“Langsung Tak Malu, Terima Seadanya..” Anak Istimewa Hadapi Masalah Sumbing & Diabetes Tahap 1

Share

Terima seadanya. Kalau itu sudah ditakdirkan diberi anugerah anak istimewa, terimalah dengan syukur dan anggap ini adalah rezeki olehNya.

Mungkin dalam hati pasti terdetik kenapa kita yang dipilihNya untuk terima dugaan ini, dianugerahkan anak istimewa. Hanya DIA saja yang tahu dan terima seadanya. Rezeki terbaik dan terindah.

Inilah rezeki yang diberikan oleh pasangan ini apabila dikurniakan anak istimewa yang mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit sejak dilahirkan serta diabetes tahap 1.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nasihat Isteri Lan Solo, Mak Ayah Ada Anak Sumbing “Anak Kita Luar Biasa

‘Alhamdulillah.. Bibir Xandra Cantik Kejadiannya’ Begini Sheila Urus Parut Sumbing Anak

Terima Seadanya, Tak Perlu Malu

Bagi pasangan, Farhah Izlin Abd Rahman, 26, dan suami, Suhail Zufairi Mohamad, 26 tahun, sekelumit pun tiada perasaan malu untuk terima kehadiran anak yang dilahirkan cukup istimewa ini.

Inilah permata hati pasangan ini. Seperti kanak-kanak lain, Nur Safiyyah Suhail Zufairi comel dan keletahnya menghiburkan walau dilahirkan dengan masalah sumbing bibir dan lelangit.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu juga menghidap tiroid dan diabetes tahap satu. Tolak ke tepi perasaan malu dan terima kekurangan anak tunggalnya ini.

Menurut Farhah Izlin yang berasal dari Pendang, Kedah ini, dia, suami dan seluruh keluarga terima dengan baik keadaan Nur Safiyyah selepas dapat tahu hasil ujian sampel yang dihantar ke Amerika Syarikat (AS).

“Selepas bersalin, baru saya tahu jadi begitu dan sebagai ibu, saya terima saja keadaannya walau macam mana sekalipun,” katanya.

Aktif & Ligat

Farhah Izlin berkata, walaupun ada penyakit, Nur Safiyyah tetap ligat dan aktif bermain, cuma rutin Nur Safiyyah tidak seperti kanak-kanak seusianya.

Katanya, anak istimewa itu perlu dipantau dan perlu mengambil suntikan insulin empat kali sehari bagi mengawal paras gula dalam badan.


.

“Buat masa ini Nur Safiyyah masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

“Sumbing bibir dan lelangitnya boleh dibaiki menerusi pembedahan, namun ia tidak dapat dijalankan buat masa ini kerana dia (Nur Safiyyah) ada masalah diabetes.

“Jadi, kena tangguhkan dulu pembedahan itu dan jaga Nur Safiyyah mengikut rutin seperti yang disyorkan doktor,” katanya.

Malah, tidak dinafikan, kisah Nur Safiyyah ini mendapat perhatian warga TikTok.

“Alhamdulillah, ramai mendoakan anak saya tetapi ada juga yang negatif mengata anak jadi begitu kerana suami merokok.

“Saya terima saja komen mereka dengan lapang dada. Tidak mahu terlalu memikirkannya kerana kami sudah lali dengan pandangan pelik segelintir masyarakat setiap kali bawa keluar Nur Safiyyah,” katanya.

Mingguan Wanita : Moga terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak istimewa ini. Pedulikan apa yang orang kata, Nur Safiyyah sangat istimewa.

Sumber: myMetro

@farhahvuayang omey Ibu

♬ sempurna cover by alviero soputan – alviero

@farhahvu Moga Nur Safiyyah sihat2 selalu.. Safiyyah tak boleh op lagi sbb kencing manis. #cleftstrong #cleftawareness #buahhati #babysayang #mybabylooks #babysehatkuat #templatecapcut #capcutedit #babycantik ♬ original sound – 🐝
@farhahvuAnak yg kuat🫶🏼 2tahun 10bulan❤️

♬ suara asli – zayn – zainul

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Published by
Nora