Lahirkan bayi kembar lima secara normal, ibu hebat ini curi perhatian ramai kerana dia mampu melahirkan kesemua anaknya tanpa pembedahan walaupun kembar.
Allahuakbar memang hebat seorang ibu. Demi lima anaknya, dia bertarung nyawa melahirkan secara semulajadi. Syukur urusan kelahiran anaknya dipermudahkan.
Bagi mak-mak yang pernah lalui proses bersalin pasti kecut perut mengenangkan perjuangan ibu kepada lima kembar ini.
Lahirkan Bayi Kembar Lima Secara Normal
Seorang wanita di Arab Saudi mengundang perhatian orang ramai kerana melahirkan bayi kembar lima dalam kelahiran secara normal pada 12 Januari lalu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Proses kelahiran itu dibantu oleh pasukan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Raja Salman.
Wanita itu berjaya melahirkan lima orang bayi yang sihat dengan berat antara 950 hingga 1,100 gram setiap seorang.
Ketika usia kehamilan mencecah 28 minggu, wanita berusia 34 tahun itu bersama Kementerian Pertahanan Arab Saudi dilihat berkongsi mengenai kehamilannya menerusi ciapan pada sebuah akaun rasmi Twitter.
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Mejar Jeneral Attia Al-Zahrani turut menerima ucapan penghargaan daripada orang ramai atas kejayaan yang dicapai oleh pasukannya dalam membantu kelahiran luar biasa tersebut.
Hospital Angkatan Tentera Raja Salman adalah antara hospital terbesar di Arab Saudi dan dibina pada Ogos 1980.
Ads
Hospital itu menawarkan pelbagai perubatan khusus dan merupakan hospital kerajaan pertama yang menawarkan teknologi endoskopik di Arab Saudi pada tahun 1991. – Agensi
Mingguan Wanita : Anak seorang pun bagai putus nyawa meneran, apatah lagi lima orang. Memang salutelah, hebat!
Mak ayah bersuara realiti sistem pendidikan negara, anak yang bijak tapi introvert “tidak dinilai”. Bermula dari satu hantaran seorang guru, Cikgu Zulaikha yang membincangkan realiti sebenar sistem pendidikan negara, hal ini terus ditularkan dan mendapat respon yang bukan sedikit dari ibu bapa yang meminta sistem pendidikan dinilai kembali.
Penulisan seorang bapa, Kio Khairul yang risau tentang Nasib anaknya yang agak bijak tapi introvert menerima “markah” kurang sebenarnya agak merisaukan ibu ayah, apa lagi yang tidak bijak pada anak mereka.
Bacalah perkongsian akan kebimbangan hati bapa ini, Kio Khairul dan ia realiti sistem pendidikan negara.
Mak Ayah Bersuara Realiti Sistem Pendidikan Negara
Exactly terjadi pada Sarah.
Lately ni banyak yang bercakap tentang kekeliruan atau ketidakpuas hati tentang sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM ni
Sarah mmg tak ada exam. Awal² lagi cikgu dah bagitahu yang pelajar² xkan ada exam dan grading.
So aku sbg ayah, rasa sedikit lega bila cikgu ckp mcmtu. Sebab aku nampak anak² yang baru masuk darjah 1 ni.. baru nak kenal alam sekolah rendah ni dapat belajar dengan tenang, xde pressure, dan yang penting lebih enjoy. Waktu tu belum lagi cikgu explain pasal TP ni.
Bila mana dah masuk bulan ke 3-4 mcmtu baru cikgu panggil parent untuk dijelaskan tentang TP ni dan aku tgk Sarah punya TP ni antara TP3,TP4 dan TP5. Cikgu cakap tak perlu risau sebab awal² ni mmg TP mcmni je cikgu² bagi dekat anak² murid.
Dan of course aku akan bertanya kenapa TP3,kenapa TP5 dan kenapa bukan TP6 dan apa criteria utk capai TP6. Lepas cikgu explain dari A-Z ak dah pahamm sebab sistem sekarang yang tiada exam dan grading ni. So TP ni sebagai indicator untuk penilaian anak². Cikgu akan menilai ank² dalam kelas.
Long story short . Hujung² tahun ni.. cikgu wassap dalam group tele.. bagi senarai nama dalam 13 orang. Minta parent msg cikgu personally. Tanpa ada apa² explaination. Bila aku tengok nama anak xde, aku pun bertanya dgn wife.. tahu X ni list nama apa? Wife pn xsure.. parent² lain pun mcm blur…cikgu cuma bg list nama..tp xbgtau utk apa.. kenapa X transparent je dalam group tu.
Bila selidik²…baru tau..tu list nama utk hari anugerah. Meloncat aku.. awal² tahun dulu cikgu ckp xde exam..xde grading.. dah tu mcmna cikgu bagi anugerah? Mcmna cikgu evaluate ank².
Terus pegang phone contact cikgu kelas Sarah. Minta nak jumpa. Saya nak explaination dr cikgu secara telus dan transparent. Xmau sembunyi² kias² dah. Bukan sebab Sarah xdpt award..cuma aku rasa kesian dekat anak aku.. ingatkan elok je dia belajar dalam kelas, buat exercise, aktiviti, kuiz , dan xpernah miss keje sekolah yang cikgu bagi.
Anak Yang Bijak Tapi Introvert “Tidak Dinilai”
Dah kertas exam ka kuiz ka xpernah dpt. Macam mana nak tau anak tu lemah kat mana. Padu tang mana.. jadi as parents ni boleh groom lg anak tu kat rumah. Focus chapter yang lemah. Ini tak… Parent dok syok sendiri ja .. kata Anak perform kt sekolah ni..xyah buat apa².. janji keje sekolah siap . Dah cukup
Lepas jumpa cikgu kelas personally.. dan cikgu pun dah explain again benda yang sama. Aku bagitau apa yang aku rasa xadil tu. Cikgu pun Paham..ak xsalahkan cikgu.. sbb cikgu hanya pelaksana je.( terima kasih bnyk² cikgu yang tanpa jemu menjelaskan semua ni). Arahan dari pihak atasan. So no more argue la mcmtu. Checkmate.
Bila tgk keputusan TP Sarah.. Alhamdulillah..TP5 dan TP6.. tapi no point.. sbb cikgu ckp yang dpt award tu ada ja TP4.. tapi sebab dia banyak ckp .. dia berani bersuara. Ada yang sorang tu TP biasa²..tp sbb dia ada wakil rumah sukan walau xmenang..tp dia mewakili. So dia layak juga dpt award.
See.. sekarang aku dah paham mcm mana permainan KPM dan sekolah .
Jadi kalau anak ko sejenis introvert tapi excellent akademik mcm Si Sarah ni, cukup susah nak bersuara, asyik sedekah alat tulis kat budak² kelas dia secara senyap² ( tiap² bulan asyik kena restock ja) , siap bagi kawan pinjam buku aktiviti sbb buku kwn hilang, end up buku dia pulak kwn lupa nak return balik, etc.. as long cikgu xnampak semua tu.. xde lah markah atau point diberikan.
Senang cerita apa² nak buat kena show off..
Cikgu…Sy bagi Naurah pinjam buku
Cikgu.. Saya dah siapkan kerja sekolah utk minggu depan dah.
Cikgu… Saya dah tlg Adil asah pencil² dia
Cikgu.. Saya dah ckp suruh kwn² diam..tapi diorang xnak dengar
Cikgu.. minggu depan cikgu datang X?
Cikgu.. mak suruh pesan kalau ada apa2 program..masukkan nama saya.. xpandai xpe2..janji bubuh nama dulu mak kata..
Etc..
Cikgu nak anak² yang banyak bunyi mcmtu. Banyak bunyi. Banyak menonjolkan diri. Dalam kelas bukan ada 10 orang ja. Ramai. Jadi dengan cara sapa yang menonjol .. senang cikgu nak bg point tu. *Sighh
Teringat kawan sekolah aku dulu.. perempuan.. sejenis xreti bersosial.. kawan dia dua orang tu ja smpi abis belajar. Pendiam.. cikgu tanya soalan .haram dia nak angkat tangan… Tapi bila exam.. nohehhh… Xde belas ihsan..dia perform.
Alhamdulillah.. Dah ada phd dah dia.. Title Dr dia skrg.
Entah lah..kalau mcmni la sistem yang diperkenalkan KPM… Apa nasib anak² yang excellent akademik tp introverts..introvert xsalah.. ak sendiri introvert zaman sekolah. Bukan xreti berkawan .cuma ak xreti mcmna nk mulakan conversation tu. Tp tulaa.. no point zaman skng.
No wonder skng dah mula trend homeschooling anak² masing²… Masuk exam besar sbg calon persendirian.
Apa yang aku boleh rumuskan… Tolonglahhh kembalikan exam… Dari sini lah kami as parents tahu anak kami lemah dekat mana… Yang perform Alhamdulillah.. bagaimana yang xperform.. xkan dibiarkan terkontang kanting .
Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya mood akan lebih ceria dan bersemangat untuk bangun bersahur, apabila dihidangkan dengan pelbagai menu menarik setiap hari. Menyediakan hidangan waktu bersahur tak kurang hebatnya seperti waktu berbuka.Ia bagaikan ‘hadiah’ seorang isteri kepada suami dan anak-anak tersayang.Paling penting niat dan usaha menyediakan hidangan terbaik buat keluarga.
Perkongsian daripada Puan Busseroa Abd Jalil ini wajar menjadi inspirasi buat mak-mak yang lain dalam menyediakan hidangan bersahur yang menarik buat keluarga. Sungguh rajin dan gigih menyediakan hidangan sahur yang menarik untuk keluarga tercinta.
Sebahagian daripada menu sahur saya dan family tahun ini.Sejak sebelum Ramadan lagi saya sudah berniat, puasa tahun ini saya nak buat kelainan pada menu bersahur. Saya mahu waktu bersahur menjadi hadiah daripada saya untuk suami dan anak-anak.
Sebelum-sebelum ini, waktu berbuka masing-masing excited. Tetapi waktu sahur sendu dan layu. Sedangkan kata ustaz, masak untuk orang berbuka dan bersahur juga satu ibadah. Jadi saya berusaha sekadar yang terdaya.
Hasilnya setiap hari anak-anak dan suami bangun sahur dengan mood yang amat ceria dan bersemangat walaupun menu yang saya masak biasa-biasa sahaja. Mereka tak sabar nak tahu apa hidangan yang ada.
Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit inspirasi dan semangat buat kita bersama. Selamat menggandakan ibadah buat semua.
Mingguan Wanita: Tahniah dan kagum pada wanita ini, atas usahanya menyediakan pelbagai menu bersahur yang menarik setiap hari, sebagai ‘hadiah’ buat suami dan anak-anak. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.
Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sudah tentu rasa terkejut, kecewa dan sedih membelenggu hati pasangan suami isteri, Faizul Ali Adam dan Maisarah Rosli apabila bayi yang ditinggalkan sihat dan ceria kepada pengasuh diambil dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Qaseh Aulia Faizul berusia dua bulan meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara di sini, pada Selasa lalu, selepas mengalami sesak nafas.
Melalui Instagram milik @hafizirosli, yang juga merupakan bapa saudara kepada bayi berkenaan berkongsi kisah mengenai kejadian yang menimpa keluarga kakaknya itu.
Kami reda akan pemergian Aulia, cuma terkilan dengan pengakhirannya disebabkan sikap cuai itu. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan kesedaran untuk setiap ibu bapa mahupun pengasuh memastikan keselamatan bayi pada tahap optimum.
Menurut Hafizi Rosli, kakaknya, Maisarah Rosli dan suaminya, Faizul Ali Adam menghantar anak kedua mereka ke taska pada awal pagi sebelum ke tempat kerja.
“Pada jam 11 pagi, abang ipar menerima panggilan telefon daripada pemilik taska memberitahu Aulia tidak sedarkan diri dengan muka kebiruan dan sudah dibawa ke klinik. Abang ipar meminta pemilik taska segera menghantar anaknya ke hospital swasta di Kota Damansara sebelum dia dan kakak bergegas ke hospital itu.
“Bagaimanapun, sebaik tiba mereka terkejut apabila diberitahu Aulia disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya lagi.
Hafizi berkata, dia yang mengetahui kejadian daripada kakaknya turut terkejut ditambah pula pasangan itu yang melihat sekujur tubuh bayi mereka terbaring atas katil.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan turut menunjukkan Aulia ditinggalkan dalam keadaan tertiarap tanpa pengawasan selama satu jam.
“Dengan keadaan dibedung, pastinya Aulia tidak selesa dan mungkin menjadi punca sukar bernafas. Aulia dilihat berusaha untuk menggerakkan kepala selama kira-kira 10 minit.
“Namun selepas itu dilihat pergerakannya sangat minimum dan akhirnya tiada lagi pergerakan dan kami mengandaikan pada ketika itu, Aulia tidak lagi bernyawa,” katanya.
Setakat ini punca kematian Aulia masih belum diperoleh dan keluarga masih menunggu laporan bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, polis menahan pengasuh wanita berusia 40-an terbabit untuk dirakam keterangan dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tambah Hafizi lagi, mereka sekeluarga reda akan pemergian Aulia, cuma terkilan dengan pengakhirannya disebabkan sikap cuai itu.
“Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan kesedaran untuk setiap ibu bapa mahupun pengasuh memastikan keselamatan bayi pada tahap optimum,” katanya menerusi petikan video di laman Instagram miliknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...