Baru-baru ini tersebarnya mesej dilaman sosial arahan perintah berkurung bagi remaja bawah 18 tahun keluar rumah pada waktu malam.Ia menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang menyambut baik saranan ini, terutamannya golongan mak ayah dan ada yang sebaliknya.
Namun penyebaran mesej dan arahan tersebut sebenarnya adalah PALSU!.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam.
Kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook berkata, maklumat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini seperti yang didakwa.
“KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan maklumat berhubung perkara tersebut. Pihak kementerian memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya.
Sementara itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
“Pihak kementerian turut meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara,”
katanya.Sebelum ini, satu mesej tular di aplikasi Whatsapp berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam berkuat kuasa serta merta.
Dalam mesej itu, kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun (13 hingga 16 tahun) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi pukul 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi pukul 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan.
MW: Peringatan buat kita, agar semak dahulu setiap maklumat yang diperolehi. Pastikan benar-benar sahih sebelum disebarkan. Apa-apa pun, jika saranan menghalang remaja bawah 18 tahun ini keluar malam berjaya dilakukan ia satu tindakan wajar yang harus disambut baik oleh mak ayah.
Sumber: kosmo