Kecantikan

Kulit Kusam Akibat Tukar Produk Skincare, Ibu Anak 3 Ini Kongsi Rahsia Rawat Masalah Kulit Rosak Dengan Cara Selamat

Share

Semasa mengandungkan anak ke-3, Marr atau nama sebenar Maheran Mustapa diuji dengan kulit kusam akibat menukar produk skincare. Ini gara-gara terkejut apabila mendapati produk skincare yang sudah setahun dia gunakan mengandungi merkuri iaitu salah satu bahan berbahaya yang dimasukkan kedalam produk kosmetik untuk menghasilkan kesan yang lebih drastik.

Jom tengok macam mana wanita ini kembalikan seri wajahnya dengan jalan selamat.

1. Tolak guna produk ada merkuri

Seperti yang kita tahu, penggunaan merkuri dalam kosmetik juga boleh jadi salah satu penyakit kanser. Saya terus berhenti daripada menggunakannya dan menyebabkan kulitnya menjadi kusam dan kering.

Berdepan dengan masalah itu, saya menggunakan bahan-bahan asli di dapur untuk merawat wajah namun kurang berkesan. Saya mula belajar tentang bahan-bahan semulajadi yang boleh membantu memulihkan kembali kulit yang rosak. Sejak dari itu, saya hanya menggunakan 3 bahan yang sangat efektif untuk merawat kulit dan menjadi semakin sihat dan lembut seperti kulit bayi.

2. Letak air disetiap penjuru

Air sangat penting untuk badan kerana kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi. Saya nak kongsi cara mudah minum air ialah dengan meletakkan botol air di setiap penjuru rumah. Sebab sebelum ini dia kurang minum air kerana malas ke dapur dan sebagainya. Dengan cara meletakkan botol air di setiap penjuru, ini memudahkan saya minum air setiap masa tanpa menyedari di telah minum 3 liter air setiap hari. 3 liter adalah jumlah yang sepatutnya kita amalkan untuk badan yang sihat.

3. Amal makan herba dan rempah ratus

Sejak melahirkan anak, saya mula sakit badan kerana tidak dapat makan herba kerana anaknya menghadapi jaundice@penyakit kuning yang menghalang saya daripada mengambil sebarang ubat-ubatan dan juga rempah ratus. Pergerakan ke klinik selama sebulan membuatkan saya sakit-sakit badan dan demam urat. Selepas sebulan saya mula mengamalkan memakan herba dan rempah ratus yang diambil daripada seorang bidan di johor. Petua ini saya sudah lama amalkan sejak dari anak pertama lagi tapi oleh kerana penggunaan yang tidak konsisten menyebabkan badan ada kalanya gemuk, ada kalanya kurus.

Selama sebulan saya amalkan herba dan rempah ratus dalam pemakan seharian, badan jadi lebih bertenaga walaupun tidak dapat tidur dan rehat dengan sempurna. Maklum lah bila ada anak kecik ni mak kena korban tidur la.. setiap 1 jam baby akan bangun menyusu. Alhamdulillah dengan mengamalkan herba dan rempah ratus, susu badan menjadi banyak dan juga dapat melawaskan pembuangan air besar.

3. Habiskan duit beli buah dan sayur segar

Ramai yang terpedaya dengan penjualan ubat-ubatan/supplemen yang kini banyak dijual di pasaran. Memang ada segelintir menjual produk yang bagus tapi bahan-bahan yang digunakan tidak membantu menyelesaikan masalah. Saya lebih suka makan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak diproses. Saya sanggup menghabiskan duit RM100 seminggu hanya untuk susu, buah-buahan, sayur-sayuran.

Ramai yang berkira nak beli buah Avokado sebab harganya RM6 sebiji, buah delima Eygpt RM8 sebiji, buah badam RM18 utk 200g tapi sebenarnya makan makanan yang belum diproses lebih cepat hasilnya dan lebih selamat daripada mengambil supplemen yang sudah diproses.

4. DIY skincare untuk muka dan badan sendiri

Boleh nak pergi ke spa tapi saya memilih untuk melakukannya sendiri di rumah. Lebih jimat dan nak buat bila-bila masa sahaja pun boleh!

Saya cukup suka mengolah ramuan-ramuan dalam membuat skin and body care ni dan bila rasa ramuan tersebut berkesan, saya berkongsi dengan rakan-rakan sama ada di facebook atau di sekolah.

Ini 10 Bahan Yang Boleh Digunakan Untuk Merawat Wajah Dan Badan Semula jadi.

1. Pencuci muka

Campurkan cuka epal dan air bunga ros dan sedikit minyak(sweet almond oil/grapeseed oil/jojoba oil)

2. Skrub muka

Campurkan soda bikarbonat dan rosehip oil/air bunga ros

3. Skrub badan

Campurkan minyak kelapa,kunyit,teh hijau,gula

4. Serum rambut

Campurkan minyak jojoba,vit e dan minyak kelapa

5. Pelembap bibir

Sapu Aloe vera dan vit e sebelum tidur

6. Memanjang dan bulu mata dan kening

Sapukan castor oil sebelum tidur

7. Kecutkan jerawat

Sapukan aloe vera di tempat jerawat.

8. Pelembap wajah dan badan

Sapukan aloe vera,vit e dan minyak biji anggur selepas mandi dan sebelum tidur

9. Hilangkan kedutan dan lingkaran gelap bawah mata

sapukan aloe vera dan minyak badam/minyak avokado/minyak zaitun sebelum tidur

10. Rawat sun burn, kulit kusam dan kulit kering

Campurkan aloe vera, teh hijau dan minyak biji anggur/minyak avokado/minyak badam/minyak zaitun.

Mampu buat sendiri tak? Kalau tak berapa nak rajin, cari Cikgu terus! Moga wanita-wanita di luar sana yang ada masalah kulit boleh mencuba tip berkesan ini. Selamat mencuba!

Published by
Nadia