Laga Gigi Masa Tidur Sebab Gangguan Pernafasan Bukannya Tanda ANAK DEGIL

Share

Laga gigi, inilah yang selalu mak-mak dengar selepas tidurkan anak. Mahu terkejut dan rasa ngilu pula bila dengar bunyi tu. Terfikir juga kenapa boleh berlaku dan kebiasannya anak-anaklah yang kerap alaminya.

Ada pendapat orang tua-tua, bunyi laga gigi sebab anak terlalu penat, banyak bermain waktu siang, ada juga yang kata, anak ni degil dan sebagainya. Kalau orang dewasa pula dikaitankan dengan pelihara saka atau jin.

Dengar penjelasan doktor ini tentang apa yang dikatakan dengan laga gigi semasa tidur.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Alami Masalah Sembelit, Berdoa Jangan Sampai Kena Bedah “Alhamdulillah Astrid Dah Okay”

Susu Mahal Vs Susu Murah, Bukan Penentu Anak PANDAI, Tak Perlu Bandingkan!

Info Lebih Menarik DI SINI

Laga Gigi Masa Tidur, Kaitan Gangguan Pernafasan

Bruxism atau melaga gigi biasa berlaku pada kanak-kanak kerana gigi susu hendak mula tumbuh dan boleh berlaku lagi apabila gigi kekal pula hendak tumbuh. Biasanya hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.

Kesian anak belum apa-apa sudah dikata degil.

Kalau orang dewasa pun ada laga gigi, tandanya apa pula? Dituduh saka dan jin pula.

Bruxism boleh berlaku ketika sedang tidur. Kadang-kadang orang yang ada masalah bruxism ini tidak sedar dia ada berlaga gigi (teeth grinding), sebab sedang tidur kan.

Jadi orang yang terdekat akan tahu atau sedar, kerana laga gigi akan menghasilkan bunyi dan kadang kala bunyinya kuat dan oleh kerana berlaku pada waktu malam, boleh menimbulkan rasa seram.

Agaknya di situlah timbul cerita saka.

Ia boleh berlaku ketika bukan waktu tidur juga. Tetapi kita tidak sedar. Bukanlah secara melaga gigi secara total, sebaliknya lebih kepada mengetap gigi dan rahang (jaw clenching), sehingga boleh menimbulkan rasa sakit pada rahang, dan kadang kala dalam telinga.

Apa puncanya? Kurang lebih 70% disebabkan kerisauan dan stress. Obstructive Sleep Apnea atau gangguan pernafasan ketika tidur juga boleh menyumbang kepada masalah bruxism ini.

Ubatan seperti anti-depressant dan cara hidup seperti meminum alkohol antara punca juga.

Apa yang berlaku selepas bruxism? Anda boleh rasa sakit pada rahang apabila hendak buka dan tutup mulut. Gigi anda akan merasa sensitif disebabkan gigi anda terhakis (worn teeth) akibat daripada gigi berlaga dengan kuat.Kepala dan telinga juga sakit, begitu juga dengan otot-otot di bahagian muka (facial myalgia). Tidur anda juga kadang kala terganggu, jika tidak anda, pasangan anda boleh terganggu dengan bunyi gigi anda.

Rawatan Terbaik

Apa kena buat? Berjumpa doktor gigi jika ada masalah gigi sensitif atau sakit pada rahang. Urus stres dengan baik. Ubah lifestyle. Berjumpa dengan pegawai perubatan untuk masalah seperti ubatan.

Tidak salah untuk berikhtiar dengan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran. Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya jua.

Cuma ketahuilah masalah laga gigi atau bruxism ni bukan berlaku dekat orang melayu je sampai kita nak kaitkan dengan saka ke jin ke. Di UK, 6 juta rakyatnya ada bruxism ni.

Takkanlah diorang semua bela saka kot.

Mingguan Wanita : Jangan pandai-pandai buat tafsiran. Baru tahu sebab apa anak laga gigi masa tidur.

Sumber: Dr Iqbal Rosali

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora