Kurang 12 jam, ayah susuli pemergian anak! Akhirnya dua beranak ini dikebumikan dalam satu liang lahad. Sudah tertulis takdirnya begitu, biarpun berat namun inilah yang harus ditelan seluruh ahli keluarga.
Kehilangan dua insan tersayang dalam masa kurang 12 jam sudah tentu amat memilukan. Apatah permergian sang anak yang secara tiba-tiba dan mengejut. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kurang 12 Jam
Tidak sampai 12 jam anaknya menghadap Ilahi selepas kereta dipandu terbakar, warga emas menyusuli pemergian anaknya itu apabila menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.
Jaafar Abdullah, 76, disahkan meninggal dunia di rumahnya pada 5.30 pagi dipercayai akibat asma.
Sebelum itu, anaknya, Mohd Azizi, 37, ditemukan rentung selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas.
Ayah Susuli Pemergian Anak
Ketika kejadian, Allahyarham Mohd Azizi yang juga anak keenam daripada tujuh beradik memandu Perodua Alza mengiringi bapanya yang dibawa menaiki ambulans untuk pulang ke rumah mereka.
Allahyarham Jaafar sebelum itu dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hampir dua minggu lalu kerana penyakit dialaminya.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, kenderaan dipandu Allahyarham Mohd Azizi tiba-tiba terbakar.
Mangsa yang menyedari keretanya terbakar segera memberhentikan kenderaannya di tepi jalan bagi menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap namun gagal.
Pada masa sama, abangnya, Mohd Jasmani, 50, yang menaiki ambulans bersama bapa mereka turut menyaksikan kejadian berkenaan.
Tidak Percaya
Sementara itu, isteri Allahyarham Mohd Azizi, Roslinda Ahmad Ramzi, 32, berkata, arwah suaminya ada menghantar pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Sebaik abang ipar (Mohd Jasmani) tiba bersama ambulans dinaiki bersama arwah bapa mentua, dia maklumkan yang suami sudah tiada kerana keretanya terbakar.
Ads
“Pada mulanya, saya memang tak percaya arwah sudah tiada kerana ia berlaku secara tiba-tiba, namun reda dengan pemergian suami, disusuli pula kehilangan bapa mentua pagi ini,” katanya.
Tiada Perubahan Ketara
Roslinda berkata, arwah keluar dari rumah kira-kira 2 petang untuk menguruskan bapa mentua dan sempat menjamah sarapan yang disediakan.
“Arwah tidak menunjukkan banyak perubahan cuma dia nampak tergesa-gesa dan mahu bawa balik bapa mentua dari hospital pada hari yang sama.
“Jika diikutkan, arwah suami bukan seorang yang tergesa-gesa namun sejak beberapa hari ini, semua yang dibuat dilakukan dengan cepat.
“Mungkin arwah suami tidak sanggup tengok ayah di hospital memandangkan bapa mentua pernah berpesan tidak mahu dihantar ke hospital sekiranya dia sakit dan mahu meninggal di rumah,” kata ibu kepada tiga anak berusia antara satu tahun hingga 12 tahun itu.
Akhirnya DiKebumikan Satu Liang Lahad
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Baru Kampung Wakaf Mempelam, di sini, 1.30 tengah hari tadi.
Media sebelum ini melaporkan seorang mekanik rentung selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas.
Mingguan Wanita : Team MW merakamkan ucapan takziah ke atas seluruh ahli keluarga ini. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Perkahwinan, impian setiap lelaki dan perempuan untuk membina rumahtangga bahagia dan barakah. Lebih mengujakan bila ia dibina atas dasar cinta sama cinta dan dilimpahi dengan zuriat yang comel menjadi penyedi dalam rumah tangga.
Indahnya perkahwinan bila suami isteri sanggup menerima kekurangan dan kelebihan pasangan. Malah, rumahtangga barakah bila setiap suami isteri saling menghargai pasangan dan sentiasa belajar untuk jadi lebih baik pada pasangan masing-masing.
Sebab itu, perkahwinan bukan hanya untuk setahun dua atau seketika, sebolehnya kita ingin sehidup semati dengan pasangan yang dicintai. Walaupun ada masanya, gelombang tidak diduga, kena tempuhi bersama.
Walau bagaimana pun, dalam membuna rumatangga barakah, setiap suami isteri kena ada ilmu dan sentiasa belajar, mengakui kesilapan dan terima kelebih dan kekurangan pasangan semata-mata tapi untuk mendapatkan rumahtangga barakah kena ada ilmu seperti yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop.
Akhirnya apa yang kita mahu dalam sebuah perkahwinan adalah rumahtangga yang barakah.
1.Tak Banyak Keluh Kesah Baik suami, begitu juga isteri. Apa yang dapat sentiasa syukur. Benda sikit dirasakan banyak dan benda banyak dijadikan infak.
2.Tak Banyak Komplen Kalau isteri larat buat kerja, buat. Begitu juga kalau tak buat suami tak kata apa. Malah, kalau suami banyak duit, isteri suka. Tapi kalau tak banyak, isteri tak hina. Benda kecil-kecil buat pejam mata. Tak jadi isu dan tak panjang cerita.
3. Fizikal Bukan Lagi Tarikan Budi yang jadi ukuran. Kadang isteri malu sendiri bila dia dah naik badan. Tapi suami masih menutup-nutup kekurangan dengan memberi pujian. Kadang rambut suami dah mula botak, isteri buat-buat tak nampak. Kata isterinya suami masih kekal kacak. Tapi dalam diam masing-masing tetap akan cantik mencantikkan diri untuk menyenangkan pasangan.
4. Berebut Buat Kebaikan Isteri belanja KFC. Suami belanja pizza. Isteri belikan baju. Suami belikan handbag. Isteri masakan lauk. Suami bersihkan pinggan mangkuk. Bukan ungkit siapa lebih banyak buat kerja tapi berebut untuk lebih banyak beri jasa. Masing-masing berebut nak kejar pahala.
5. Jadi Insan Lebih Baik Isteri mula-mula dulu free hair. Lepas tu pakai tudung, upgrade tudung labuh. Kemudian, top up pakai stokin. Suami pula dah mula ke masjid. Lepas tu dengar kuliah, tambah pula dengan ajar anak isteri di rumah. Saling berpesan pesan dan saling ingat mengingatkan.
6. Anak-Anak Yang Mudah Diurus Dengan izin Allah, seperti taatnya suami isteri pada Allah begitu taatnya anak pada mak ayah. Mudah ajar. Senang ikut cakap. Tak banyak karenah dan tak buat hati mak ayah susah.
7. Rezeki Melimpah Ruah Rezeki itu tak semestinya banyak. Tapi rezeki itu tiba masa kita perlu. Nak bayar kereta, tiba-tiba dapat bonus. Teringin makan lepat, ada jiran hantar. Masa susah ada bantuan tiba. Tak banyak tapi sentiasa ada. Cuma tibanya cepat atau lambat saja.
8. Amalan Makin Banyak Kalau dulu solat pun payah, sekarang dah jadi mudah. Dah mudah dia tambah pula amalan sunnah. Kalau isteri sedekah seringgit, suami sedekah lima ringgit. Berlawan-lawan buat lebih baik dan lebih banyak ibadah.
9. Berlemah Lembut Tiada jeritan, pekikan dan kekasaran. Semua pendidikan dan urusan dilakukan dalam kadar sederhana dan penuh kelembutan. Kalau salah minta maaf. Tak sombong mengaku salah waima ibu ayah.
10. Bertambah Ilmu Tak kisah ilmu dunia atau akhirat. Masing-masing ada ruang upgrade diri. Semakin banyak ilmu, semakin matang bertindak. Begitu juga, semakin bijak berkehendak dan semakin kuranglah sikap kanak-kanak.
Nak dapatkan rumahtangga yang barakah, kena buat semuanya. Nak buat semuanya, kena dapatkan rumahtangga yang barakah.
#kaknis
MW: Betul tu. Terima kelebihan dan kekurangan. Moga bermanfaat buat pasangan di luar sana.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Bila masalah makin menghimpit, kita cari jalan penyelesaian istighfar sebanyak-banyaknya. Masalah tetap juga menghimpit, rasa susah tak mahu juga hilang. Kita mula cari salah dengan amalan sendiri.
Hakikatnya, kita tak faham apakah sebaik-baik amalan istighfar itu. Penjelasan Ustazah Asma Harun berkaitan istighfar buat kita tersedar. Kerana, seperti dalam kalam Ulama’, istighfar yang lalai boleh diumpamakan seperti kita mengejek Allah.
Istighfar Lebih 1000 Kali Sehari, Tapi Masih Tak Nampak Jalan Keluar
“Ustazah, saya dah buat semua tips ustazah bagi, malah saya tambah lagi jumlah istighfar tu buat 1000x sehari. Tapi kenapa masalah masih tak nampak jalan keluar, malah bertimpa-timpa, rezeki pun masih sempit.”
“Puan faham tak maksud istighfar? ”
“Iya faham, daku mohon ampun ya Allah.”
Ini Sebenar-benar Istighfar Yang Mak Ayah Kena Hadamkan
“Maaf puan, jangan kecik hati ya.. Puan dah mohon ampun dengan Allah atas dosa kesilapan sampai beribu kali sehari, dan jika puan betul ikhlas dengan Allah, bukan gunakan istighfar sebab nak selesai masalah atau rezeki, InsyaAllah antara manfaat pertama puan dapat daripada istighfar akan mula rasa bersalah bila buat maksiat, contohnya dedah aurat.
Akan mula labuhkan tudung menutupi dada bahagian depan, kiri dan kanan juga ya, tak pakai ketat dan jarang, lengan dan kaki juga ditutup. Jika mampu kurangkan solekan di wajah, bimbang solat tak sah jika tak betul-betul bersih, jika solat tak sah, nak harap apa lagi, itulah sebesar-besar istighfar.
Apabila Allah dah nampak kita bukan istighfar dengan lidah sahaja, tapi dari hati dan dibuktikan dengan perbuatan, Allah ya Fattah akan membuka satu persatu belenggu masalah kita.”
Allah ya Allah… Kadang nak keluar ayat ni memang susah sangat, bimbang orang kecik hati. Selalunya bergema dalam hati sahaja.
Istighfar yang lalai ituumpama kita mengejek Allah.. (kalam Ulama’)
~ iaitu istighfar/mohon ampun hanya pada lidah dan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa berdosa.
Cukup-cukuplah ujian yang kita hadap dalam rumah tangga setiap hari, tak perlu uji pasangan lagi. Jangan pula ada di kalangan kita sama ada suami atau isteri sanggup pula nak cuba-cuba uji pasangan kerana takut pasangan berlaku curang.
Mungkin cara ini sesuai untuk pasangan bercinta, kalau sudah berkahwin lebih baik berterus-terang lagi-lagi kalau dapat suami yang lambat faham. Kalau tak nak suami curang, pesan saja awal-awal.
Kalau nak suami bantu di rumah uruskan anak-anak, beritahu saja hal sebenar. Jangan berteka-teki, suami kan lurus orangnya. Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik.
Dalam Rumah Tangga, Tak Perlu Nak Cuba Uji Pasangan
Hidup dalam rumah tangga bukan tempat kita nak cuba-cuba uji pasangan kita.
“Aku nak tengok setia tak dengan aku. Itu je.”
“Habis tu kau nak buat apa?”
“Aku suruh kawan aku menyamar jadi budak perempuan yang suka dekat dia. Mesej dia selalu.”
Puan, hidup ini bukan untuk kita perjudikan dengan trial and error begitu. Cukuplah ujian sedia ada yang datang semula jadi ke rumah tangga kita.
Tak perlu nak tambah ujian sendiri. Sepatutnya apa respon yang puan nak suami lakukan kalau kena macam tu, itu yang puan kena beritahu.
“Bang, kalau ada orang lain tiba-tiba kata dia suka dekat awak. Dia sanggup jadi nombor dua. Tak minta banyak, nak awak jadi suami je. Saya nak awak tanya saya dulu ya.
Beritahu ke dia awak dah bina hidup rumah tangga ni lama dengan saya. Daripada kita tak ada rumah. Pergi sana sini naik motor sahaja. Berteduh bawa flyover highway sama-sama.
Awak pakaikan saya baju hujan. Biar awak lencun seorang tak apa. Masa lahir anak pertama awak pengsan sebab tak boleh tengok darah. Macam mana jaga anak semua awak belajar dengan mak saya.
Beritahu dia yang awak tak sanggup nak sia-siakan semua tu hanya sebab awak nak bela hidup orang lain. Boleh ye bang?”
Haaa! Tu contoh, contoh.
Maksudnya dekat sini, beritahu jelas-jelas. Bukan kau nak tengok-tengok nanti dia respon apa.
Lelaki ini jangan diuji. Mereka ni lurus. Nak faham diri sendiri pun masalah, lagilah nak faham kalian yang perempuan.
Jenis bercakap guna hati tapi macam bercakap guna mulut. Mana mahunya puan. Cakap dalam hati tu tak dengar dek siapa-siapa. Malaikat sahaja boleh dengar.
Suami tu dah lah bukan malaikat. Jenis selow pula. Ya Ampunnn.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Kami takut diuji. Haa!
MW: Jadi mak-mak jangan berkias dengan suami atau uji mereka, sebaliknya berterus-terang. Takut juga dari nak bagi ujian pada pasangan sendiri, kita pula yang sakit hati.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...