kehendak isteri.’ Ini membawa maksud seorang suami layanilah isteri sebaik mungkin namun berlandaskan perintah Allah.

Tak salah merendahkan ego, bantu isteri uruskan rumah tangga dan anak-anak kerana saling membantu dan bertolak ansur itu adalah kunci kebahagiaan dalam berumah tangga.

Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar dan hadam baik-baik mengapa seorang suami perlu melayani seorang isteri dengan baik melebihi orang lain.

Artikel Berkaitan: Ustaz Kata, Kelebihan Suami Yang Layani Isteri, Rezekinya Lapang Lagi Senang

Layanilah Isteri

Pesan guru saya:

Mencintai isteri itu perintah Allah. Ini termasuklah membela, menjaga, memberi perlindungan dan melayani isteri dengan penuh rasa kasih sayang.

Maka, siapa yang tidak mencintai dan memuliakan isteri yang telah taat dan patuh pada suami, suami itu berdosa.

Atas Perintah Allah

“Dan hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik.” Ini Allah sebut dalam surah An-Nisa ayat 19.

Ikutkan ayat ini, melayani isteri dengan cara yang baik itu adalah wajib. Menjadi tanggungjawab suami pula untuk santuni isteri dengan cara yang paling istimewa.

Jangan Pula Suami Menurut Setiap Arahan

Ingat kawan-kawan pesan Nabi kita:

“Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-sebaik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.”

Macam tu sekali Nabi kita mengingatkan kita tentang layanan suami terhadap isteri. Mereka ini teman kita, kawan kita yang paling kita percaya, tempat untuk kita melahirkan segala sifat kasih dan cinta.

Baca Juga Di Sini:

Cara Muliakan Hati Isteri, Suami Kena Turunkan Ego Layani Pasangan Ikut Perintah Allah

Suami, Bila Balik Rumah Belilah Sesuatu Untuk Keluarga, Nilai Kasih Sayang, Cara Santuni Isteri

“Isteri Ada Hari Dia Terbaring, Tapi Bukan Sakit.’ Isteri Burnout Bukan Mengada-Ngada

Kehendak Isteri

Benar. Memuliakan hati seorang isteri ini memerlukan kita untuk menurunkan ego kita sebagai seorang suami. Namun hiduplah dengan prinsip yang betul.

Kita melayani isteri atas perintah Allah. Kita bukan merendahkan diri sampai kita menuruti setiap arahan dan kehendak isteri. Sampai orang kata kena suruh suruh itu ini.

Tidak. Itu yang saya sebut hidup berprinsip. Lelaki itu ketua. Namun tak salah kalau ketua itu turut membantu buat kerja rumah contohnya, jaga anak-anak, basuhkan baju, kemaskan dapur dan uruskan baju sendiri.

Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Belajar.

Mingguan Wanita : Jadilah suami yang membahagiakan isteri nescaya rumah tangga akan bertambah utuh. Insyallah.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat