Bosan asyik makan daging dan ayam, sesekali boleh cuba buat Ikan Bilis Goreng Petai pula. Menu ini agak bahaya sebab kesannya boleh buat makan bertambah-tambah sekali buat!
Lain orang mungkin lain caranya, bagi Puan Datin Nor, dia tidak goreng asing petai dan bilis tetapi teruskan masuk selepas siap tumis bawang. Nah, jemput godek.
Resepi Ikan Bilis Goreng Petai
Ikan bilis 400gram
Bawang besar 4 labu
Bawang putih 30 ulas/boleh kurangkan jika tidak suka
Cili api 15 biji
Cili besar hijau & merah 10biji
Petai 5 papan
Minyak secukupnya untuk menumis,garam dan secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam 1 setengah cawan, tumiskan bawang merah dan bawang putih (jangan terlalu garing kemudian masukkan ikan bilis, goreng juga jangan garing, biar lembut-lembut sikit ikan bilis tu
Masukkan petai,cili api dan cili besar, secubit garam dan secukup rasa, kacau-kacau dan boleh di hidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka
Mesti ramai yang gema manisan, tak kira tradisional atau moden. Petang nanti nak masak apa pula ye untuk minum petang sekeluarga? Biasanya hidangan manisan menjadi pilihan seperti kuih muih, kek, pengat dan sebagainya. Mungkin anda boleh cuba tiga resipi ini juga.
Walau pun manisannya mudah, tapi mak kena kreatif sikit supaya nampak menarik. Budak-budak memang suka warna warni, jadi tambah elemen warna warni dalam manisan untuk tarik perhatian mereka.
PUTERI MANDI PELANGI
BAHAN UNTUK TEPUNG:
2 cawan tepung pulut
2-3 titik perwarna merah dan kuning – atau ikut selera masing-masing
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung beras
3 cawan air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
- Gaulkan tepung pulut dengan garam dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna merah dan selebihnya dengan pewarna kuning. Setiap adunan dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Bentukkan bulat, kemudian tekan di tengah-tengah doh untuk leperkan.
- Jerang air di dalam periuk hingga mendidih. Kemudian masukkan tepung yang telah dibentuk tadi. Apabila tepung itu timbul, angkat rendam di dalam air sejuk supaya ia tidak melekat. Tos dan ketepikan.
- Untuk membuatk uah; Masukkan santan, gula, tepung beras, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk hidupkan api kacau hingga sebati dan kuah agak pekat.
- Setelah itu, letak di dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan.
KUIH KETAYAP GULA MERAH
Bahan-bahan untuk kulit:
1 cawan air
4 helai daun pandan
*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
* 1 cawan susu segar / santan
*Sedikit pewarna hijau (jika suka)
* Sedikit esen pandan (jika suka)
Minyak untuk mendadar
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa separuh tua yang diparut
Sedikit gula melaka
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu besar minyak masak untuk mengilatkan inti
CARA MEMBUAT:
- Untuk menyediakan inti ketayap; masukkan air dan gula ke dalam periuk masak sehingga gula melaka itu cair.
- Kemudian masukkan kesemua bahan yang selebihnya tadi ke dalam adunan, masaklah sehingga inti kelapa tersebut agak kental. Tutp api dan ketepikan.
- Untuk membuat kulit ketayap; kisar daun pandan dengan satu cawan air dan tapis. Kemudian kisar semua bahan yang bertanda (*) menjadi satu adunan.
- Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadar nipis adunan tadi hingga masak. Angkat.
- Masukkan inti dan gulung. Ulangi langkah hingga selesai. Siap untuk dihidang.
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300 gram ubi kayu
200 gram santan pekat
100 gram sagu mata ikan
1 liter air
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
1 helai daun pandan (simpul)
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
- Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
- Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
Terima kasih: Majalah RASA
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TELUR DADAR Rangup Kembung, Masukkan Sedikit Tepung Jagung & Minyak Betul-Betul Panas!
Telur dadar selalunya'pelengkap' hidangan lauk, terutamanya tomyam. Namun jika makan telur dadar dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Ada caranya untuk buat telur dadar gebu dan rangup.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan oleh Ummu Salamah ini;
Anak-anak kalau dapat telur dadar rangup kembung gini depa takde makan dengan nasi dah. Ratah terus.
Bahan-Bahan:
1 biji Telur
1 sudu kecil Tepung jagung
4/5 sudu kecil Air
secubit Perasa & garam
Cara Membuat:
1. Kacau rata semua bahan-bahan.
2. Minyak kena banyak ( agak-agak saiz lebar mana nak ) kalau sebiji telur agak-agak laa minyak tu banyak mana untuk dia berkembang mekar dalam kuali.
3. Minyak wajib panas betul baru cantik jelita.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi Telur Dadar ‘Crispy’ Kena Masukkan Cuka Dan Air, Barulah Macam Kedai Tomyam
Baca Lagi Di Sini:Petua Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap, Campurkan Dengan Mayonis!
Artikel Menarik:Tip Telur Dadar Gebu, Asingkan Kuning Dan Putih Telur, Barulah Lebih Besar, Lembut
Mingguan Wanita:Macam ni rupanya nak buat telur dadar yang rangup, elok kembang gebu. Masukkan sedikit tepung jagung dan pastikan minyak betul-betul panas.Memang menjadi hasilnya.
Sumber: Ummu Salamah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Resepi Colek Buah Kantan, Makan Gitu Je Rasa Manis Masam
Colek buah kantan ini hidangan unik. Ramai yang tak kenal buah kantan berbanding bunga kantan yang lebih laku keras dan glamor di kalangan penggemar laksa.
Rupanya pada pokok kantan ini, ada buah kantan yang sedap dinikmati jika tahu caranya. Mana hendak mencari buah kantan ini.
Pada bunga kantan yang tidak petik atau diambil, bunga kantan yang dibiarkan tadi akan menghasilkan buah. Dan buah kantan ini boleh dimakan mentah, tetapi perlu dikupas kulitnya untuk mendapatkan isi.
Rasanya sedikit masam, sebab itulah bila dibuat colek kesedapannya terserlah. Siti Khadijah Binti Mohammad berkongsi resepi colek buah kantan yang mudah untuk dibuat.
Baca sini : Resepi Sedap Sambal Bunga Kantan, Tumis Dengan Ikan Bilis Bagi Kering
Bahan-bahan Colek Buah Kantan
- Gula
- Garam
- Cili padi
- Belacan
- Kicap
*Sukatannya ikut pada citarasa anda. Kata Siti Khadijah, sukatannya agak-agak saja. Kalau mak mentua saya, dia suka makan dengan budu.
Caranya
- Satukan kesemua bahan di atas dan tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
- Gaulkan dalam buah kantan yang telah siap dikupas.
Mengupas buah kantan ini pun mengambil masa satu jam. Kulit buah kantan ini agak keras. Jadi memang akan ambil masa untuk mengopeknya.
Buah Kantan Lebih Terkenal Di Sabah Dan Sarawak
Ketika Siti Khadijah berkongsikan gambar colek buah kantan ini, ramai juga yang tidak mengetahui kewujudannya. Malah, ada yang baru pertama kali melihatnya.
Bagaimana pun, hasil pencarian di internet mendapati buah kantan ini terkenal di pasar-pasar tamu Sabah dan Sarawak.
Malah, harga nya juga murah.
Penggemarnya menjadikan buah kantan ini sebagai ulam yang kemudian dimakan dengan nasi panas. Selain, dijadikan colek ada juga yang menjadikannya sambal.
Jika anda penggemar bunga kantan dalam laksa, insyaAllah buah kantan ini antara hidangan unik yang boleh dicuba.
Sesiapa yang mahu mencuba itu, boleh saja membeli secara online. Lainlah kalau ada pokok kantan yang berbunga. Bolehlah biarkan dan jadikan buah kantan di pokok.
Beli BUAH KANTAN di sini : https://invol.co/claqpp0
Sumber/Foto : Siti Khadijah Binti Mohammad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI