Lala Kam Heong Ala ‘Chinese Restaurant’ Ikut Resipi Ini Gerenti Sedap
Menu Lala Kam Heong selalu menjadi pilihan ramai apabila menjamu selera bersama keluarga di restoran Cina Muslim. Makan bersama nasi panas memang sedap. Paling best kalau dapat makan lala yang masih segar.
Sebenarnya boleh sahaja kita masak sendiri. Hendak menyediakannya tidaklah mengambil masa yang lama. Kalau hari ini teringin hendak makan Lala Kam Heong, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ini.
BAHAN-BAHAN UTAMA:
1/2 kg lala
BAHAN TUMISAN:
1 sudu besar udang kering (tumbuk /cincang)
3 @ 4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang besar (cincang)
2 inci halia dimayang halus
6 biji cili padi (potong halus) boleh juga guna cili kering
2 tangkai daun kari
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
5 sudu besar minyak
BAHAN-BAHAN UNTUK PES:
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap (boleh guna kicap Mudim)
BAHAN UNTUK HIASAN:
Daun sup/daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sebanyak lima sudu besar.
2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.
3. Masukkan pes kari yang digaul bersam sos tiram dan kicap. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tak kering.
4. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa kalian.
5. Masukkan lala gaul sebati sehingga lala masak.
6. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.
7. Siap, taburkan daun bawang dan tutup api.
Sumber kredit: Liza Idris