Lahir Selang Seminit, Teruja Dr Sheikh Muszaphar Timang Kembar Sepasang

Pagi ini, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi gambar sepasang anak kembar nya. Dilahirkan pada tarikh 20.11.2020. Bayi lelaki dilahirkan dahulu pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26kg, manakala adiknya, bayi perempuan dilahirkan seminit kemudian dengan berat 2.17kg.

Syukur sangat. Kedua kembar ini dilahirkan selang seminit.
Kembar lelaki – 9.47 am dengan berat 2.26kg
Kembar perempuan – 9.48 am dengan berat 2.17kg.”

Maklum bapa anak enam ini lagi, kedua-dua kembar ini saling tak tumpah macam anak-anaknya yang lain, Bella, Tasha, Adam dan Noah (juga adik beradik kembar). Bagaimana pun, akuinya masih terlalu awal untuk membicarakan soal wajah anaknya.

Iya kan.. rupa bayi ini kan berubah-ubah. Selepas melalui satu satu fasa, muka mereka nampak berbeza pula.

Dr Halina selamat melahirkan bayi kembar secara pembedahan, pilih hari Jumaat.

Kembar Lahir Selang Seminit, Dr Halina Tak Ada Masa Tidur Demi Susukan Bayinya

Sebagaimana, ibu-ibu yang baru melahirkan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos tetap memberikan selang 2 jam penyusuan ibu kepada sepasang bayi kembarnya itu. Bak kata suaminya itu, sampai isteri tiada masa untuk tidur.

IKLAN

Hatinya sayu lihat pengorbanan isteri. Berharap agar dia dapat ada di sisi isteri melalui momen penyusuan bersama bayinya.

Tempoh ini, sememang paling penting untuk bayi mendapatkan susu ibu terawal atau susu pertama yang dihasilkan oleh tubuh ibu yang dinamakan kolostrum.

Ia dihasilkan sejak tempoh kehamilan sehinggalah hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Ianya pekat dan berwarna kuning keperangan. Ia merupakan makanan pertama bayi yang lengkap.

Lahir Selang Seminit, Teruja Dr Sheikh Muszaphar Timang Kembar Sepasang

IKLAN

Ragam Jaga Anak Kembar.. Menyeronokkan

Menjaga bayi kembar ini pun satu cabaran yang tak mudah. Memandangkan suami isteri ini pernah berdepan penjagaan bayi kembar Adam dan Noah, mereka miliki pengalaman dan tahu macam mana nak atasi situasi.

Kongsi Dr Sheikh Muszaphar, “Kami pernah melaluinya sebelum ini.
Anak kembar ini akan..
Lapar serentak
Bangun serentak
Tidur Serentak
Tak mahu dipisahkan
Hanya akan tidur bila diletakkan bersebelahan
Ianya begitu menggembirakan buat masa sekarang
Dan akan jadi masalah berganda akan.. akan datang – Haha..”

Sebelum mengakhiri perkongsiannya sempat lagi Dr Sheikh Muszaphar meninggalkan pesanan pada isterinya. “Sudah pun merancang untuk bayi seterusnya. Apa pun kena yakinkan Dr Halina dulu.” Selorohnya.

IKLAN

 

Setiap detik suami ini, Dr Sheikh Muszaphar sentiasa menghargai pengorbanan isterinya, Dr Halina melahirkan anak-anak mereka. Ini kali kedua, Dr Halina bersalin secara pembedahan.

Kalaulah dapat gantikan tempat isteri.. inilah pengorbanan terbesar seorang ibu.” Dan segala keperitan ini bertukar bahagia sebaik melihat wajah comel bayi dilahirkan ke dunia.

MW : Sama teruja bila tengok pasangan bayi kembar Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar ini.

Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI