Semua manusia pernah buat silap dan Allah takdirkan dosa sengketa supaya jadi bukti pada kita, ternyata hebatnya sebuah taubat dan kemaafan. Begitulah ujian besar Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini yang akhirnya mendapat pengampunan Yang Dipertuan Agong dan dibebaskan.
Pendek kata sekadar bukan pengampunan, bahasa yang paling tepat adalah dibersihkan segala fitnah dan pertuduhan kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Sekali gus membuka mata netizen yang mungkin pernah terpedaya dengan berita-berita palsu di media sosial.
Memamg perit dan perasaan itu mungkin hanya ditelan oleh isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dan 6 orang anak-anaknya. Tetapi dari kaca mata Puan Ainizal Abdul Latif
, dia mengambil sudut pandang yang postif untuk dijadikan pengajaran. Jemput renungkan…Jika benar dia pendosa, apa amalnya dan bagaimana taubat nya di penjara sehingga Allah beri kemenangan yang tidak terduga, Allah bersihkan namanya dan melihatkan kepada kita betapa hebatnya kuasa pengampunan tuhan.
Namun jika benar dia teraniaya, sungguh benar Allah mengangkat semua doanya, walau berapa lama Allah tahan untuk menjadi asbab kepada kita melihat hebatnya apabila sengketa ditamatkan dengan kemaafan sesama insan.
Allahuakbar, jika kita melihat dengan panduan Al Quran, tiada ada apa yang silap pada perancangan tuhan. Sebaliknya kita akan hanya mencari hikmah, hikmah, hikmah dan kebaikan. Bukan mencari kesalahan manusia dan menyalahkan takdir yang di tulis tuhan.
Sejarah membuktikan, beberapa insan hebat lahir setelah dipenjarakan, namun kesudahan nya Allah gantikan dengan peristiwa besar, termasuklah Hamka dan Nabi Yusuf Alaihissalam. Moga peristiwa besar ini menjadi ibrah kepada kita sempena dengan kehadiran Ramadan.
Hakikatnya, dunia adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Kerana itu Allah kurniakan Ramadan, bukan sekadar untuk berlapar dan dahaga, malah besar daripada itu menjadikannya bulan memohon keampunan dan mencari sebanyaknya ibrah dari penurunan mukjizat Al Quran.
Moga kita berjaya melepaskan diri dari penjara dunia dan mendapat kemenangan dan kejayaan besar pada hari pengadilan hanya bermula dengan berjuang dengan tembakan taubat yang bertubi-tubi dan berdoa sebanyaknya di bulan Ramadan!
Terima kasih atas motivasi ini tuhan, selamat datang bulan yang di rindukan.