Latih Anak Kecil Dan Pra Sekolah Tidur Awal Itu Tugas Wajib Mak Ayah, Ikut Cara Ini Esok Paginya Dia Tak Akan Meragam!

Share

Setiap hari, macam mana mak ayah buat untuk anak tidur awal ikut masanya? Kalau anak jenis tidur siang hari, lagilah mencabar. Tetapi itulah, nak tak nak anak wajib tidur awal kalau tidak esok harinya mood tak cantik!

Sekarang  ini anak kecil, pra sekolah dan sekolah rendah anda sudah tidur? Dan di manakah anak yang bersekolah menengah? Ini yang Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK), Puan Noor Afidah Abu Bakar cuba sampaikan kali ini untuk membantu mak ayah lenakan anak ikut jadual tidur yang betul.

Anak-anak ini memerlukan tidur awal yang cukup. Membiarkan mereka masih berjaga tanpa arah tujuan adalah satu bentuk pengabaian kepada keperluan fizikal, emosi dan mental mereka. Membiarkan mereka menonton rancangan orang dewasa pada waktu malam yang tidak mempunyai nilai yang baik adalah juga satu bentuk pengabaian.

Membiarkan mereka menonton kartun atau menggunakan gajet sedangkan anda sendiri sudah lelap tidur kerana keletihan adalah juga satu bentuk pengabaian.
Ini bukan lagi aktiviti masa berkualiti.

Mungkin guru-guru di sekolah dapat melihat kesan anak-anak yang tidak cukup tidur ini.

Melatih anak untuk tidur awal jika mereka tiada tugasan dan keperluan untuk berjaga adalah satu bonus untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri. Inilah peluang untuk suami isteri ‘dating’ sambil bertukar-tukar kisah tentang apa yang dilalui sepanjang hari tanpa perlu memfokuskan pada hiruk pikuk anak-anak.

Pada zaman yang terkejar-kejar dan kurang komunikasi berhadapan, ‘us time’ juga boleh dilakukan di rumah jika anda bijak menguruskan anak-anak dan masa anda.

Berapa jamkah anak perlu tidur?

Cara Tidurkan Anak Sekolah Lebih Mudah

Sebelum tidurkan anak-anak, pastikan anak kita dah bersedia untuk tidur. Kalau boleh mak-mak kena amalkan melakukan rutin-rutin harian untuk anak kita tidur dengan lena di malam hari. Biar anak rasa selesa untuk tidur.

Salah satunya cara ini…

Membaca surah Al-Mulk
Membaca surah Al-fatihah
Membaca Ayat Kursi
Membaca surah 3 Kul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas)
Aktifkan minda separa sedar anak

Minda separa sedar adalah minda yang akan buat anak kita ingat apa yang kita cakap dan mereka percaya perkara itu betul, dan mereka akan berkelakuan seperti yang kita cakapkan.

Haaa… sebab itulah masa anak kita mamai-mamai tu, mak-mak kena bisikkan perkara baik-baik di telinganya.

Masa ini juga adalah sangat sesuai untuk kita ubah sikap anak.

Kalau anak kita suka cubit pukul adik, masa ini bisikkanlah “Mama sayang abang sangat-sangat, tapi Mama lagi sayang abang jika abang main baik-baik dengan adik” (tak perlu sebut perkara yang kita tak suka, cuma sebut apa yang kita nak anak kita buat)

Ulang-ulang cakap ayat yang sama sampailah anak tidur.

Jangan sebut banyak sangat perkara yang kita nak anak kita ubah, nanti anak rimas.

Paling banyak pun 5 benda, lagi sikit lagi bagus sebab otak anak kita tak boleh nak ingat banyak-banyak.

Tip Bangunkan Anak Tidur

1. Bagi salam.
2. Sentuh ibu jari kaki anak dan gerakkan perlahan-lahan.
3. Panggil nama anak dengan lembut sambil gosok kepala anak.
4. Nak mandikan pun kena puji-puji anak sikit, barulah anak semangat.
5. Tolong jangan memnbebel ya, nanti mood anak kelaut.
6. Jangan lupa cium dahi anak bila anak dah siap mandi dan pakai baju.

Nampak tak, bab bangunkan anak pun sama ya. Kena betul caranya. Sebab bila mak-mak bangunkan anak dengan cara yang baik tanpa tengking-tengking dan marah-marah, emosi anak kita akan lebih baik dan anak akan gembira untuk mulakan aktiviti hariannya.

Good Luck, Mak-mak!

Published by
Nadia