Laksam lembut cantik licin elok bergulung, kukus guna pinggan plastik!
Rupanya ada cara mudah dan tip untuk buat laksam supaya jadi tak melekat, lembut cantik, licin malah elok bergulung. Syaratnya kena pakai pinggan plastik yang disapu sedikit minyak.
Flawless teruk guys laksam ni. Siapa yang nk cuba, ini resepinya.
1cawan tepung beras cap teratai
1sdm penuh tepung gandung cap ros
21/2 cawan air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)
Minyak untuk disapu pada pinggan
**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.
1.Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.
2.Bancuh ramuan di atas kacau sampai larut dan jangan bergentel. Curah dalam pinggan yang telah disapu minyak kemudian kukus 4-5minit.
3.Kalau dah menggelembung itu tandanya dah masak. Tunggu sejuk baru gulung ya. Buat sampai habis step ni.
Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.
Sekian dimaklumkan.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Resipi LAKSAM Sedap & Mudah Sukatan Untuk 4 Orang Makan
Baca Lagi Di Sini:Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri Syaratnya Pakai Pinggan Plastik Sapu Sikit Minyak!
Artikel Menarik:Buat Sendiri LAKSA BERAS ‘Fresh’ Sedap Lain Macam, Cantik Tak Putus-Putus!
Mingguan Wanita: Menariknya buat laksam ni, elok licin, lembut dan mudah digulung. Pastikan kukus guna pinggan plastik. Boleh cuba buat sendiri nanti.
Sumber: Fiza Mh
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.