Labu Sira Kelantan Sedap Manis Berlemak, Kuah Sikit Basah-Basah Je!

Share

Rupanya mudah ke nak buat Labu Sira Kelantan yang sedap dan manis berlemak ni. Kuah sikit-sikit je sekadar basah-basah je.Labu Sira Kelantan ni pencuci mulut yang sangat popular di negeri pantai timur. Memang sangat sedap, boleh lah buat sendiri di rumah.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Aisya ini sebagai panduan.

Bahan-Bahan

Labu
Air Kapur
Gula Melaka
Gula
Garam
Daun Pandan
Santan

Cara Membuat:

1. Buang kulit labu nipis-nipis je dan rendam air kapur 2 jam.

2. Bilas dan cuci daripada rendaman air kapur tadi. Kemudian masukkan labu tersebut dalam periuk beserta daun pandan, gula, nise (gula Melaka) dan garam secubit. Air tak payah letak.

*Kadar kemanisan terpulang pada individu. Tapi labu sira elok manis, tapi jangan manis terlampau.

Buka api gas yang perlahan sahaja.

3. Tengok air daripada labu dah kering-kering sikit, gula dan nise pun dah cair. Masukkan santan pekat dan sedikit je air. Masak lagi sampai la tinggal kuah sikit-sikit.

4. Kuah sikit-sikit, basah-basah je.

 

Siap! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:Kerepek Labu Rangup Lemak Manis, Kena Jemur Sekejap Baru Goreng!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Pumpkin Bua Loy @ Bubur Labu Viral, Makan Letak Ais Rasa Macam Cendol!
Artikel Menarik:Kuih Lapis Labu Gedik, Ada Caranya Nak Biar Tahan Lebih Lama, Tak Mudah Basi & Lapisannya Cepat Masak!

Mingguan Wanita: Sedapnya Labu Sira Kelantan ni, rupanya kena rendam air kapur dulu 2 jam dan masak masak masukkan santan sikit, barulah berlemak. Boleh cuba buat sendiri nanti.

Sumber: Nor Aisya

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag


Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab