Langsing, puas bergaya zaman anak dara, kini berhijrah jadi isteri, ibu & hamba Allah yang lebih baik. Setiap manusia pasti mahu yang lebih baik dalam hidup mereka. Apabila status seorang wanita berubah dari seorang bujang bergelar isteri orang dan ibu pastinya pemikiran mereka akan semakin matang.
Apatah lagi dari sudut penampilan, berbanding sebelum ini pelakon yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata, Nur Afrina Ariana, 8, Nur Afrina Aurora 7, Nur Afrina Ayra, 5, Nur Afrina Aishah, satu tahun empat bulan dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 14 sudah berhijab lebih kurang setahun lalu.
Sebelum nekad untuk berhijab, Almy berbincang terlebih dahulu dengan suaminya, Datuk Fizz Fairuz. Almy juga turut meluahkan dirinya berubah kerana Allah SWT.
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian.
“Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun lalu,” kongsi Almy seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Almy turut terharu kerana suami kesayangan juga memberikan galakan dan mahu dirinya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan.
“Fizz cuma bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini.
“Terus terang saya juga sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” kongsinya.
Baca Disini : Fizz Fairuz Alami Sakit Misteri, Almy Nadia Sedih “Suami Dulunya Ceria, Nak Pulihkan Sakit Dia Bukan Senang”
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Almy Nadia
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?