Layan Emosi Anak Ikut Usianya, Tepat Caranya Dia Taat Tanpa Dipaksa

Share

Ayah ini, Mohd Shariman Che Deris (abe long) berkongsi tip melayan anak yang sedang meningkat remaja. Jauhkan ya mak ayah, dari suka mengarah-ngarah.

Sebab cara itu, akan buat anak susah mahu taat dan dengar apa yang mak ayahnya harapkan. Ada cara betul, macam mana nak bagi anak-anak ini dengar kata tanpa kita memaksa-maksa.

Saya Dengar Dan Saya Taat

Dalam perjalanan daripada Senawang ke Adamson, sambil memandu.

Angah, nanti masa di Hotel Adamson. Angah tolong abah untuk ambil gambar di sepanjang program deh, cari moment-moment emosi. Boleh angah?”

Perlahan tone suara AL memberi arahan dalam pendekatan minta tolong kepada angah.
Baik abah
Alhamdulillah, persetujuan yang dicari.

Abe long senyum sendirian, yes teknik menjadi. Apa yang abe long mahu bakal ditunaikan.
Ini yang pasti.

Bila berurusan dengan anak dewasa.
Kita perlu melayan mereka sebagai dewasa.
Mereka bukan anak kecil yang semudahnya mahu kita arah-arah.
Angah basuh baju“
”Kakak kemas katil dan basuh pinggan berlambak tu

Maaf iya, abe long dah pun cuba teknik ni usahkan nak menjadi, silap-silap kita pula dipandang pelik.

Iya, bila umur dah dewasa.
Anak-anak kita ni beranggapan mereka patut dilayan berbeza, mereka dah besar kot.
Ini cabaran untuk kita sebagai ibubapa.

Mahu atau tidak, kita wajib belajar.
Mahu atau tidak, kita wajib mencari lebih lagi ilmu parenting.

Apabila seorang telah meninggal dunia, maka seluruh amalnya terputus kecuali tiga, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shalih yang mendo’akannya.” (HR. Muslim: 1631).

 

7 Tip Layan Anak Dewasa Ikut Rentak Kita

Ada 7 tips yang boleh abe long share bila kita mahu anak dewasa ikut arahan@rentak kita.

1. Gunakan Tone Suara Yang Rendah

Maksudnya perlahankan suara kita, pandang anak dan cakap dengan makna.
Bila perlahan tu, janganlah pulak berbisik ye. Langsung anak lost tak faham apa kita cakap.

2. Elakkan Pendekatan Arahan

Maksudnya mudah, panjangkan cerita bila kita mahu anak buat sesuatu.
Kakak, bila ke dapur tu dan nampak pinggang mangkuk dalam sinki, tolong ibu ye. Basuhkan dan simpan, nampak kemas dan bersih dapur kita nanti kakak
Berbanding…
Kakak basuh pinggan” nampak maksudnya?

3. Gunakan Pendekatan Bantu@tolong Abah

Cerita mudahnya adalah kita menghormati anak dengan cara minta dia membantu.
Ya Allah, anak akan lebih mendengar hatinya akan lebih terbuka. Apa taknya, bila kita dengan senyum dan redup wajah meminta dia membantu…rasa bangga kot anak kita.

4. Berikan Penjelasan Kenapa Kita Mahu Dia Buat Apa Yang Kita Minta

Anak-anak ni perlu kita bina daya fikir, mereka mencari-cari asbab.
Eh kenapa aku nak kena basuh pinggan, kakak kan ada
Eh kenapa pula aku nak kena ambik gambar, orang lain kan ada. Malu la aku

‘.
Anak-anak akan bermonolog, bercakap sendiri dengan diri. Kita perlu beri jawapan ni.

5. Dapatkan Persetujuan, Jangan Assume

Ni best kan, kadang kita ni mak ai ego sebagai parent ni melangit.
Aku bapak kot, tak kan lah nak kena dapatkan persetujuan anak dulu, dia kena la ikut
Benar, setuju tu.
Terutamanya untuk anak kecil, bila anak telah dewasa mereka ada pemikiran tersendiri.
Kita perlu memenuhi keperluan ini.

6. Jika Anak Lambat Beri Respons, Add On Kepada Sebab Tadi

Macamana nak tahu?
Bila dia masih lagi blur atau diam je selepas 10 saat, then kita kena respons.
Bila angah bantu abah, ringan sikit kerja abah dan tidak lah terkejar-kejar sangat

7. Berterima Kasih Kepada Anak, Senyum Dan Tepuk Belakang Bahu Anak

Alhamdulillah, terima kasih angah terus abah rasa ringan dan lega

Beri Anak-anak Lalui 3 Rasa Ini

Kesemua tujuh tips ni abe long ambik pengajaran daripada pengalaman dalam mendidik anak-anak abe long.

Pendekatan yang mudah ini akan buatkan anak kita akan melalui sekurang-kurangnya 3 rasa :-

1. Rasa diperlukan.

2. Rasa dihargai.

3. Rasa syukur dan terharu

Ini dah cukup power untuk tarik hati anak dekat dengan kita. Best kot bila ngam dengan anak.

Ini sudah menambah kekuatan sense of belonging anak dalam keluarga.
Ini baru satu bab…Allahuakhbar, bersusun bab kalau kita nak bercerita tentang anak dewasa.

Iye benar sangat, 
Bila dengan anak-anak ni tak sunyi kita jadinya.
Macam-macam perangai.

Ada yang mudah sentap, pantang ditegur mulalah diam senyap terus siap tarik muka lagi
Ada yang banyak bercakap, suka sangat berhujah mencari sebab sampai penat jadinya kita ni.

Pernah satu ketika dulu.
Abah ni tak faham, semua yang kakak buat semua tak kena
Iya, ayat ni pernah abe long dapat malah ada yang lebih zaassshhh lagi mencarik hati kita.
Biar betul, aku ayah kot. Tak kan aku tak boleh nak menegur, bukan semua yang aku tak bagi

Habis tu apa nak buat? 
Tak kan nak biar je, makin parah nanti.
Abe long mula belajar.
Nak sangat tahu kat mana silapnya.
Nak lebih faham si anak.

Ini tanggungjawab kita. Betul? Biar kita tahu bagaimana nak handle anak. Bagaimana nak bercakap dengan anak.
Supaya mereka lebih mudah dididik.

Didiklah anakmu, karena sesungguhnya engkau akan dimintai pertanggungjawaban mengenai pendidikan dan pengajaran yang telah engkau berikan kepadanya. Dan dia juga akan ditanya mengenai kebaikan dirimu kepadanya serta ketaatannya kepada dirimu.”
(Tuhfah al Maudud hal. 123).

Boleh boleh?

Sumber/Foto : Abe Long, Mohd Shariman Che Deris

Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer