Lapan pasangan kembar belajar di Sekolah yang sama, cikgu selalu keliru. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Ads
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sanggup tak kahwin. Bukan kerana tiada jodoh tapi mungkin belum tiba masanya untuk dia berumahtangga. Memikirkan keadaan ibu dan adik tidak seperti orang lain. Jadi, biarlah dia menjaga mereka sehingga akhir hayat.
Cukup cekal dan bertanggungjawab, Hazana Abdul Hamid, 45 tahun sanggup tidak kahwin dan mengetepikan hasrat untuk mendirikan rumahtangga demi menjga orang yang disayangi.
Malahan, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjaga dua orang sekaligus yang sangat memerlukan perhatian. Sebaliknya, bagi Hazana semua itu sudah tanggungjawabnya.
Hazana yang bekerja di kedai makan berdekatan rumahnya di Kampung Beris Jambu, Jalan Panji di sini reda menjaga ibunya, Kamariah Daud, 88, yang terlantar sejak sebulan lalu dan adik tiri, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), cerebral palsy.
Hazana Abd Hamid, 45, berkata, dia tidak pernah lelah menguruskan ibunya yang terlantar sejak 10 tahun lalu akibat kemalangan serta adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid, 30.
Rutin harian Hazana bermula seawal selepas azan Subuh dengan menyiapkan ibu dan adiknya sebelum keluar bekerja jam 6.30 pagi.
Hazana terpaksa berkejar masa kerana perlu mengurus adik di rumah pusaka peninggalan arwah bapa manakala ibunya berada di rumah kakaknya, Hamshah Abd Hamid, 69, kira-kira 20 meter dari rumah itu.
“Saya akan pulang pada jam 12 tengah hari untuk memberi adik dan ibu makan. Kakak tidak mampu mengurus ibu sendirian kerana faktor usia dan memerlukan bantuan.
“Adik pula tidak boleh ditinggalkan terlalu lama keseorangan kerana bimbang keselamatannya,” katanya.
Penat Tapi Demi Tanggungjawab
Bercerita mengenai adiknya, sejak mengambil alih menjaga Siti Zulaiha selepas kematian ibu kandungnya tujuh tahun lalu, adiknya itu sudah beberapa tahun tidak menikmati ‘suasana’ di luar rumah.
Hazana memberitahu, agak sukar untuk membawa Siti Zulaiha keluar bersiar-siar kerana dia tidak dapat duduk dengan selesa di atas kerusi roda.
Bagaimanapun katanya, adiknya sangat gemar makan nasi bersama lauk dan gembira jika disuapkan makanan ketika makan bersama.
Berkongsi mengenai keadaan ibunya pula, Hazana memberitahu, sudah lebih sebulan warga emas itu terlantar selepas mengalami muntah dan angin ahmar ringan sehingga mengakibatkan lumpuh sebelah kiri badan.
Jelas wanita itu lagi, ibunya tidak boleh makan makanan biasa dan memerlukan susu formula khas berharga RM95 setin dan habis dalam tempoh seminggu.
Menurut Hazana, ibunya menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan manakala adiknya sebanyak RM500 sebulan.
“Alhamdulillah, walaupun tidak mencukupi tetapi dapat membantu saya membeli keperluan terutama susu khas untuk ibu dan lampin pakai buang kedua-dua mereka selain membayar khidmat doktor yang merawat dan menukar wayar susu ibu,” katanya.
.
Hazana tidak menafikan penat menjaga kedua-dua mereka tetapi dia tetap bersyukur kerana keluarga lain turut bertanya khabar.
“Walaupun penat saya akan menjaga ibu dan adik kerana itu tanggungjawab dan berharap keadaan akan lebih baik selepas ini,” katanya.
Orang ramai yang mahu memberi bersimpati boleh menyumbang di akauan Maybank 162272012590 atas nama Hazana Abd Hamid.
Mingguan Wanita : Moga dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Dato Sarimah Ahmad pernah diuji kanser usus, PMX beri sumbangan buat legenda filem klasik. Pasti ramai mengingati lakonan berkesan seniwati negara, Dato Sarimah Ahmad.
Wajahnya yang cantik membuatkan generasi yang lahir tahun 70-an, pasti pernah menonton filem klasik lagenda terutamanya Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, dan Tiga Abdul dan lain lagi.
Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus
Namun dua tahun lepas, kesihatan seniwati berusia 82 tahun ini dilaporkan agak merosot apabila diuji dengan kanser usus tahap 3 dan selamat menjalani pembedahan. Terkini dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser tersebut.
Setiausaha politik PMX, Farhan Fauzi menziarahi seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan dari PMX.
Jasa seniwati lagenda ini dalam dunia perfileman tidak boleh dinafikan lagi. Dan semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi setiausaha politiknya, Farhan Fauzi telah berkesempatan seniwati Dato Sarimah Ahmad bagi menyampaikan sedikit bantuan.
Jelasnya dalam satu kenyataan di X miliknya @anwar Ibrahim, PMX turut mendoakan agar kesihatan seniwati Sarimah dipermudahkan.
“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.
Jelasnya dalam hantaran tersebut, PMX menjelaskan anak seni ini antara yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing namun kini diuji dengan musibah penyakit yang mengesankan.
Dharma Harun Ar Rashid, 68 tahun dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Selain seniwati Dato Sarimah, antara penerima sumbangan dari PMX ialah pelakon Adik Manja, Dharma Haron Ar Rashid yang turut diuji dengan masalah kesihatan.
Berusia 68 tahun, Dharma dilaporkan diuji dengan kesusahan bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.
Tahniah diucapkan buat pelakon Ainul Aishah, 36 yang telahpun bergelar tunangan kepada Khairul Redzuan pada 27 Mac lalu.
Kisah gembira tersebut dikongsi Ainul menerusi akaun Instagramnya. Pasangan ini mengambil keputusan untuk bertunang selepas menjalin hubungan cinta selama empat tahun.
Ainul Aishah Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini
Menerusi perkongsian bersama Kosmo! Online, Ainul menjelaskan dia masih belum menetapkan sebarang tarikh khusus.
Namun jika tidak ada sebarang halangan, mereka dijadualkan bernikah pada hujung tahun ini.
“Tentang perkahwinan, kami merancang untuk melangsungkannya sekitar hujung tahun ini antara Oktober sehingga Disember,” ungkap Ainul yang memilih seorang ahli perniagaan sebagai tunangannya.
Bersyukur Bertemu Lelaki Yang Baik
Walaupun usianya sudah mencecah 36 tahun namun Ainul meluahkan rasa bersyukur kerana akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang terbaik.
“Sejak umur 26 tahun saya sudah ada rasa untuk berkahwin. Namun, jodoh tiba lewat. Apapun saya bersyukur kerana dikurniakan bakal suami yang baik,” tambah Ainul lagi bakal suaminya juga seorang yang sangat bertanggungjawab, baik dan mempunyai asas agama.
Menyentuh tentang majlis pertunangan, pelakon yang berwajah mans ini telah menerima tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.
Sumber: Kosmo!
Sumber Foto: Instagram Ainul Aishah
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Letak link inihttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...