“Lama Kita Tak Minum Milo Kan” Sayunya Lepas Ramadhan 5 Beradik Ini Perlu Keluar Dari Rumah Sewa Mereka Jika..

Share

Sayunya lihat keadaan lima beradik ini. Mereka tak pernah tahu masalah kewangan yang dihadapi ayah ibu. Namun mereka faham akan susahnya ayah mencari wang untuk keluarga. Lebih menyayat hati, mereka tak sedar pun yang selepas Ramadhan ini mereka perlu melangkah keluar dari rumah sewa yang mereka diami.

Ayah anak-anak ini cumalah seorang pengawal keselamatan yang sudah pun berusia 60-an. Dengan kudrat yang telah memasuki usia emas, apalah lagi pekerjaan sampingan yang dapat dilakukan. Semata-mata mengharap gaji bulanan dari pekerjaan dalam pondok pengawal.

Lima beradik ini ada yang sudah bersekolah dan ada yang masih kecil. Dan si kecil itu, baru-baru ini telah dimasukkan ke wad kerana dimasukkan antibiotik. Dugaan ini berat untuk ibu, menghalang ibu dari meninggalkan anak-anak untuk keluar mencari pekerjaan. Dia perlu berada di hospital menjaga anaknya. Tinggallah anak yang besar memastikan keselamatan adik-adik di rumah.

Biarpun usia ibu sekitar 30-an dia tetap sukar mencari pekerjaan dengan ujian demi ujian yang perlu dihadapi setiap hari. Peritnya mahu menanggung 5 kepala yang masih kecil ini. Namun, hidup tetap perlu diteruskan.

Episod Duka Pun Bermula

Pasangan ini terpaksa berjuang untuk hidup di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Berapa sangatlah gaji seorang pengawal keselamatan. Sebelum ini mereka menyewa di sebuah rumah namun kerana gagal menjelaskan sewa, mereka diarah keluar dari rumah itu.

Kini mereka sudah menyewa di rumah baru dengan kadar RM400 sebulan. Memandangkan kejadian ini berlaku ketika Ramadhan, atas ihsan tuan rumah, keluarga ini diberi kelonggaran untuk duduk di rumah sewa itu tanpa menjelaskan deposit selama dua bulan.

Selepas dua bulan, mereka mesti menyediakan deposit. Jika ayahnya gagal menyediakan, sekali lagi mereka akan menerima nasib yang sama seperti sebelumnya. Diarah mengosongkan rumah ini.

Memandangkan keadaan usia dan tiada kelulusan. Hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukan oleh si suami. Isterinya pula tidak mampu untuk membantu menambah pendapatan kerana anak-anak yang masih kecil.” Catatan Natipah Abu dalam facebooknya. Beliau merupakan sukarelawan yang membantu keluarga ini.

 

Puan Natipah Abu, Sukarelawan . Kredit foto : Harian Metro

Sedekah Keperluan Dapur

Kali ini jariah beliau mahu membantu keluarga 5 anak ini untuk meneruskan kehidupan. “Atas dasar kasihan pada anak-anak yang selalu saja ponteng sekolah bila terputus wang belanja. Maka jariah kita hari ini ditujukan untuk keluarga ini

.”

Ujar Natipah lagi, “Menurut yang menjalankan amanah menghantar keperluan dapur yang bernilai RM250 ini, hatinya sayu sangat bila melihat betapa gembiranya anak-anak menyambut pemberian yang dibawa.”

Salah seorang anak-anak itu spontan menuturkan, “Lama dah kita tak minum Milo kan?” Wajah gembira terluah para riak anak-anak.

Masing-masing sibuk membuka biskut yang juga kita selitkan bersama untuk mereka dengan gembiranya tanpa mengetahui gelora di hati ayah dan ibu.”

Semoga jariah kita ini akan meringankan keluarga ini yang mana ternyata telah mengembalikan semula senyuman di wajah anak-anak yang belum mengenal erti hidup.”

Update Terkini

Dalam catatapan itu, Natipah memohon netizen membantunya mendapatkan deposit sewa rumah dan membantu memudahkan urusan kewangan keluarga ini menjaga anak yang sakit. Sasarannya adalah sebanyak RM2000.

Alhamdulillah.. tabung ini telah ditutup dengan mencapai sasaran. Bayaran kepada tuan rumah yang terletak di Klang, Selangor juga telah dijelaskan seperti berikut :

Deposit rumah : RM800
Deposit air : RM200
Deposit letrik : RM200
Sewa bulan Mei: RM 400
= RM 1600

Baki RM800 akan diserahkan kepada keluarga ini . Mewakili keluarga ini, dipanjangkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu. Segala budi dan jasa hanya Allah sebagai saksi

.”

Anda Yang Mahu Menghulurkan Bantuan

Biarpun dana keperluan rumah sewa dan anak sakit untuk keluarga ini sudah dipenuhi, pembaca dialu-alukan membantu keluarga ini dengan sumbangan untuk kelangsungan hidup mereka seterusnya.

Walau cuma seringgit, sumbangan anda tetap memberi makna kepada 5 beradik ini agar mereka dapat meneruskan persekolahan dengan selesa tanpa perlu ponteng sekolah apabila mak ayah tak mampu memberikan duit belanja.

Buat pembaca yang budiman mahu meneruskan hajat menderma boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke akaun ayah anak-anak ini :

No. akaun : 03250414869 (Hong Leong Bank)

Atas nama : Abdul Aziz Bin Tajuddin

Di alamat : 23A Jalan Dato Dagang 23, Taman Sentosa, 41200 Klang Selangor.

Sumber/Foto : Natipah Abu

Published by
Netty Ah Hiyer