Laki Bini Sibuk Bab Bayar Yuran Tapi Kaum Mak-mak Paling Kalut!

Share

Bermulalah lembaran baru persekolahan dan juga hari kedua tahun 2018. Seperti biasa, bila buka sekolah mak ayah akan sibuk bayar yuran dan menguruskan kemasukan sekolah sesi baru. Begitu juga dengan saya yang agak kelam kabut di hari pertama sekolah dibuka.

Maklumlah semasa sebulan anak-anak bercuti sekolah pagi saya tidaklah sesibuk sewaktu mereka bersekolah. Sebabnya seawal 5 pagi saya sudah bangun untuk sediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka.

Kena Ikut Bajet

Sebelum itu seperti ibu bapa yang lain saya juga membeli pakaian persekolahan anak-anak tetapi saya beli mana yang perlu saja.  Memandangkan tahun lepas saya dan suami tersalah bajet hingga perbelanjaan kami melebihi had.  Tahun ini kami ambil pendekatan yang lebih mudah  iaitu hanya membeli seorang dua pasang baju saja untuk tiga orang anak saya.  Dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar ini rasanya kita perlu banyak berjimat.

Oklah sebenarnya sebelum anak-anak mula sesi baru persekolahan selama sebulan juga saya ambil peluang mengambil cuti dan berehat pada hujung dengan mereka.  Setiap minggu , alhamdulillah ada saja lokasi percutian yang kami kunjungi.

Tak Suka Membazir

Saya ni jenis yang tak suka membazir dan tidak berapa gemar bercuti.  Namun dek kerana anak-anak saya ikutkan juga dan pada saya mereka juga perlukan ganjaran selepas hampir setahun bertungku lumus belajar.

Tidak seperti orang lain percutian kami merupakan percutian bajet dan hanya di sekitar melaka dan Lembah Klang.

Dua hari sebelum cuti sekolah tamat saya sempat bawa anak-anak ke Aquaria KLCC. Disini banyak pengetahuan tentang hidupan laut yang anak-anak saya perolehi. Masing-masing cukup gembira apatah lagi bila dapat lihat ‘baby shark’.  Pulang saja dari situ mereka bertanya bila lagi cuti sekolah. Hai lah anak ya, waktu tu belum sekolah bermula dia dah tengok kalendar untuk bercuti lagi. Saya dan ayahnya minta mereka belajar rajin-rajin dan buktikan pada kami mereka capai keputusan peperiksaan yang baik barulah kami akan bawa bercuti lagi.

Pada saya bercuti sangat penting kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.  Pada waktu inilah saya sedari sebagai ibu yang bekerjaya saya sebenarnya tidak benar-benar selami hati mereka dan sewaktu bercuti barulah saya dapat dekati mereka dan berbual-bual mesra.  Paling ketara sekarang ni anak kembar perempuan yang berumur 9 tahun dah pandai melaram.  Malah mereka juga rupanya gemar menyanyi dan artis paling mereka minat sudah tentu Aiman Tino.

Azam Tahun Baru

Sentuh tentang azam tahun baru 2018 saya pula, seperti insan lain saya juga berharap kami dimurahkan rezeki. Malah saya juga berharap saya boleh menjadi seorang pekerja yang versatile, ibu serta isteri yang berjaya.

Published by
Norhayati Suboh