Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
Foto: Facebook En Khairozi

Pemilik akaun Facebook bernama En Khairozi ini suka post dan berkongsi idea deko makanan daripada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan masakan setiap hari.

Setiap kali Khairozi post hasil deko makanannya itu, dia menerima pelbagai respons. Ada yang suka dan tidak kurang juga yang tidak menyukainya.

“Komen paling berbisa yang pernah saya terima adalah seperti, Stupid dan menjengkelkan! Bosan!,

“Perasaan saya? Sebenarnya saya suka komen negatif sebenarnya sebab dari komen itu saya boleh tahu kelemahan dan cara untuk memperbaikinya.

“Kadang-kadang saya terasa juga. Tetapi saya sudah biasa sebab ramai lagi sahabat yang positif.

“Lain orang lain pendapat dan pemikiran, seharusnya saya perlu berfikiran terbuka dan positif dalam setiap deko makanan yang saya hasilkan.”

IKLAN

Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan

Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
‘Seram’ nak makan
Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
Deko haiwan

Khairozi tidak pernah memikirkan sasarannya dalam hobi deko makanan ini. Sebaliknya dia rasa gembira dan berpuas hati bila dapat membuat orang lain gembira dan ceria dengan hasil kerjanya.

“Ada yang cakap hilang stress bila tengok hasil deko saya. Dapat pahala bila kita buat orang lain gembira.”

Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
Deko Pemandangan
Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
Superhero

Idea Secara Spontan

Khairozi atau nama sebenarnya Ahmad Khairozi bin Ahmad Zaki ini aktif deko makanan sejak tahun 2011. Tetapi pada masa itu dia tidak seaktif sekarang. Resipi dan deko makanan pertamanya adalah Hantu Durian.

IKLAN

“Deko saya bajet. Tidak guna modal yang besar. Deko paling senang menggunakan buah-buahan. Deko paling susah apabila menggunakan bahan-bahan yang kecil, contohnya potongan kentang yang disusun menjadi pemandangan kampung.

“Paling cepat saya deko makanan adalah lebih kurang 5 minit. Paling lama pula lebih kurang dalam 45 minit. Itu tidak termasuk masa memasak.

“Kebanyakan idea untuk deko makanan itu secara spontan dan bergantung pada bahan masakan. Sehingga kini kalau tidak silap, deko makanan saya telah melebihi 400 makanan.

“Untuk tahun ini (2020) saya letak kiraan dari bulan Januari hingga hari ini (temubual dilakukan) adalah lebih kurang 84 deko.

IKLAN

“Dalam banyak deko makanan saya itu, posting deko yang paling banyak dapat like adalah ikan kering dan petai berbentuk penyu. Saya dapat 34 ribu likes.”

Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan
Deko Pertama, Hantu Durian. Deko banyak dapat like, ikan kering dan petai berbentuk penyu

Khairozi yang menetap di Gurun, Kedah sebenarnya tidak belajar bidang kulinari. Sebaliknya dia yang mempunyai kelulusan dalam bidang sains dan kejuruteraan ini bekerja di sektor awam lebih kurang 11 tahun.

“Deko makanan ini jadi macam hobi. Isteri dan ada dua orang anak saya menyokong apa yang saya buat.”

Lali Dikecam, Lelaki Ini Dah Hasilkan Lebih 400 Idea Deko Makanan

Sumber/Foto: En Khairozi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI