Lain Orang Lain Caranya, Tapi Ini Resepi Ikan Bilis Goreng Petai Laku Keras!

Share

Bosan asyik makan daging dan ayam, sesekali boleh cuba buat Ikan Bilis Goreng Petai pula. Menu ini agak bahaya sebab kesannya boleh buat makan bertambah-tambah sekali buat!

Lain orang mungkin lain caranya, bagi Puan Datin Nor

, dia tidak goreng asing petai dan bilis tetapi teruskan masuk selepas siap tumis bawang. Nah, jemput godek.

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

Ikan bilis 400gram
Bawang besar 4 labu
Bawang putih 30 ulas/boleh kurangkan jika tidak suka
Cili api 15 biji
Cili besar hijau & merah 10biji
Petai 5 papan
Minyak secukupnya untuk menumis,garam dan secukup rasa

Video Masak Ikan Bilis Petai

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam 1 setengah cawan, tumiskan bawang merah dan bawang putih (jangan terlalu garing kemudian masukkan ikan bilis, goreng juga jangan garing, biar lembut-lembut sikit ikan bilis tu

Masukkan petai,cili api dan cili besar, secubit garam dan secukup rasa, kacau-kacau dan boleh di hidangkan.

Published by
Nadia