kurus

Masih ramai yang berat hati nak diet, tetap rasa OK sebab pasangan tak pernah komplen yang anda patut kuruskan badan. Tetapi sedarkah anda kalau dah masuk dunia ‘BERAT BERLEBIHAN’, anda berisiko nak dapat pelbagai penyakit?

Cuba semak, kalau anda mula alami tanda-tanda seperti yang dinyatakan ini, bermakna anda perlu mula mengurangkan berat badan.

1. Payah Nak Bersenam

Suka atau tidak, aktiviti fizikal adalah satu cara yang perlu dan wajib anda lakukan untuk memastikan gaya hidup sihat. Tetapi, jika berat anda menghalang untuk anda lakukan. Jangan putus asa, terus lakukan kerana ia akan menimbulkan keseronokan bila melakukannya. Apabila anda berusaha anda mampu membantu mencapai setiap sasaran dalam setiap aktiviti senaman yang anda rancang.

2. Kuat Berdengkur

Kalau bunyi dengkuran mengganggu orang sekeliling dan setelah bangun tidur anda berasa mamai bermakna berat anda adalah puncanya. Anda berdengkur dengan teruk dan jarang mendapat tidur yang bagus setiap malam, anda boleh menderita masalah apnea tidur. Apnea tidur adalah keadaan pernafasan tidak tetap yang mengganggu tidur akibat berat badan berlebihan. Ini kerana apabila tubuh menyimpan lemak pada bahagian leher, ia boleh menyempitkan laluan udara sekali gus menyebabkan penyempitan dalam pernafasan atau bernafas tersekat-sekat.

Ads

3. Rasa Sakit Jika Tersentuh

Anda merasa keadaan ini pada setiap bahagian tubuh. Kerengsaan boleh membuatkan tisu lemak di bahagian bawah kulit rasa sakit apabila disentuh. Jika BMI anda terlalu tinggi, anda rasa sakit di bahagian yang tidak disangka. Pengurangan berat badan mampu mengatasi masalah ini.

4. Buat Kerja Sikit, Cepat Letih

Kerengsaan dalaman menyebabkan lemak berlebihan yang boleh membawa kepada kelesuan. Jika BMI meningkat, dan rutin harian seperti membeli-belah membuatkan anda letih, ini bermakna berat tambahan yang ada pada tubuh mungkin menjadi penyebabnya.

Ads

5. Makan Banyak Macam Mana Pun Tetap Rasa Lapar!

Sudah tentu, ini adalah salah satu tanda anda memakan makanan yang salah seperti gula-gula, kekurangan serat, protein dan sebagainya. Tetapi ia juga boleh menjadi gejala-gejala kepada rintangan insulin atau diabetes tahap 2, terutamanya jika anda memiliki BMI yang meningkat bertahun lamanya. Selain itu, penglihatan kabur, rasa berdenyut-denyut, kejang pada tangan atau kaki dan haus melampau juga petanda rintangan insulin. Seiring masa, berat badan berlebihan boleh mencetus keadaan-keadaan yang telah disebutkan tadi. Pengurangan berat badan pula boleh menterbalikkannya.

6. Tetiba Ada Tekanan Darah Tinggi Atau Kolesterol Tinggi

Kurang berat badan boleh mengurangkan jumlah tekanan darah atau jumlah kolesterol tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Ini lebih selamat, murah dan lebih menguntungkan daripada makan ubat selama-lamanya.

Ads

7. Lilitan Pinggang Lebih Dari 35 Inci

Sains menyatakan bahawa lemak pada perut yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes tahap 2, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

8. Hilang Ahli Keluarga Terdekat Akibat Kanser

Lemak berlebihan boleh menghasilkan estrogen secara berlebihan. Ini berkait kepada kanser payudara dan hormon-hormon lain yang boleh merangsang pertumbuhan tumor. Sejarah keluarga menghidap kanser boleh meningkatkan risiko untuk generasi seterusnya menghidapnya. Walaupun tidak terdapat bukti klinikal membuktikan bahawa pengurangan berat badan boleh melindungi diri anda namun kajian telah mengaitkan rendahnya pengurangan berat badan semasa dewasa secara keseluruhannya mampu merendahkan risiko kanser.

9. Sakit Lutut, Pinggul & Belakang

Berat berlebihan boleh memberikan tekanan berlebihan pada sendi. Keadaan ini akan membuatkan tisu di sekeliling sendi telah haus dan menjadikan anda sukar untuk bergerak.

10. Berat Bertambah Setiap Tahun

Apabila anda membesar adalah normal untuk menambah berat badan seiring dengan masa. Tetapi kalau berat anda bertambah walaupun selepas kemuncak, anda mungkin perlu melakukan perubahan tabiat untuk mengelak gejala-gejala yang disebutkan tadi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI