Sedapnya cuaca panas-panas minum air Lai Chi Kang ni untuk sejukkan tekak. Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan serta boleh meredakan panas dalam badan.
Jika mak-mak nak buat sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wan Ashikin Endut ini. Mesti puas hati!
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Penyejuk tekak ..Lai Chi Kang.Buat sendiri baru puas hati. Boleh letak macam-macam”
Bahan-Bahan:
Biji selasih (rendam)
Buah kembang semangkuk (rendam dengan air panas )
Barli (rebus)
Fungus putih (rebus)
Buah kurma merah (rebus letak gula / gula batu dan daun pandan )
Buah longan kering (rendam dengan air panas)
Cincau
Kacang tanah panggang
Kismis
Buah kabung
Biji Sagu
Buah laici (dalam tin)
Halwa kundur
Buah pala (kering) tapi saya tak letak sebab anak-anak tak suka buah pala
Agar-agar kosong ( merah / hijau ) tapi hari ni tak sempat buat
Ais
IKLAN
Cara Membuat:
1. Rebus buah kurma merah letak gula / gula batu dan daun pandan.
2. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
3. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
IKLAN
Siap!
Dan boleh makan!!
IKLAN
Info Ekstra!
Bahan-bahan boleh dibeli di pasaraya besar dan kedai ubatan cina (sensei)
Sup cendawan memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing. Nak puas makan, jimat serta berbaloi bila buat sendiri sup cendawan ni di rumah. Rasanya lebih sedap berbanding guna pes segera dalam tin .
Boleh cuba resipi yang dikongikan oleh Ain Azmi ini.
“Mushroom soup cara saya, lagi sedap dari guna instant. Jimat pon jimat, bole ler sesapa yang nak try.”
Bahan-Bahan:
Cendawan butang (beli kat supermarket tu)
Satu biji bawang besar (dicincang)
Susu segar apa-apa brand pon bedal je ( 1 mug)
Mentega untuk gantikan minyak (1 sudu makan)
Tepung Jagung untuk pemekat (1 sudu makan)
Lada hitam (ikut suka banyak mana ehh)
1 kiub pati ayam dilarut dalam air (1 mangkuk) so tak yah letak garam
Cara Membuat:
1.Cairkan butter dan tumis bawang.
2. Dah kekuningan masukkan satu sudu besar tepung jagung.
3 .Masukkan pula semangkuk cendawan butang.
4. Kemudian masukkan air kiub pati ayam dan kacau sebati.
5. Masukkan semua adunan dalam blender dan kisar halus.
6. Masukkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.Biarkan mendidih guna api perlahan.
7. Masukkan pula susu segar dan lada hitam .Siap! Boleh dicicah dengan roti bawang putih.
MW: Sedapnya hirup sup cendawan berkrim panas-panas, dicicah pula dengan roti bawang putih garing. Puas hati bila buat sendiri di rumah, jimat dan berbaloi berbanding beli.
Rupanya senang je mak-mak nak buat mee kuning sendiri di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan dan air suam! Jangan risau, takde mesin canai mee pun tak jadi masalah, ada caranya boleh potong doh secara manual guna tangan.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat mee kuning ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Norain Naim ini.
MEE HOMEMADE 4 BAHAN
Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil.Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan.Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi
Bahan-Bahan:
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
air suam
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Masa canai nipis tu tabur-taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong. Ikut masing-masing nak nipis mana.
Kuih Bingka Ubi Kayu banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 5 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bingka Ubi Kayuyang sedap ni. Malah salah satu tipnya untuk menjadikan Bingka Kayu lebih sedap, bila dah separuh masak, sapu rata ‘butter’ pada permukaan bingka, kemudian sambung bakar sampai garing.
Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuzaina Yusoff ini.
“Petang ni nak buka puasa tu boleh la cuba resepi kuih Bingka Ubi Kayu ni. Orang Penang panggil bengkang tau. Sementara mak kuat dan sihat Cik YY belajar dari mak. Orang orang muda tak ramai yang suka, tapi bila mai fasa umur macam Cik YY ni mula dah start minat kuih muih tradisional ni. Betoi dak. Dulu tengok kopi O tak layan ui, la dah jadi favourite dah.
Jom kita tengok Bingka Ubi Kayu Resipi Bonda
Bahan-Bahannya:
1 kilo Ubi kayu
Setengah Kilo Santan
1 biji Telur
Gula ikut manis
Garam ikut citarasa
Cara Membuat:
1. Sagat ubi kayu. Tak perlu perah. Adunkan sekali bersama air ubi yang telah disagat. Guna penyagat yang memang dah halus, jadi tak perlu blender lagi.
2. Campurkan dengan santan, telur, gula dan garam secukup rasa.
3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu butter.
4. Bakar ke dalam oven 180c, 1 jam setengah, api atas bawah atau mengikut kepanasan oven masing masing.
5. Agak agak setengah masak keluarkan, sapu butter atas permukaan bingka tersebut.
6. Sambung bakar sampai ia garing. Ada orang suka garing ada orang tak suka. Jadi ikut selera masing masing.
MW: Sedapnya kuih tradisional Bingka Ubi Kayu ni. Makan panas-panas dengan kulitnya yang berkerak garing tu. Nak buat pun mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Mak-mak boleh cuba nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...