Lantik “NURSE” Di Rumah, PANTAU Tetamu Keluar, Masuk ELAK Kluster Baru

Share

Langkah pencegahan Covid-19 bukan hanya diambil ketika mak,ayah berada di luar sebaliknya harus bermula dari rumah. Bagi mak,ayah yang mempunyai anak remaja jadikan mereka sebagai “nurse” atau penjaga pintu di rumah.

Setiap kali ada tetamu atau orang luar datang bertandang atau berurusan, jadikan kebiasaan untuk mengambil suhu badan, mengambil nama penuh dan alamat bagi mengelakkan kluster baru yang mungkin bermula dari rumah mak,ayah sendiri tanpa disedari.

Ikuti perkongsian, Dr. Arisman MD,  ini fahami penjelasannya :

NURSE DI RUMAH

Yang mempunyai anak remaja di rumah bolehlah jadikan mereka sebagai nurse atau penjaga pintu di rumah anda sebelum memberi laluan masuk kepada sesiapa sahaja yang ingin berurusan ke dalam rumah. Misalnya tukang service penapis air, tukang paip dan lain-lain.

Terutamanya rumah yang dihuni oleh ibu ayah yang mempunyai penyakit kronik dan berusia lanjut. Cuba untuk elakkan berurusan secara dekat dengan tetamu walaupun saudara-mara.

Ini sangat berguna ketika aktiviti ziarah di musim perayaan ini. Ayuh kita cuba mencegah beberapa kluster baru yang diramalkan misalnya kluster tukang paip, servis penghawa dingin, penapis air, buruh renovation rumah dan banyak lagi.

Buat Pencegahan Dari Rumah

Masyarakat perlu memperkasa aktiviti pencegahan di peringkat rumah. Ini adalah contoh kit yang boleh disediakan di peringkat rumah. Saring pekerja di pintu masuk rumah.

Penggunaan termometer infrared juga perlu betul. Kenali apakah bacaan demam, apakah bacaan normal dan apakah bacaan yang kurang tepat.
(Jika ada termometer infrared lagi bagus.. tapi tak wajib beli ye.. Cukup dengan beberapa pertanyaan, insyallah sudah banyak membantu…

Jika ada tetamu yang cuba menipu, sebelum balik ingatkan dia atau bacakan dia hadis/ayat tentang dosa-dosa penipu. Boleh jadi dia terus terang di tempat kejadian)

Sumber: Public Health Malaysia.

Tanya soalan gejala seperti:

1. demam
2. batuk
3. sakit tekak
4. sesak nafas
Dan

5. kontak rapat pesakit Covid-19

Baca Sini Juga:

Ambil Berlebihan Undang Alahan, Setakat Ini Tiada Kajian Vitamin C CEGAH COVID-19

Pesan Ustazah, Buat Cara Ini Cegah COVID-19 Bila Berjumpa Orang Ramai

Penggunaan Hand Sanitizer

Begitu juga penggunaan hand sanitizer kena betul.
Larang mereka masuk jika terdapat simptom gejala ini dan sarankan mereka untuk memeriksa kesihatan sebelum memulakan kerja.


Kalau bukan kita, siapa lagi… Nak suruh kucing ke yang pergi tanya kat depan pintu rumah?

Dr. Arisman, MD
“Kegagalan bukanlah pilihan”

#KitaMestiMenang
#breakthechain
#preventionisbetterthancure
#jarakselamat6kaki
#handwashing
#topengmuka

MW: Lakukan pencegahan Covid-19 bermula dari rumah dan ambil langkah berjaga-jaga sepanjang masa. Semoga keluarga kita selamat daripada virus ini.

Sumber: Dr. Arisman MD

Published by
Nur Syazwani Mehat