‘Lahirkan 44 Anak Dengan 15 Kelahiran.’ Ibu Ini DiKurniakan Gelaran Wanita Tersubur Di Dunia

Share

‘Lahirkan 44 anak dengan 15 kelahiran.’ Ibu ini dikurniakan gelaran wanita tersubur di dunia. Rezeki sungguh beranak ramai tapi tak boleh membayangkan hidupnya bagaimana sehari-hari.

Mak-mak yang beranak lima atau enam pun merasakan huru hara hidup, bagaimanalah dia melayan karenah anak-anaknya yang sangat ramai itu.

Lahirkan 44 Anak

Rupa-rupanya ada wanita yang paling subur di dunia yang memiliki anak seramai 44 orang dengan hanya 15 kelahiran.

Di dera, dijual untuk berkahwin pada usia 12 tahun, dan sekarang ibu tunggal kepada 44 orang anak. Inilah kisah Mariam Nabatanzi dari Uganda.

Tiada yang lebih penting selain keluarga. Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang mama tabah ini.


Dengan 15 Kelahiran

Mariam Nabatanzi yang berasal dari Uganda, telah melahirkan sebanyak 4 kali kembar dua, 5 kali kembar tiga, dan 5 kali kembar 4 ketika dia berusia 36 tahun.

Kalau diikutkan, doktor telah pun menghalang mama Mariam daripada hamil lagi dengan cara mengikat saluran tiub falopio (saluran peranakan).

Namun proses itu tidak dapat dilakukan kerana kilang sel telur mama Mariam dihasilkan dengan terlalu banyak.

Baca Di Sini :

Dengan Hasil Jual Kuih, Ibu Tunggal Ini Besarkan Tiga Orang Anak Hingga Berjaya, Anak Sulung Jadi Doktor Gigi

Memang Perit Jadi Ibu Tunggal, Tapi Wanita Ini Berjaya Besarkan Lima Anak Sampai Ke Universiti

Pengorbanan Demi Besarkan Anak, 36 Tahun Wanita Menyamar Sebagai Lelaki!

‘Kawan Gelakkan Anak Tak Ada Ayah.’ Hati Ibu Luluh, Dengar Tangisan Si Bongsu

Ibu Ini DiKurniakan

Dikurniakan gelaran sebagai wanita tersubur di dunia, mama Mariam pernah dijual pada usia remaja dan diarahkan untuk bernikah pada saat itu. Ketika usia mama Mariam 13 tahun, dia melahirkan anak yang pertama.

Hasil daripada 44 kelahiran ini, 6 daripada mereka telah meninggal dunia, dan yang tinggal seramai 38 orang.

Malangnya, suami mama Mariam meninggalkan Mariam dan semua 38 anak anaknya beberapa tahun yang lalu.

Ada kajian menulis Mariam disahkan mengalami keadaan pelik yang melibatkan genetik dan penghasilan sel telur yang terlalu banyak.


Gelaran Wanita Tersubur Di Dunia

Pada asalnya Mariam hanya mahukan enam orang anak. Cuma rezekinya luar biasa dapat melahirkan seramai 44 orang anak. – Temuramah Aljazeera.

Serius takjub sangat dengan perjuangan insan bernama Mariam ini.

Tambah mengharukan satu-satunya harapan yang diinginkan oleh mama ini ialah agar anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna satu hari nanti.

Fuh! Bayangkan jika anda dalam situasi ini apa agaknya yang terjadi.

#InspirasiWanitaTabah

Mingguan Wanita : Semoga Tuhan mempermudahkan urusannya. Sudahlah anak ramai, ditinggalkan suami dan bergelar ibu tunggal pula. Harapnya ramai yang membantu Mariam.

Sumber: Dr Saidatul Husna

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

 

Published by
Nur Syazwani Mehat