Bagi yang suka makan laksa, sebenarnya boleh buat mee laksa sendiri secara di rumah. Lebih jimat, puas hati dan terjamin kebersihan serta ramuan bahan-bahan yang digunakan. Hanya guna 5 bahan sahaja dah boleh buat laksa beras ni. Malah tak perlu risau tiada mesin acuan, bentukkan guna acuan maruku pun boleh jadi.
Ikut resipi dan cara-cara buat laksa beras yang dikongsikan oleh Puan Roslina Shaari Ina Kie ini.
Laksa beras home made.
Bahan-Bahan:
500gm tepung beras cap teratai
3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam
2 sudu makan minyak
Cara Membuat:
Ads
1. Letak tepung dalam bekas dan larutkan garam dengan air panas.
2. Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas.
3. Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
4. Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku.
5. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
6. Bentukkan laksa buat sampai habis.Terus kukus dalam 20 minit.
7. Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
8. Buang air dan tambah air baru.Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain.Terus tapis.
Ads
Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa. Laksa utara, Laksa lemak kuah putih, Laksa kuah kari dan sebagainya.
Tip Ekstra!
Saya pernah guna tepung gajah1 cap rose, laksa jadi putusdan hancur, tak cantik.
MW: Mudah je nak buat laksa beras di rumah. Bahan-bahan pun tak banyak malah boleh guna acuan maruku je. Bukan apa bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihannya, status halal dan ramuan yang digunakan.
Ayam Masak Kurma memang ramai yang suka buat, apatah lagi menu ni tak pedas, anak-anak memang suka. Nak buat Ayam Masak Kurma yang sedap ada ramuan rahsianya yang tersendiri.Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai rujukan.
Dah masak untuk makan tengah hari ke tu uiiii? Meh nak kongsikan resipi Ayam Masak Kurma resipi dari abah kakchik. Dulu kalau bulan puasa abah selalu masak untuk kami sekeluarga.
Abah buat pekat kuahnya, nanti boleh cicah dengan roti atau lempeng. Selalu kalau kat kedai makan memang kakchik tak memandang lauk Kurma.Tapi kalau abah yang masak, sampai ke kuah habis licin. Rupanya ada bahan rahsia yang abah bubuh. Jom kita buat.
Bahan-bahan (Tumis):
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ½ pek kecil rempah kurma MakSiti
Rempah 4 sekawan
Daun bawang
Daun ketumbar
Badam
½ ekor Ayam
Sedikit air
pes asam jawa
kentang potong dadu
lobak merah
1/4 cawan santan
Kentang
Lobak Merah
cili hijau
bawang merah
tomato
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Tumiskan bahan tumisan yang dikisar sampai naik bau.
2. Bila dah garing masukkan serbuk Kurma.
3. Ini bahan rahsia kenapa Kurma abah sedap. Kisarkan Daun bawang, Daun ketumbar dan Badam tadi. Masukkan dalam bahan tumisan yang dah pecah minyak tadi. Masa ini bau dia yaaaa ampun. Berjoget cacing kelaparan.
4. Biarkan bahan tadi pecah minyak barulah masukkan ayam. Kacau kacau Kan semua bahan biar mesra.
5. Bila semua bahan dah mesra elok muafakat membawa berkat masukkan air.
6. Masukkan juga pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja tau. Jangan kau yang bermasam muka. Kita bukan nak masak asam pedas.
7. Masukkan kentang.
8. Masukkan lobak. Senang kerja mak tak payah masak sayur dah. Ikut suka ya nak masukkan boleh, tak nak pun takpe.
9. Bila semua bahan dah empuk elok. Masukkan Santan ¼. Cawan.
10. Masukkan cili hijau, bawang merah dan tomato. Berkabus dapur oiii. Macam Kat London. Hahaha
11. Perasakan dengan garam dan gula. Ikut selera lah ye. Ejas sampai rasa yang kau nak cukup rasa.
12. Dah siapppppp. Perghhh ini kalau abah nampak mesti kata jadi dah ni jadi. Hahahaha.
Hidangkan pada anak dan suami. Selamat mencuba.
Memancor mancor oi. Nampaknya kena masak 5 pot nasi hari ni. Kalau bernasib baik boleh buat lempeng petang nanti cicah kuah Kurma. Kalau tak kita masak lain lah untuk malam.
Dah siap masak, jerit pada suami Dan anak. Panggil mereka makan. Pesan siap siap jangan tinggal kan baki. Mak nak diet. Dah berapa kali hati Isnin ni. Hishhhh
Mingguan Wanita : Rupanya kena masukkan badam, daun ketumbar dan daun bawang kisar masa tumis, barulah Ayam Masak Kurma bertambah sedap, sampai ke kuah habis licin. Boleh cuba tip ni nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!
Masak Sambal Atau Makan Mentah
Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.
Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.
Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.
Sambal Sedap Pedas Berdegung!
Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak. Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.
Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!
Sambal Goreng Tempoyak Udang
Bahan-bahan
300-350 gram tempoyak
1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya
20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)
5 batang cili besar merah
1 helai daun kunyit – racik
1 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Minyak masak
Cara Memasak:
Bersihkan udang, buang kulit. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang. Jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Kisar cili padi dan cili besar, tuang ke dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan tempoyak. Gaul sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
Panaskan minyak (boleh guna minyak gorengan udang tadi), tumis campuran tempoyak dan cili tadi. Masukkan hirisan daun kunyit dan asam gelugur. Kacau hingga terbit minyak.
Masukkan pula udang yang sudah digoreng tadi. Sentiasa dikacau agar tidak melekat bahagian bawahnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
Anda boleh juga gunakan ikan bilis jika suka. Terpulang pada diri masing-masing. Selamat mencuba!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...