Kurang Air, Makan Jer Timun. Rasa Segar Suhu Panas Pun Hilang!

Elok sangat makan timun dalam keadaan suhu panas  yang dialami di negara kita, Malaysia. Buah timun dikatakan banyak mengandungi air, sesuai sangat untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat.

Sebenarnya banyak lagi kegunaan timun. Timun biasanya dimakan mentah, dibuat ulam atau acar. Buahnya juga boleh dijeruk atau dimasak berbagai jenis masakan.

Timun atau Cucumis sativus linn termasuk dalam keluarga Cucurbitaceae. Buah timun berbeza daripada segi betuk dan saiz mengikut jenis. Selalunya bentuk bujur dan berwarna hijau muda hingga kehijauan gelap dan menjadi keperangan bila tua atau masak.

Rasa pahit terutama pada pangkal buah timun berpunca dari bahan fitokimia yang dikenali sebagai cucurbitacin C. Rasa ini berbeza-beza di antara spesies dan varieti timun tersebut.

Banyak khasiat timun untuk kesihatan tubuh.

1-Kekal Terhidrat

Timun kaya dengan kandungan air, iaitu sebanyak 90 peratus. Ia dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda. Memakan buah timun dikatakan mampu membantu mencegah penyahidratan.

Kekal terhidrat amat perlu bagi mengekalkan kesihatan usus, mencegah sembelit, mengelakkan batu dalam buah pinggang dan banyak lagi.

2-Tulang Sihat

Dikatakan 142  gram timun menyediakan lebih kurang 19.9 miligram kalsium dan 10.2 microgram vitamin K. Orang dewasa memerlukan lebih kurang 1000 hingga 1200 miligram kalsium dan 1000 hingga 1200 vitamin K sehari. Kedua-dua zat ini penting untuk kesihatan tulang yang kuat.

IKLAN

3-Kurangkan Risiko Kanser

Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semula jadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignen yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

4-Mengawal Suhu Panas

Memakan timun dikatakan mampu  melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh deman panas. Timun yang dikisar boleh dilumurkan pada tubuh yang terkena pancaran matahari yang berlebihan.

5-Menurunkan Berat Badan

Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berat badan. Makan sekurang-kurangnya 30 gram serat setiap hari. Pastikan anda memakan kulit timun sebagai serat kerana semua kandungan serat yang terdapat pada timun terletak pada kulitnya.

6-Merendahkan Gula Dalam Darah

Timun boleh memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah diabetes. Timun dikatakan mengandungi bahan yang mampu membantu merendahkan gula dalam darah atau menghentikan glukos dalam darah daripada naik terlalu tinggi. Terdapat teori yang mengatakan cucurbitacins dalam timun dikatakan mampu mengatur pelepasan insulin dan metabolisma glikogen hepatik, sejenis hormon dalam pemprosesan gula dalam darah.

IKLAN

7-Membuang Toksin

Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Timun memiliki sifat diuretik yang membantu hati anda untuk menghilangkan toksin dari usus dan salur darah. Ia juga bertindak untuk menapis sebarang unsur tidak baik terhadap kesihatan anda dan ia akan disalurkan melalui saluran pencernaan.

8-Melembutkan Rambut Dan Kuku

Mineral silika yang terdapat pada timun dikatakan mampu menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Kurang Air, Makan Jer Timun. Rasa Segar Suhu Panas Pun Hilang!

9-Penyegar Mulut

Jus timun dikatakan mampu merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

IKLAN

10-Merangsang Kesihatan Sendi

Memandangkan timun merupakan sumber silika yang paling hebat, ia dikatakan mampu merangsang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan artritis dan gout dengan merendahkan paras asid urik.

11-Melegakan Migrain Dan Mabuk

Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migrain atau ingin menghilangkan mabuk anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

12-Merendahkan Paras Asid Urik Dalam Tubuh

Timun dikatakan mampu merendahkan paras asid urik dalam tubuh anda sekali gus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI