Keadaan negeri Sabah yang bergelut dengan pendemik Covid-19 membuatkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menghantar kakitangannya ke sana bagi membantu mengawal keadaan.

Ketika penghantaran mereka pada pagi semalam, laungan azan iringi frontliner ke Sabah, memang sedih namun laungan azan adalah semata-mata untuk suntik semangat lakukan tugasan.

Laungan Azan Iringi Frontliner

Kota Bharu: Seramai 85 kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dihantar ke beberapa hospital dan pejabat kesihatan di Sabah bagi membantu dalam mengawal pandemik Covid-19 di negeri itu.

Baca Juga Di sini:

Pemergian Dicemburui, AJK Surau Dijemput Pencipta Ketika Laungkan Azan Subuh

Mulanya Laungan Azan Menyakitkan Hati, Namun Ajaran Islam Lembutkan Jiwa Julia

Ads

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Penghantaran mereka dilakukan secara berperingkat bermula pada 23 September lalu dan terkini adalah pagi semalam membabitkan enam pembantu perawatan kesihatan.

Pelepasan mereka diadakan di lobi Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini pada 10 pagi oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Bagi Membantu Pengurusan Kesihatan Di Sabah

Zaini berkata, penghantaran semua kakitangan JKNK itu adalah bagi membantu pengurusan kesihatan di Sabah dalam usaha merawat pesakit serta mengawal wabak Covid-19 yang masih menular di sana.

Ads

“Semua kakitangan JKNK yang dihantar itu akan berada di sana selama sebulan dan diletakkan di beberapa lokasi hospital dan pejabat kesihatan antaranya di Tawau, Labuan dan Semporna bergantung kepada kerajaan Sabah.

“Kakitangan yang dihantar membabitkan pakar perubatan, pegawai, penolong pegawai, jururawat termasuk pemandu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suasana Sedih Bila Azan Dilaungkan

Suasana sedih menyelubungi sekitar acara pelepasan pagi semalam yang dimulakan dengan ucapan disusuli doa seterusnya azan dilaungkan oleh pegawai agama jabatan mengiringi enam kakitangan JKNK ketika keluar dari lobi.

Ada dalam kalangan mereka yang cuba menahan sebak dan ada juga yang sudah berlinangan air mata sambil ditenangkan rakan setugas dengan memberi kata-kata semangat.

Ads

Zaini berkata, penghantaran keenam-enam mereka itu berlepas menaiki kereta sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Laungan azan yang dialunkan adalah bagi menyuntik semangat dalam diri mereka dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadah.

“Selepas sebulan, mereka akan digantikan dengan kakitangan lain bergantung kepada keperluan dan sudah ada kakitangan yang pulang iaitu mereka yang berlepas sebelum ini,” katanya.

MW: Covid-19 ini membuatkan petugas barisan hadapan tanpa henti berbakti kepada negara. Sesungguhnya hanya Allah saja dapat membalas jasa-jasa mereka. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi pendemik ni.

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI