“Saya tertarik dengan Islam kerana cara pemakaian mereka yang sopan dan akhlak baiknya kepada saya. Kadang-kadang, kawan baik mengajak saya berpuasa dan ke masjid. Mereka sekadar mencabar saya sama ada mampu atau tidak. Bila keadaan ini sentiasa berulang, ia mula membuatkan saya tertarik dengan Islam,” cerita Khadijah Izz Zara Bt. Lizruz, 25 tahun.
Menurut Veronica Lizrus, nama asalnya sebelum memeluk Islam dari bangsa Dusun Ranau, Sabah, dahulu, dia seorang yang sangat panas baran dan suka melontar kata-kata yang sinis kepada orang lain semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
“Walau bagaimanapun, pada masa itu saya aktif di gereja tetapi ada rasa keraguan tentang agama tersebut atau kurang kepercayaan. Namun, selepas berkawan dengan kawan-kawan Muslim, sikap itu semakin berkurangan.
Perasaan untuk mengenali Islam semakin berkobar-kobar, apatah lagi semasa dia bersendirian dan menghadapi masalah yang cukup membebankan, ditambah pula dengan keraguan tentang agama yang dianuti itu.
Pada masa yang sama Khadijah turut menghubungi Furqanfawwaz itu untuk memberitahu niat sebenarnya.
“Selepas memberitahu niat saya untuk memeluk Islam, Furqanfawwar meminta saya datang ke Tahfiz Darul Furqan, Gombak. Tanpa berlengah, keesokkannya saya terus ke sana dan mengucapkan syahadah dengan bersaksikan sahabat saya,” katanya kerana lagu dakwah itu membuatkan dia ingin syahadah.
Tidak dapat digambarkan kegembiraan di hati Khadijah saat memeluk Islam. Perasaan gembira dan takut bercampur baur kerana dia memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga. Maklum sahaja, ketika itu dia tinggal di Selangor dan keluarganya menetap di Sabah.
“Namun, saya memberanikan diri dengan menghubungi ibu dan menceritakan hal sebenar. Ibu saya antara orang yang sangat terkejut dengan penghijrahan saya. Dia tidak dapat menerima pilihan saya untuk memeluk agama Islam.
“Kerap dia menangis memikirkan perkara tersebut. Mungkin dia mengharapkan saya tidak akan berpindah agama setelah sudah menghantar saya untuk belajar agama yang dulu. Bukan sahaja keluarga, kawan-kawan yang bukan beragama Islam turut memarahi dan menjauhkan diri daripada saya,” katanya yang memilih Islam bukan kerana lelaki atau sebaliknya.
Setelah lama tidak berhubung, Khadijah mengambil keputusan untuk pulang ke Sabah berjumpa dengan keluarga. Semua ini atas sokongan kawan-kawan.
Pada masa yang sama, selepas memeluk Islam, Khadijah turut belajar bagi memperkukuhkan lagi ilmu asas Fardu Ain, menyambung pelajaran dalam bidang Pengurusan Pengajian Islam di Open University Malaysia di bawah tajaan ZAKATSelangor.
Di samping itu,saya mengikuti kelas Mualaf Hidayah Centre Foundation dan Kelas Fardu Ain MAIS. Sehingga kini, ilmu itu berterusan dan tiada hentiannya,” katanya sudah mendirikan rumah tangga bersama Hannan Aminuddin, 30 tahun.
Apa yang boleh dikatakan Khadijah buat saudara baru sepertinya, belajarlah untuk berdepan dengan cabaran dan selesaikan dengan cara baik.