“Layan Dulu Isteri Macam Ratu, Barulah Kita Layak Dilayan Macam Raja.”

Share

Kalau betul nak rasa bahagia, lelaki kena layan isteri macam ratu. Jadi pendengar yang baik, tolong uruskan rumah tangga, selesaikan masalah anak-anak dan mungkin sesekali boleh masak.

Tetapi kalau ada skill salah satu itu pun, kaum isteri dah rasa cukup bertuah dan hargai. Nak lagi dekat dan faham jiwa mak-mak, jemput baca perkongsian saudara Mohd Fhais.

Perasan tak kita selalu nak semua nampak sempurna, nak rumah kemas, nampak cantik, nak anak-anak berkelakuan baik dan isteri yang pandai ambil hati kita.

Tapi bila yang “sempurna” ini tak menjadi kita mudah melenting, mudah rasa kecewa..

Kita mula mempertikaikan segala-galanya..

Masa ini kita rasa seolah-olah takdir menentang kita. Rasa seperti isteri tak ambil berat pasal kita. Rasa seperti anak tak menghargai penat lelah kita mencari rezeki.

Kita mula mempersoalkan.

“Aku kerja siang malam mencari rezeki untuk keluarga, tak nak mereka hidup susah.”

Tapi anak degil, tak dengar cakap seolah-olah macam tak menghargai penat lelah kita bekerja selama ini.

“Aku kerja keluar pagi balik petang, penat tu Allah sahaja yang tahu, balik rumah nak berehat, nak isteri layan kita macam raja.”

Tapi sampai rumah macam kapal pecah, baju kotor bertimbun, sesak mata melihat. Jadi bertambah penat, bertambah stress.

Isteri sibuk dengan kerjanya, suami balik kerja pun tak di sambut langsung.

Hmmm…

Sebagai lelaki, sebagai ketua keluarga kita kena banyak redha daripada mengeluh. Terima seadanya.

Itu semua ujian untuk kita..

Ujian untuk kita perbaiki diri..

Ujian untuk kita bermuhasabah..

Sesungguhnya apa yang kita terima hari ini adalah apa yang kita perlukan..

Kadang kala yang kita mahu sebenarnya boleh membuatkan kita lebih lalai, lebih leka dan lebih penting diri..

Balik kepada hukum alam..

Kita mahu sesuatu, kita kena memberi sesuatu dahulu..

Kita nak makan nasi, kita kena tanam padi dahulu..

Kita nak makan ayam, kita kena ternak ayam tu dahulu..

Sama juga dengan manusia.

Berbudi pada orang dulu sebelum kita minta budi dari mereka.

Nak rumah sentiasa nampak kemas, nampak cantik..

Sediakan alat untuk mudahkan mengemas, ajar anak jangan buat sepah, kita jangan suka-suka letak barang merata-rata.

Nak baju sentiasa berbasuh dan berlipat..

Bantulah permudahkan urusan membasuh, terbalikkan baju siap-siap untuk di basuh, sediakan mesin basuh dan pengering, letak baju kotor dalam bakul.

Nak di layan macam raja di rumah..

Layan dulu isteri macam ratu barulah kita layak di layan macam raja.

Kita sering mempertikaikan apa yang kita dah terima tapi jarang sekali kita mempertikaikan apa yang kita belum beri.

Tugas isteri bukan untuk memuaskan hati suami sahaja tapi sebaliknya suami yang kena memuaskan hati anak isteri.

Kerana anak isteri adalah penanda aras kita sebagai suami/ayah.

Mereka adalah pembaris kita..

Mereka adalah hakim kita..

Mereka adalah juruaudit kita..

Nak lihat sama ada kita lulus cemerlang atau gagal menjadi lelaki yang bertanggungjawab lihat pada muka mereka.

Jika muka isteri kita kusam, kering dan tak berseri maknanya kita gagal sebagai suami.

Jika muka anak ketat, tak senyum, tak ceria maknanya kita gagal sebagai seorang ayah.

Jika muka kita sendiri penuh rasa tak puas hati, penuh rasa marah maknanya kita gagal sebagai seorang lelaki.

Mohd Fhais
Memberi dahulu, baru dapat merasa..

Permudahkan urusan anak isteri, baru urusan kita di permudahkan..

Beri contoh yang baik depan anak, baru anak sentiasa baik pada kita..

Pandai ambil hati isteri, baru isteri pandai ambil hati kita..

Cermin diri dahulu, sebelum kita mencermin orang lain.

 

Published by
Nadia