Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh. Makan masa pula tu nak buatnya.

Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Cah Cicah, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin. Cuti panjang hujung minggu atau kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba buat resipi laksa ekspress ni. Senang dan mudah!

Berikut perkongsian resipi ‘Laksa Ekspress’ yang dikongsikan;

“Kalau tetamu datang mengejut, ni lah yang saya jamu kat tetamu.Untuk 3 atau 4 orang makan ye.”

Bahan-Bahan:

1 Tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)
Asam keping
3 sudu Cili boh (ikutlah nak pedas mana)
Daun Kesum
Belacan(kalau suka)
Sos ikan sikit bagi naikkan rasa
Garam secukup rasa
Laksa basah
Bawang untuk hiris
Telur Rebus

Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!

Cara Membuat:

1.Lenyekkan ikan sardin tu dengan sos dia.( Guna blender pun boleh).

IKLAN

Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!2.Tumis cili boh + asam keping. Minyak 1 sudu untuk tumis cili boh tu.Kalau nak rasa sardin kekal letak 3 sudu dah cukup dah.Kalau nak extra pedas nanti hiris lah cili padi banyak-banyak.

Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!3.Masukkan ikan sardin yang dah lenyek + daun kesom.
4.Sukat air ikut tin dia tu.Saya letak 3 atau 4 tin sebab nak kuah pekat.
5.Masak 20-25 minit api slow, sebab nak bagi keluar rasa asam keping tu.. Kalau api sederhana/kuat 5 minit je siap.

Senang kan.Dah siap. Letak atas dia limau kasturi.
Rasa kuah ni macam “asam laksa” setelah diperah limau kasturi.

IKLAN

Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!

Dah boleh hidang..cara buat kuah ni macam buat kuah spegetti.. Mudah je.

IKLAN

Laksa Ekspress Jamu Tetamu Datang Rumah Mengejut, Senang 5 Minit Siap!

Baca Lagi Di Sini: Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini

MW: Semoga perkongsianini bermanfaat. Jadi mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Bila tekak teringin nak makan laksa atau ada tetamu yang datang rumah ‘mengejut’, bolehlah buat laksa ekspress ikut resipi yang dikongsikan ini.
Selamat mencuba!

Sumber: Cah Cicah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI