Siapa yang tidak kenal dengan keluarga selebriti popular, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan puteri tunggal mereka, Lara Alana. Keletah comel, anak kesayangan pasangan ini sering berjaya menarik perhatian ramai dan ada sahaja aksinya yang mencuit hati.
Baru-baru ini, keluarga bahagia ini ada meluangkan masa bercuti di Tokyo, Jepun. Ia juga bersempena menyambut dan meraikan hari ulangtahun kelahiran Awal Ashaari yang ke 37 tahun pada 6 Ogos.
Malam tadi, Awal Ashaari ada memuat naik video comel mereka sekeluarga didalam IG.Video tersebut memaparkan perbualan antara Awal dan anaknya Lara Alana,4. Apa yang menarik perhatian ramai apabila video tersebut dirakam secara amatur oleh Lara sendiri dengan gaya tersendiri sambil menyanyikan lagu ulangtahun hari lahir buat Awal.
Awal juga ada mengusik Lara apa hadiah yang akan dia akan belikan buat dirinya.Jawapan spontan Lara, ‘pensil warna’ cukup mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur dengan ‘hadiah ikhlas’ tersebut dari hati seorang anak.Comel sungguh Lara ni.
Video ini istimewa bukan sebab ‘subjek’ (orang yang diambil gambar) tapi kerana orang yang mengambil gambar disebalik kamera. Boleh tahan bagi seorang amatur.
Terima kasih atas ucapan harijadi. Jumpa di KL nanti.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Awal Ashaari, semoga bertambah dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan terbaik dan diberi kebahagiaan dalam kehidupan bersama keluarga tersayang!.
Sumber: Awal Ashaari