
Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini tersebarnya mesej dilaman sosial arahan perintah berkurung bagi remaja bawah 18 tahun keluar rumah pada waktu malam.Ia menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang menyambut baik saranan ini, terutamannya golongan mak ayah dan ada yang sebaliknya.
Namun penyebaran mesej dan arahan tersebut sebenarnya adalah PALSU!.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam.
Tidak Keluarkan Arahan
Kementerian itu dalam satu kenyataan di Facebook berkata, maklumat yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sebelum ini seperti yang didakwa.
“KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan maklumat berhubung perkara tersebut. Pihak kementerian memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya.
Henti Sebar Maklumat Palsu
Sementara itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
“Pihak kementerian turut meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara,” katanya.
Sebelum ini, satu mesej tular di aplikasi Whatsapp berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam berkuat kuasa serta merta.

Dalam mesej itu, kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun (13 hingga 16 tahun) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi pukul 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi pukul 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan.
MW: Peringatan buat kita, agar semak dahulu setiap maklumat yang diperolehi. Pastikan benar-benar sahih sebelum disebarkan. Apa-apa pun, jika saranan menghalang remaja bawah 18 tahun ini keluar malam berjaya dilakukan ia satu tindakan wajar yang harus disambut baik oleh mak ayah.
Sumber: kosmo
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolak Bersalaman Secara Sopan Dengan Ahli Running Man, Yana Samsudin Dipuji Beri Contoh Terbaik!

Tidak dinafikan apabila menjadi selebriti, serba serbi daripada segala aspek menjadi perhatian. Baik tutur kata,penampilan diri mahupun tingkah laku.Apatah lagi jika ia seorang selebriti yang membawa imej muslimah dan bertudung.
Baru-baru ini, tindakan pelakon dan pengacara Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan salah seorang anggota Running Man mendapat perhatian netizen.Menerusi video yang dimuat naik Yana pada Sabtu, dia menolak secara baik apabila salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Jee Seok untuk bersalaman dengannya.
Yana dengan spontan meletakkan tangan didada sambil menundukkan kepala beberapa kali sebagai tanda menghormati dan kemudian menjelaskan dengan sopannya bahawa dia hanya bersalaman dengan wanita.
“I only shake hands with girl (Saya hanya bersalaman dengan perempuan sahaja)” ujarnya.
Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 260,000 tontonan di laman sosial miliknya.
A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Rata-rata memuji tindakan pelakon filem Adnan Sempit ini yang menjaga akhlak dan batas sebagai seorang muslimah.
munie.yleo Alhamdulillah. Respect Yana. Not everyone can do like what you did, especially when meet artists like RM. Awak letak Islam itu sangat tinggi dan martabat seorang muslimah yg hebat. tahniah.
noor.halizaaaa Biar femes macam mana sekalipun asal kita masih ingat nak jaga batas dalam agama. So proud of you kak @yanasamsudin . You still behave even jumpa ji seok jin running man. Yang mana kalau kat tmpt orang lain mesti dah kene histeria bila jumpa depan-depan.
mrshellturt You have always received my respect.. But this video, MasyaAllah.. Thank you kak @yanasamsudin.. Seronok sangat tengok ada jugak artis yang masih jaga batas.
surianisaedan Alhamdulillah tahniah yana @yanasamsudin ! You did a good dakwah in your own way.. And yesss we are proud of you!.. #respect #muslimah
cikanish Bagusnya kak yana ni jaga batas seorang muslimah. Semoga istiqamah kak.

umi_hanomismail Bagus cara @yanasamsudin menolak salam tapi tidak memalukan..patut jd contoh buat sesiapa yang menolak salam.
Sementara itu Yana berkata, dia bersiaran secara langsung bersama ahli Running Man pada Ahad (semalam) di TV9 dalam rancangan CJ Wow Shop.Empat selebriti popular Korea Selatan ke Malaysia bagi menghangatkan rancangan CJ Wow Shop dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV.Antara selebriti tersebut iaitu anggota Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).
Tahniah buat Yana Samsudin, semoga menjadi contoh buat dan ikutan buat para selebriti lain dalam menjaga batasan pergaulan meskipun teruja berhadapan dengan artis popular antarabangsa.
Sumber: Yanasamsudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Gambar Anak-anak Waktu Di Rumah Sewa, ‘Mereka Lihat Dan Bersama Saya Lalui Kesusahan’

Isi Kandungan
TogglePengasas Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi sekeping gambar penuh nostalgia. Kenangan itu tentunya akan sentiasa terpahat dalam ingatannya. Gambar lama tiga orang anak daripada 5 orang anak-anaknya ketika mereka duduk di rumah sewa.
Inilah yang dicatatkan ibu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang baru saja selesai melunaskan ibadahnya di tanah suci Makkah bersama salah seorang anaknya, Ajim. “Madinah Al Munawarrah hari tua meniti senja bonda raikan diri saya sendiri ziarah mendekati makam Rasulullah SAW.
“Membisikkan doa saya di Raudhah. Antara doa saya jadikan hati saya jangan sekali suka kepada dunia dan isinya. Dan matikan saya dalam husnul khatimah.”
Beliau menjelaskan gambar lama itu adalah gambar anak-anaknya. Ketika itu, beliau berumur 30 tahun dan mereka menetap di rumah sewa.
“Saya jual ikan, sayur. Subuh-subuh jam 4 pagi sampai jam 9 pagi. Jam 9 pagi kerja ke ofis dan balik ofis saya kisar herba-herba Sendayu di belakang rumah. Lepas maghrib saya jual produk ST atau belajar dengan doktor pakar ayurveda siddha yunani.
“Kadang-kadang saya balik jam 11 malam atau 2 pagi (di kliniknya ada family doktor dan stafnya ramai. Sejam RM111 ke 300 lebih. Azab saya cari duit modal belajar).
Baca sini : ‘Sehabis Sopan Mak Marah’ Sesak Dada Bonda Rozita Tegur Aliff Syukri
Saya Kebal Fitnah – Bonda Rozita Ibrahim
Biasalah jiran-jiran negatif pasal saya. Saya kebal fitnah tapi saya tahu apa saya buat ini jalan betul. Tak perlu takut dengan fitnah manusia sebab janji Allah orang baik akan nampak nanti kebenarannya.
Guni-guni herba di ruang tamu saya beli dari Perlis dan Pahang. Duit barang dapur ikan, sayur, budget saya RM300 sebulan. Cukup atau tak tu lah makan kami.
Dulu anak-anak ni kecik-kecik umur 10 tahun. Ajim masih baby lagi. Mereka bersama melihat dan bersama saya lalui kesusahan saya mencari 2 destinasi ** ekonomi dan family**.
Kemiskinan dan konflik perkahwinan. Jiwa saya sakit tak terkata cari kekuatan dan semangat. Bonda tak pandai berkawan atau berseronok. Selalu dengan anak-anak dan kerja.
Kerja .. belajar.. masak. Anak-anak bagi saya tu hiburan dan sampailah sekarang macam tu sikap saya. Tak ada yang kurang atau tak ada yang saya lebihkan “Bukan saya sombong. Walhal saya ni sangat peramah.”
Baca sini : Yati Jaga Arwah Mak 24 Jam Tanpa Henti, Kemuliaan Dia Buat Saya Malu – Bonda Rozita

Kata Bonda Rozita Ibrahim, 40-an Adalah Usia Yang Suram
Saya sangat bersiap sedia dengan masa depan usia 40-an. Itu adalah usia yang suram. Siapkan minda, ekonomi, spiritual dan ilmu penting.
Kalau tak kerana kuat berwawasan untuk famili, anak-anak, saya tak pergi sejauh ini. Saya tak kejar nak kaya pun! saya cuma nak lihat potensi ilmu dan diri saya yang kekampungan ni boleh sampai mana.
Kepercayaan pada kata-kata hikmah, kuasa pertolongan Allah saya sangat percaya. Allah janjikan ulat dalam batu pun hidup. Inikan pula kita manusia.
Kesakitan jiwa dalam perkahwinan tu saya rawat larikan perhatian minda saya kepada ekonomi. Saya terhibur sendiri dengan bentuk rezeki yang lain.
Sumber/Foto : Facebook Page Rozita Jamu Ratu Malaya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sedekah Abang Sangat Luar Biasa, Tak Ada Pun Diheboh-heboh’ Ali Puteh

Isi Kandungan
ToggleKata pelawak Ali Puteh, abangnya Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam, ada kebaikan yang sangat banyak. Namun, tidak sesekali dihebohkannya.
Apabila arwah meninggal dunia, kebaikannya Allah tunjukkan satu persatu. Terutama bab sedekah yang tidak pernah dikira-kira pun jumlahnya.
Menerusi perkongsian video live MalaysiaGazette ketika membuat tinjauan ke rumah arwah pagi tadi, dikongsikan oleh adiknya, Ali akan kemurahan hati abangnya yang amat luar biasa dalam bersedekah.
Memasuki hari kelima pemergian arwah, sehingga ke hari ini masih ramai yang mengunjungi pusara Allahyarham Abam. Sehinggakan penjaga tanah perkuburan itu telah siap-siap meletakkan kerusi dan air kerana pasti akan kehadiran orang ramai yang mahu ke tanah perkuburan abangnya itu.

Pemergian Abam Yang Dicemburui
Bak kata Ali, cemburunya orang ramai disebabkan cara pemergiannya itu. Allah ambil dia dengan menjadi sangat luar biasa. Dengan ribuan manusia yang datang mahu menguruskan jenazahnya. Baik di masjid mahupun ketika di hospital Selayang.
Sehinggakan berpusu-pusu kakitangan hospital Selayang yang turun ke unit forensik (ketika itu) mahu melihat dan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.
Ketika membawa jenazah abangnya ke masjid, Ali sendiri berasa hairan dengan kesesakan jalan raya menuju ke masjid. Seingatnya itu waktu puncak orang balik kerja, rupanya kesesakan itu berpunca daripada ramainya orang yang mahu ke masjid menunggu jenazah abangnya.
Waktu membawa turun jenazah abangnya, ada sesetengah orang yang tidak dikenali mengusung abangnya ke bilik mandi jenazah.
“Satu jenazah dekat 60 orang nak pegang. Sehinggakan ada yang sentuh hujung jari. Begitulah Allah angkar darjatnya.. sangat murni.”
Kisah abangnya ini boleh dijadikan pengajaran untuk mereka-mereka yang masih hidup. Bahawa berbuat baiklah pada sesiapa pun. Kerana kita takkan tahu macam mana pengakhira hidup kita nanti.
Tak Mampu Nak Mandikan Jenazah Abang
Akui Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan lagi, sebelum ini dia lah yang memandikan jenazah arwah anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, 3 bulan yang meninggal akibat komplikasi jantung. Begitu juga dengan jenazah arwah ayahnya, dialah juga yang memandikan.
Tetapi tidak mampu untuknya memandikan jenazah abangnya. “Ia satu benda yang saya tak boleh jangka.”
Ketika dia keluar dari bilik mandi jenazah yang ada di dalam masjid itu, Ali nampak betapa ramainya budak-budak memakai baju sekolah agama sedang menjaga pintu bilik mandi jenazah.
Dia hairan mengapa, orang tua boleh membiarkan budak-budak itu di situ. Bila ditenung dalam-dalam rupanya, itulah ‘adik-adik kami’ iaitu anak-anak yatim yang ditanggung arwah sebelum ini.
Bila ditanya katanya mereka mahu tunggu Abam. “Doa anak-anak yatim yang luar biasa. Bila jenazahnya diusung ke dalam masjid, anak-anak yatim yang dia tanggung ini selit mahu usung juga.”
Sayangnya arwah pada adik-adiknya, kata Ali.. dia sanggup belanja anak-anak ini makan 7 ke 10 bucket KFC dan makan dengan anak-anak ini apabila dapat rezeki lebih.
“Benda ini dia tak hebahkan. Dia tak menunjuk yang dia perlu dipuji. Tak juga bagitahu hari ini dia di mana untuk sampaikan sumbangan. Katanya, untuk apa kita tunjuk. Nanti jadi tak best.”
Sebab itulah sewaktu solat jenazah, yang ada dalam barisan hadapan adalah imam-imam, ustaz-ustaz malah alim ulama yang tersohor.
Kena Tipu Pun Tetap Bersabar
Baiknya Allahyarham ini ada juga yang mengambil kesempatan dengan kebaikannya. Sehinggakan dia pernah ‘bank in’ duit pada individu yang merayu susah mahu tanggung anak-anak.
Malangnya, sebaik duit dimasukkan ke dalam akaun, individu tersebut telah ‘block’ arwah dari menghubunginya.
Bila jadi macam itu, arwah cuma cakap “Kalau orang tipu, takpelah biar dia jawablah dengan Allah.. aku cuba bantu.”

Siapa Saja Dia Jumpa Akan Belanja Makan
Allahyarham ini pemurah dalam bab belanja orang makan. Kata adiknya, pernah dia pergi ke satu kedai mamak yang padat dengan pelanggan. Kemudian, dia belanja semua pelanggan yang ada di situ.
Bukan sekali, tapi beberapa kali arwah lakukan perkara itu.
“Di kedai nasi ayam, saya meeting dengan dia. Kemudian, dia minta kira semua yang ada dalam kedai tu. Tapi jangan cakap siapa bayar.”
Tapi tuan kedai beritahu juga dan individu yang tahu datang memeluknya.
Akui Ali, sedekah yang abangnya lakukan itu sangat mustahil. Walau di restoran mewah, sekali pun abangnya tetap akan belanja pelanggan yang kebetulan ada sekali dengannya.

Waktu hari lahirnya pada 19hb, abangnya telah menempah 8 buah meja di satu kedai makan dan menjemput rakan-rakannya makan. Malah, siapa yang lalu pun di jemputnya makan sama.

Taja Dana Pergerakan Dakwah Ustaz
Dalam diam, rupanya arwah abangnya juga pernah menaja setiap pergerakan dakwah seorang ustaz yang juga penceramah bebas di Kuantan.
Baik ketika ustaz mahu berceramah, buat kuliah subuh ditanggung sepenuhnya oleh abangnya. Sebab itulah, ustaz cukup terkesan dengan pemergian arwah abangnya itu.
Begitu juga dengan adik-beradiknya, tidak pernah sekali pun abangnya berkira. Pernah Ali menyakat abangnya agar membeli air botol untuk keluarga.
Arwah berikan not seratus pada adik. Adik bawa pulang 4 ke 5 botol air. Kemudian, abangnya tegur “Mahal air ni.. 4 5 botol seratus.”
Tapi satu kebaikan arwah, dia tidak minta balik duit yang dia berikan pada adik-adiknya. Kebaikan yang abangnya tinggalkan inilah menjadi tugasan Ali seterusnya untuk melunaskan apa-apa yang tinggal.
“Saya cuba lunaskan legasi dia.. insyaAllah” janji Ali Puteh.
MW : Moga anda juga terinspirasi untuk menjadikan sedekah sebagai satu kebiasaan. ‘Biar sampai tangan kiri tak tahu pun kebaikan yang tangan kanan lakukan.’
Baca sini :Ustaz Hanafiah kongsi kisah penjaga kubur tentang kebaikan Allahyarham Abam.
Sumber/Foto : video MalaysiaGazette
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI