Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.
Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia Terpaku! Buat mereka yang juga penggemar makanan laut wajib cuba resepi ini. Ratah pun sedap, apatah lagi jika dimakan dengan nasi, confirm bertambah!
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang merah
2 batang serai
Satu mangkuk cawan air
2 sudu sos tiram
Cili padi (dipotong halus)
2 keping daun limau purut
1/2 kg lala
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak ke dalam kuali kemudian masukkan bawang putih tumis sekejap.
2. Kemudian bawang merah, halia, cili padi dan serai.
3. Kacau-kacau kemudian masukkan serai, daun limau, sos tiram dan sedikit air.
4. Barulah letakkan lala yang telah dibasuh bersih.
5. Kacau hingga rata letakkan garam dan serbuk perasa. Tutup dulu kuali.
6. Bila sudah masak, bolehlah hidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Ads
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cerita bab bini harap duit suami memang tak akan habis, malah makin panas kalau tahu ‘orang rumah’ tak bekerja. Ok, salah ke seorang isteri tak kerja dan tunggu duit suami bagi setiap bulan?
Ya, tak salah dan itu memang tugas kaum suami tetapi macam mana kalau dapatl elaki yang jenis suka buat perangai? Yang tetiba minta nak kahwin lagi atau jenis payah nak belikan bini sesuatu keperluan wajib wanita, malah sampai ada segelintir kaum mak-mak rela dahulukan anak sebab tak nak bebankan suami!
Lagi teruk guna nama isteri buat pinjaman dan akhirnya bercerai dan kaum mak-mak juga jadi mangsa kena settle hutang! Inilah yang kita takut dan kalau ikutkan pandangan dari Harith Faisal, kaum isteri yang bergelar suri rumah pun patut ‘buat duit’ dari rumah. Jom jentik semangat dengan pandangan beliau…
Pesanan Untuk Bini-bini
Kalau hidup kau terlalu bergantung harap kat laki, kau akan jadi lemah dan tak berani. Bila mereka “tinggalkan” kau, kau akan jatuh tersembam ke bumi.
“Tinggalkan” ni, boleh jadi mungkin daripada kematian atau penceraian. Kau tak minta musibah melanda tapi kau kena bersedia sebab kematian itu pasti, kita tak tahu bila, kan.
Tak salah bini mengharap kat laki, tapi ia tetap agak berisiko tinggi. Cipta pendapatan sendiri dan mulakan hidup berdikari, walaupun laki kau masih sihat, sweet dan setia di sisi.
Walau kau adalah seorang surirumah, jadilah surirumah yang berpendapatan. Dunia di hujung jari dan luas terbentang peluang di hadapan. Usaha supaya cerah masa depan.
Semoga bini-bini semakin berani rancang kewangan dan beli rumah sendiri. Andai kau ditinggalkan juga, kau ditinggalkan dalam keadaan bermaruah dan tak menagih simpati.
Wahai bini-bini, setuju tak ni? Haha! – HF
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang isteri, kita hanya nampak kita saaja yang stres dengan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Kita nampak suami hanya diam, tak tunjuk apa-apa tindak balas, umpama tak ada langsung rasa stres. Kadang-kadang, isteri mula naik geram, bila suami buat tak tahu.
Lebih-lebih lagi, bila suami banyak diam, tidak banyak bercakap. Firasat isteri, suami penat di tempat kerja. Sedangkan isteri lagi penat dengan tugas-tugas di tempat kerja dan balik ke rumah dengan uruskan rumah tangga lagi.
Walau bagaimanapun, isteri kenalah sama-sama memahami dan jangan fikirkan stresnya sahaja. Bahaya menanti buat suami jika dia pun alami stres ini. Malah lebih terus boleh membahayakan kesihatan.
Ikuti perkongsian daripada Imam Muda Hassan tentang perkara ini.
Jangan Tambahkan Stres Suami
Saya tahu, ramai isteri yang mungkin tidak setuju dengan apa yang saya katakan ini. Sebab kalau nak diikutkan isteri lebih stres, tekanan tempat kerja, balik nak jaga anak, nak hadap suami yang macam-macam karenah. Tak masuk lagi suami main kayu tiga.
Baik suami baik isteri masing-masing ada ujian. Cuma mungkin berbeza cara suami dan isteri hadapi tekanan hidup. Tidak seperti isteri, suami jarang memperlihatkan perasaan mereka di khalayak ramai.
Suami lebih gemar menyembunyikan perasaan mereka, termasuk stres, disebabkan oleh faktor ego atau tidak mahu membesarkan perkara yang dianggap remeh.
Mungkin disebabkan oleh tanggapan yang remeh ini juga, suami tidak begitu mempedulikan tanda stres yang berlaku pada diri mereka. Sedangkan perkara ini agak merbahaya, ia boleh mengundang kemurungan.
Suami yang kemurungan boleh bertindak di luar kawalan, sehingga boleh mengambil tindakan membunuh isteri dengan cara yang tidak disangka.
Sebelum suami kemurungan, isteri perlu bantu suami, teman faham isteri juga stres. Tapi stres seorang suami susah nak nampak, ia makan dalam dan akan memendekkan umur suami. Stressseorang suami akan menurunkan sistem imun tubuh dan mudah diserang penyakit kronik. Kasihanilah suami kalian.
Simptom Fizikal Stres Suami
1. Sakit pada bahagian dada. 2. Jantung yang berdegup laju. 3. Tekanan darah tinggi. 4. Tercungap-cungap. 5. Keletihan. 6. Dorongan seks yang semakin menurun. 7. Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher. 8. Sakit kepala. 9. Pening. 10. Rasa kering pada bahagian tekak. 11. Sembelit atau cirit-birit. 12. Peluh meningkat.
Macam mana nak melegakan stress suami? Suam isteri kenalah sama-sama terbuka dan berbincang ye.
Hassan Adli
Suami yang tak nak stress
#jiwatenang
MW: Memang isteri ingat dia stres tapi suami pun alami yang sama, kita saja yang tak tahu ke atau buat-buat tak tahu. Kenalah sama-sama faham ye!
Empat beradik termasuk bayi 10 bulan kena halau dengan nenek, ditinggalkan depan pejabat kerajaan. Entah di mana hati nurani seorang wanita berusia yang bertindak menghalau empat cucunya termasuk bayi berusia 10 bulan.
Dalam kes menyayat hati ini, dalam usia yang belum pun baligh, empat beradik di bawah umur ditemui ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, di sini, semalam.
4 Beradik Termasuk Bayi 10 Bulan Kena Halau Dengan Nenek
Memetik laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 10.50 pagi itu membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan bayi 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kampung Gajah pada jam 5.39 petang.
Ditinggalkan Depan Pejabat Kerajaan
Hasil siasatan awal, katanya, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa semua mangsa ditinggalkan di hadapan pondok pengawal keselamatan kompleks pentadbiran itu oleh seorang perempuan yang tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Toyota.
“Hasil pertanyaan kepada kanak-kanak berumur 11 tahun berkenaan, dia mendakwa mereka dihalau dari rumah oleh nenek di Kampung Kuchai, Bota di Parit.
“Mereka dihantar ke tempat kejadian menaiki kereta oleh seorang perempuan yang tidak dikenali.
“Pengadu kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Gopeng untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hafezul Helmi berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak itu.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Inspektor Mohd Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.
Kenapa Ada Pasangan Yang Cari Skandal Di Luar? | Borak Kelamin
9/10 kes cerai selalunya melibatkan orang ketiga. Seringkali kita terdengar mengenai isu curang di antara lelaki dan wanita. Lebih menakutkan, berlakunya juga kes perhubungan sulit antara suami dan isteri orang.
Apakah punca perkara ini terjadi? Sekadar nak “have fun” atau terdapat tujuan lain ?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...