‘Lahirkan bayi dalam usia 51 tahun.” Wanita hampiri menopaus teruja besarkan anak. Ini adalah keajaiban Tuhan bila wanita ini hamil dan selamat melahirkan bayinya dalam usia 50 tahun.
Seperti yang diketahui bahawa tahap kesuburan wanita berkurangan bila meningkat usia, namun apa yang berlaku pada wanita ini cukup mengagumkan.
Artikel Berkaitan : Semakin Berusia,Kesuburan Wanita Menurun,Kena Cepat Jika Mahu Tambah Anak!
Lahirkan Bayi
Seorang wanita berusia 51 tahun di Amerika Syarikat berjaya mencapai impian untuk menjadi ibu setelah melahirkan dua anak ketika mengalami peralihan menopaus, lapor akhbar New York Post semalam.
Wanita dipanggil ‘Em’ itu berkongsi beberapa klip video dalam aplikasi TikTok mengenai pengalamannya menjadi ibu ketika sudah berusia dan menyukainya.
Dalam Usia 51 Tahun
“Keajaiban memang berlaku. Dia (anak) berumur satu tahun dan saya berusia 51 tahun.
“Melahirkan anak semasa menopaus adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya!,” tulis Em dalam satu klip video di mana dia kelihatan gembira mendukung anak perempuannya.
Baca Juga Di Sini:
Nak Anak, Suami Isteri Kena Komited, Sama-Sama Buat Ujian Saringan Kesuburan!
’Berlaku Kesilapan Ketika Jalani Rawatan Kesuburan.” Selepas 30 Tahun Barulah Rahsia Terbongkar
Kajian: UMUR Ayah Mainkan Peranan Penting Peluang Dapat Anak Menerusi IVF
“Perkahwinan Pertama Gagal Dapat Zuriat.’ Syukur Selepas 10 Tahun, Kini Menanti Hari Bergelar Ayah
Wanita Hampiri Menopaus
Dalam satu klip video berasingan, Em menjelaskan bagaimana dia melahirkan bayinya pada usia 50 tahun.
“Saya tidak terlepas satu saat pun daripada detik-detik itu. Kehidupan bersamanya pasti akan menjadi perlahan dan akan menikmatinya,” katanya.
Video-video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
Teruja Besarkan Anak
“Saya berusia 43 tahun dan ingin berkahwin semula serta mahukan seorang anak. Ini menunjukkan impian saya tidak mustahil. Saya gembira untuk kamu,” kata seorang netizen.
“Ibu saya melahirkan saya ketika berusia 50 tahun. Saya adalah antara kanak-kanak yang paling bertuah,” komen netizen lain.
Em mengandung pada usia 48 dan 49 tahun. – Agensi
Mingguan Wanita : Dikurniakan cahaya mata adalah momen terindah dalam hidup seorang ibu apatah lagi di saat dia memasang impian untuk memiliki anak.
Sumber : Kosmo Online
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI