Laksa Beras Home Made MUDAH 5 Bahan, Guna Acuan Maruku!

Share

Bagi yang suka makan laksa, sebenarnya boleh buat mee laksa sendiri secara di rumah. Lebih jimat, puas hati dan terjamin kebersihan serta ramuan bahan-bahan yang digunakan. Hanya guna 5 bahan sahaja dah boleh buat laksa beras ni. Malah tak perlu risau tiada mesin acuan, bentukkan guna acuan maruku pun boleh jadi.

Ikut resipi dan cara-cara buat laksa beras yang dikongsikan oleh Puan Roslina Shaari Ina Kie
ini.

Laksa beras home made.

Bahan-Bahan:

500gm tepung beras cap teratai
3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam
2 sudu makan minyak

Cara Membuat:

1. Letak tepung dalam bekas dan larutkan garam dengan air panas.
2. Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas.
3. Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
4. Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku.
5. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
6. Bentukkan laksa buat sampai habis.Terus kukus dalam 20 minit.

7. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
8. Buang air dan tambah air baru.Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain.Terus tapis.

Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih, Laksa kuah kari dan sebagainya.

Tip Ekstra!

Saya pernah guna tepung gajah1 cap rose, laksa jadi putusdan hancur, tak cantik.

Baca Lagi Di Sini:
Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan!
Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri Syaratnya Pakai Pinggan Plastik Sapu Sikit Minyak!

MW: Mudah je nak buat laksa beras di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak malah boleh guna acuan maruku je. Bukan apa bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihannya, status halal dan ramuan yang digunakan.

Selamat Mencuba!

Sumber: Roslina Shaari Ina Kie

Published by
Suhaidah Abd Wahab