Kisah penggali kubur ini perlu diangkat untuk masyarakat lebih menghargai staf kesihatan yang sepanjang masa perlu memakai sut “angkasawan” sepanjang Covid-19. Tak mudah ya, perlu bekerja dalam saat genting dengan pakaian hendak ke bulan.
Tetapi mereka akur demi keselamatan bersama. Menurut penggali kubur ini, mereka pernah menggali kubur berjam-jam tetapi terasa lebih mencabar apabila perlu memakai pakaian seolah-olah “angkasawan” ini dalam menjalankan tugas.
Hargailah Pengorbanan Kakitangan Kesihatan
“Kami pernah menggali kubur berjam-jam lamanya namun tidak pernah merasai cabaran berpakaian seolah-olah ‘angkasawan’ untuk persediaan pengurusan jenazah.
Ads
“Jadi hargailah pengorbanan kakitangan kesihatan yang terpaksa memakai sut ini dalam keadaan penuh cabaran untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19,” kata penggali kubur yang juga kakitangan Pejabat Kadi Segamat, Md Najib Teh, 53.
Dia yang menetap di Kampung Berata, Segamat, berkata, kebiasaan dia akan melakukan kerja menggali bersama seorang lagi rakan, Abd Rahim Abu Lias,50.
Ads
“Pelbagai pengalaman dilalui sepanjang menjadi penggali kubur selama 20 tahun tetapi sebelum ini saya hanya memakai baju T dan berseluar panjang saja,” katanya yang ditemui ketika mencuba sut keselamatan persediaan wabak Covid-19, hari ini.
Mencuba Sut
Md Najib berkata, dia dan rakannya cuba membiasakan diri dengan memakai sut itu dan melakukan tugas menggali kubur.
“Rasa panas dan bahang memakai sut menutup dari kepala hingga keseluruhan badan menyebabkan kita mudah berpeluh dalam waktu singkat. Saya dapat bayangkan bagaimana kakitangan kesihatan yang perlu merawat pesakit Covid-19 yang mengejar masa memberikan rawatan,” katanya.
Menurutnya, mereka juga terpaksa memakai penutup hidung dan mulut selain mengambil masa antara tiga hingga empat jam menyiapkan lubang kubur.
Ads
Dia berkata, setakat ini dia bersyukur semua tugasan berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga Allah membalas semua jasa dan pengorbanan staf kesihatan di barisan hadapan. Terima kasih petugas kesihatan dan juga staf pengurusan jenazah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Izara Aishah selar pembuli arwah Zulfarhan, “banyak duit tapi bod*h, syirik hilang maruah. Kematian arwah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibuli dan ditekap 90 tekapan seterika sememangnya menggemparkan negara tujuh tahun lalu.
Bermula dari sebuah laptop yang hilang ketika menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bomoh mengatakan hasil tilikan nama arwah yang “naik” ketika itu yang menjadi titik tolak kepada buli hingga mengorbankan nyawanya.
Izara Aishah Selar Pembuli Arwah Zulfarhan
RAMAI yang tersentuh hati dan menitiskan air mata tatkala membaca kisah kematian sadis Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan semalam ramai yang beryukur apabila enam tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selain dianggap hakim antara kes buli paling kejam pernah berlaku di negara ini.
Dalam perkembangan semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Selain itu enam tertuduh dikenakan hukuman gantung, apa yang menarik perhatian ialah keupayaan keluarga salah seorang tertuduh yang mengupah peguam terkenal, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang sememangnya diketahui sering mewakili kes-kes besar dan pastinya jumlah dibayar agak tinggi.
“Banyak Duit Tapi Bod*h, Syirik Hilang Maruah…
Bermula dari satu pertanyaan di twitter itu, “siapa antara budak tu anak orang kaya gila siap boleh hire Hisyam Teh Poh Teik? ia menarik minat pelakon terkenal, Izara Aishah untuk memberikan komen berkaitan pertanyaan tersebut.
Siapa antara budak tu anak orang kaya gila siap boleh hire Hisyam Teh Poh Teik? https://t.co/FtBNz4rpdr
Dalam komen di aplikasi Xnya, Izara Aishah dilihat seakan menyelar perbuatan enam tertuduh yang dilihat tidak berperikemanusiaan. Jelasnya biar mengupah peguam terkenal tetapi jelas maruah mereka sudah hilang. Bukan saja, katanya tertuduh perlu meminta maaf kepada arwah di akhirat kelak.
Banyak duit tapi bodoh, syirik, hilang maruah, habis duit, tak lama lagi mati, bila mati kena seksa sampai dapat minta maaf Kat zulfarhan. Let’s go! Three, four! 🙌🏽 https://t.co/IHj96t9hHv
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Tip ini untuk bantu mudahkan mak-mak kemas barang apa perlu di bawa dan apa yang perlu ditinggalkan bila nak jalan jauh atau bercuti hingga luar negara.
Boleh cuba praktikkan panduan yang dikongsikan Azian Mohamed Isa ini. Tip inilah juga yang dipraktikkannya bila jalan-jalan ke beberapa tempat di luar negara.
Jadi tidaklah nanti mak-mak terbawa barangan yang tidak perlu.
ENAM TIP INI BUATKAN ANDA TAK SABAR UNTUK KEMBARA
Ada banyak tip tentang cara paling berkesan untuk kemas barang ketika kembara. Google saja dan pilihlah kaedah yang sesuai mengikut keperluan anda.
Untuk seorang wanita yang matang seperti saya, berusia 40-an, berhijab, mahu tampil selesa, kemas dan menarik, ini tip yang saya selalu gunakan setiap kali mahu kembara.
Kg Glam, Singapore. 2016
1. The Rule of Half
Katakan tempoh kembara anda ialah 10 hari. Bawa pakaian untuk 5 hari sahaja. Dan pilih pakaian yang terbaik dan tercantik. Jangan murahkan destinasi anda yang mahal itu dengan berpakaian basahan seperti mahu ke pasar. Kebarangkalian kembara ke luar negara untuk golongan mak-mak seperti saya ini ialah 0.001. Jadi, manfaatkan sebaiknya.
Port Louis, Mauritius. 2017.
2. The Rule of Third
Bawa 3 helai tudung.
Satu tudung jenis kasual seperti tudung bawal, shawl crumple atau tudung dua muka. Tudung ini mestilah selesa, tidak mudah renyuk, cepat kering apabila dibasuh, pinless/ pin-minimalis dan effortless. Pun begitu, dengan tudung ini anda akan sentiasa nampak menawan. Tudung inilah yang akan anda pakai sepanjang waktu penerbangan.
Mungkin ada waktu yang anda perlu solat di dalam kapal terbang. Oleh sebab itu, ia harus mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Jadi, tidaklah anda struggling untuk menyarung tudung di dalam bilik air kapal terbang yang sempit itu. Fuh, silap pilih tudung boleh berpeluh di dalam bilik kecil itu!
Satu tudung jenis sarung atau Syria. Ini saya panggil tudung emergency. Tudung yang kita mahu pakai apabila mahu turun sarapan awal pagi, mahu duduk-duduk santai di balkoni hotel sambil membaca novel kegemaran atau tiba-tiba house keeping datang mengetuk pintu bilik mahu maklumkan sesuatu.
Dan satu lagi tudung ialah tudung glamer. Ya, tudung yang blink-blink, penuh beads and glitter atau satin shawl yang anda hanya pakai waktu dinner atau dalam majlis formal. Mana tahu, pasangan kembara anda membuat kejutan dengan menempah makan malam di restoran ternama atau river cruise yang romantik.
Oh, jangan bimbang jika suami anda bukan jenis romantik. Suami apabila nampak bini well-dressed, mestilah diajaknya ke tempat yang istimewa. Dress like you’re going somewhere better later.
Xi’an, China, 2016.
3. One Conquers All
Kasut mesti selesa dan tahan lasak. Jangan pandang remeh hal kasut. Biarlah mahal tapi kualitinya bagus. Saya memilih jenama Skechers. Kasut itulah yang saya guna sepanjang kembara.
4. Prepare for the Worst
Sediakan baju sepersalinan di dalam hand luggage. Sepersalinan ini bermaksud sepasang seluar, sehelai baju dan pakaian dalam. Bimbang sampai ke destinasi, bagasi anda tidak muncul-muncul. Boleh berlaku apabila ada transit dalam itinerari penerbangan anda.
Ini berlaku semasa saya di Turkiye. Bagasi sampai selepas dua hari saya di sana. Mujur ada baju spare. Kalau tidak, terpaksalah shopping baju.
Dolmahbace Palace, Istanbul, Turkiye, 2016
5. Roll Isn’t Everything
Asal packing je, gulung. Asal gulung je packing. Ini mitos. Sweatshirt dan cardigan jangan digulung. Lipat dan letakkan di atas gulungan pakaian di dalam beg. Hal yang sama untuk shawl.
6. Handy Hanger
Ya, saya bawa satu set hanger (ada 6). Bukan hanya untuk gantung, tapi untuk sidai baju. Baju atau seluar dicuci tangan. Sidai di dalam bilik air. Dah berhenti menitis, carilah tempat yang sesuai untuk gantung. Tak perlu cari dobi. Servis dobi di hotel libatkan kos.
Ketika di Mekah, bilik hotel kami langsung tiada hanger. Berguna sangat hanger yang dibawa. Apabila mahu berangkat balik, kami wakafkan saja hanger itu.
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat. Yang tak sesuai tak perlu ikut ya.
Makan nasi kosong campur cili, aksi lelaki kutip nasi jatuh atas tanah undang sebak. Hidup ini keras. Di saat sebahagian orang dikurniakan rezeki melimpah ruah, ada pula diuji dengan kesulitan hidup.
Perlu bekerja membanting tulang untuk mendapatkan wang gaji demi sesuap nasi. Satu perkongsian video oleh seorang individu di Tik Toknya @Miqawan mengundang sebak dan perkongsiannya itu telah ditonton 2 juta orang.
Makan Nasi Kosong Campur Air
Dalam video dikongsikannya, kelihatan dirinya merakam seorang pekerja ladang kelapa sawit di Padang Bukit Selarong, Kulim Kedah.
Dapat dilihat lelaki berkenaan sedang menikmati makan tengaharinya sambil bersila di tepi jalan. Tidak ada meja atau kerusi seperti kebiasaan sesetengah orang makan ketika berehat.
Walau hanya nasi kosong bercampur air dan disertakan ulam cuma cili padi tanpa sebarang lauk lain, dapat dilihat pekerja ladang ini makan bersungguh demi mengisi perutnya yang lapar.
Ya, jika sebahagian dari kita setidaknya ada telur goreng namun dirinya menikmati makan tengahari cuma berulamkan cili.
Aksi Lelaki Kutip Nasi Jatuh Atas Tanah Undang Sebak
Lebih mengundang sebak, kerana ditanya macam-macam saat dirinya sedang menikmati makan tengaharinya, tangannya tersinggung bekas makanan dipegang hingga sebahagian nasi kosongnya tumpah ke tanah.
Jika sebahagian dari kita mungkin membiarkannya dan beranggapan tiada rezeki kerana telah bergaul tanah tetapi tindakan spontan pekerja ini yang pantas mengutip nasi yang jatuh sebelum terus menyuap ke mulutnya beberapa kali mengundang sebak.
Mungkin berasa sayang kepada rezeki kerana merasakan itulah saja nasi yang ada untuknya mengalas perut yang lapar lagi, dilihat dirinya terus mengutip beberapa kali nasi yang tumpah.
Naim Daniel mengaku anak mak, masih disuap makan walaupun sudah dewasa. Kasih sayang kepada mak yang berpanjangan dan tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu-bapa walaupun di public. Comel betul!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...