Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan diberikan nama yang bersesuaian, malah mempunyai kenangan tersendiri untuk diingati sempena kelahirannya.
Seorang bayi perempuan berasal dari Palembang, Indonesia yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 pada Ahad, telah dinamakan dengan ‘Adibah Asean Games’.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya.
Uniknya nama yang diberikan, pastinya akan diingati seumur hidup. Semoga membesar meminati bidang kesukanan dan menjadi atlet yang berjaya suatu hari nanti!
Sumber: Astro Awani