Lagi Mencabar Buat KERJA Pakai Sut “Angkasawan”, Daripada Gali Kubur Berjam

Share

Kisah penggali kubur ini perlu diangkat untuk masyarakat lebih menghargai staf kesihatan yang sepanjang masa perlu memakai sut “angkasawan” sepanjang Covid-19. Tak mudah ya, perlu bekerja dalam saat genting dengan pakaian hendak ke bulan.

Tetapi mereka akur demi keselamatan bersama. Menurut penggali kubur ini, mereka pernah menggali kubur berjam-jam tetapi terasa lebih mencabar apabila perlu memakai pakaian seolah-olah “angkasawan” ini dalam menjalankan tugas.

Hargailah Pengorbanan Kakitangan Kesihatan

Kami pernah menggali kubur berjam-jam lamanya namun tidak pernah merasai cabaran berpakaian seolah-olah ‘angkasawan’ untuk persediaan pengurusan jenazah.

“Jadi hargailah pengorbanan kakitangan kesihatan yang terpaksa memakai sut ini dalam keadaan penuh cabaran untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19,” kata penggali kubur yang juga kakitangan Pejabat Kadi Segamat, Md Najib Teh, 53.

Dia yang menetap di Kampung Berata, Segamat, berkata, kebiasaan dia akan melakukan kerja menggali bersama seorang lagi rakan, Abd Rahim Abu Lias,50.

Pelbagai pengalaman dilalui sepanjang menjadi penggali kubur selama 20 tahun tetapi sebelum ini saya hanya memakai baju T dan berseluar panjang saja,” katanya yang ditemui ketika mencuba sut keselamatan persediaan wabak Covid-19, hari ini.

Mencuba Sut

Md Najib berkata, dia dan rakannya cuba membiasakan diri dengan memakai sut itu dan melakukan tugas menggali kubur.

“Rasa panas dan bahang memakai sut menutup dari kepala hingga keseluruhan badan menyebabkan kita mudah berpeluh dalam waktu singkat. Saya dapat bayangkan bagaimana kakitangan kesihatan yang perlu merawat pesakit Covid-19 yang mengejar masa memberikan rawatan,” katanya.

Menurutnya, mereka juga terpaksa memakai penutup hidung dan mulut selain mengambil masa antara tiga hingga empat jam menyiapkan lubang kubur.

Dia berkata, setakat ini dia bersyukur semua tugasan berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Sumber: Harian Metro

MW: Semoga Allah membalas semua jasa dan pengorbanan staf kesihatan di barisan hadapan. Terima kasih petugas kesihatan dan juga staf pengurusan jenazah.

Published by
Syazwani Mehat