Kumpul harta sampai anak, isteri hilang kasih sayang! lebih baik jangan jadi kaya. Lebih baik hidup susah dan sederhana tetapi penuh dengan limpahan kasih sayang.
Memang benar duit bukan segalanya tetapi hidup memerlukan duit. Namun bersederhanalah dalam mengumpul harta, jangan sampai ada hati yang terluka dan menjauh.
Lebih Baik Jangan Jadi Kaya
Kongsi Izzah Rohaizad, baru-baru ini, datang jumpa owner rumah hendak jual property dia dan wife dia. Memang banyak gila.
Rumah berpuluh biji, tanah sampai tak ingat dekat mana ada… Geran pun banyak…
Satu saja pesanan dia… Jangan jadi macam saya.
Jangan jadi kaya kalau tidak pandai bahagiakan orang lain.
Kumpul Harta
Kalau rasa diri asyik kumpul harta sampai anak bini hilang kasih sayang better jangan jadi kaya…
Sebaik dia cerita masa dia muda jarang sekali bawa family, mak ayah bercuti atau berjalan bersama-sama…
Makan together pun boleh kira setahun sekali dua saja dan itu pun time hari raya.
Encik Zain bukan nama sebenar asyik kerja cari duit saja… Anak-anaknya lima orang dibesarkan wife dan memang jarang anak-anak dapat spend masa dengan dia sebab terlampau busy.
Ads
Sampai Anak, Isteri Hilang Kasih Sayang!
Bila sudah besar, anak-anak pula ikut haluan masing-masing semua hendak duduk jauh, tinggal berasingan. Dia still tidak rasa apa-apa perbezaan kerana bagi dia semua keperluan sudah cukup. Rumah besar dan kereta seorang satu…
But actually kebahagiaan sebenar dia tidak ada… Tak ada moment with family… Isterinya tak pernah ke luar negara makan angin sampailah wife dia sakit baru-baru ini…
Baru dia rasa hendak bawa wife pergi umrah… Tapi sudah terlambat semua itu. Sejak wife meninggal, anak-anak semua tak balik jenguk dia langsung… Semua buat hal masing masing..
Tapi dalam FB (Facebook) semua happy dengan pasangan masing-masing dan kadang kadang En Zain ini rasa cemburu tengok mak mertua anak mereka jalan-jalan pergi pantai, pergi Thailand , makan dekat Cameron.
Dan dia hanya emas buruk yang orang sudah tak pandang… Duit yang ada untuk apa…
So dia pesan, waktu ada kesempatan… Tolonglah luangkan masa bersama yang tersayang… Jangan asyik fikir duit, glamour dan darjat. Tak ke mana…
Bila Terlambat Harta Tak Berguna
Ini harta-harta yang saya ada ini nak buat apa? Anak-anak pun tak ambil tahu, yang ambil tahu ni pembantu saya… Pakcik Ahmad.. driver dia..
Saya sakit pun anak tak nak balik. Maybe ini balasan saya, tak pupuk kasih sayang dari kecil. Sebak dia cerita, merah mata tahan nangis.
Sebab tu I love my family…
Sentiasa bawa mereka makan, jalan jalan , melancong dan beli baju baru …
Ads
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan menjadi seorang ayah membuatkan seseorang lelaki menginginkan yang terbaik buat anak dan isterinya. Tetapi janganlah abaikan perasaan mereka bila kita terlalu mengejar harta. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua.
Suami peramah berpotensi tinggi ada skandal dengan wanita lain. Peramah merupakan salah satu sifat yang sering kali dipandang sebagai sesuatu yang positif.
Suami Peramah Berpotensi Tinggi Ada Skandal Dengan Wanita Lain
Suami yang peramah biasanya disukai oleh ramai orang kerana mereka pandai bergaul, mudah mesra, dan sering memberikan kesan yang baik kepada sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan mereka.
Namun begitu, sifat ini juga boleh membawa risiko, terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan di luar perkahwinan.
Mengapa Sifat Peramah Mungkin Menjadi Risiko?
Kesalahfahaman dalam Komunikasi
Apabila seorang suami terlalu peramah, ada kalanya sifat ini boleh disalah tafsir oleh wanita lain. Keprihatinan dan keakraban yang ditunjukkan mungkin dianggap sebagai minat romantis, walaupun sebenarnya suami tersebut hanya bersikap mesra tanpa niat lain. Ini boleh membuka ruang kepada salah faham dan seterusnya mencetuskan isu yang lebih serius.
Godaan Emosi
Hubungan yang bermula dengan perbualan ringan dan persahabatan boleh berkembang menjadi sesuatu yang lebih mendalam jika tidak dikawal. Perbualan yang terlalu kerap dan terlalu peribadi boleh mengundang perasaan emosi yang mendalam antara kedua-dua pihak. Dalam situasi ini, godaan untuk melangkaui batasan persahabatan menjadi semakin kuat.
Kurangnya Batasan
Suami yang peramah kadangkala mungkin tidak menyedari batasan yang perlu dijaga dalam hubungan sosial. Mereka mungkin terlalu terbuka dalam berkongsi cerita atau masalah peribadi dengan wanita lain. Ini boleh menyebabkan wanita tersebut berasa lebih rapat dan akhirnya, hubungan ini boleh melanggar sempadan yang sepatutnya dijaga dalam perkahwinan.
Langkah-langkah Mengelakkan Skandal
Komunikasi dengan Pasangan
Suami yang peramah perlu sentiasa berkomunikasi secara terbuka dengan isteri mereka. Apabila suami berbicara mengenai hubungan sosial mereka dengan isteri, ia boleh membantu dalam mencegah salah faham dan menguatkan kepercayaan dalam perkahwinan.
Mengenali Batasan
Penting bagi suami yang peramah untuk memahami dan menghormati batasan dalam perhubungan. Mereka perlu sedar bahawa tidak semua bentuk komunikasi dan keakraban sesuai, terutamanya apabila melibatkan wanita lain yang bukan isteri mereka.
Menghargai Pasangan
Suami harus sentiasa mengutamakan isteri dan perkahwinan mereka. Dengan memberikan perhatian yang lebih kepada isteri dan memastikan isteri sentiasa rasa dihargai, suami dapat mengurangkan risiko tercetusnya perasaan yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.
Sifat peramah merupakan satu aset yang berharga dalam kehidupan sosial dan profesional. Namun, bagi suami yang peramah, penting untuk sentiasa berhati-hati dan sedar akan risiko yang mungkin timbul akibat daripada sifat ini.
Dengan komunikasi yang baik, mengenali batasan, dan sentiasa menghargai pasangan, risiko skandal dengan wanita lain dapat diminimumkan. Perkahwinan adalah satu amanah yang memerlukan komitmen dan kepercayaan, dan setiap suami perlu berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terima seadanya. Kalau itu sudah ditakdirkan diberi anugerah anak istimewa, terimalah dengan syukur dan anggap ini adalah rezeki olehNya.
Mungkin dalam hati pasti terdetik kenapa kita yang dipilihNya untuk terima dugaan ini, dianugerahkan anak istimewa. Hanya DIA saja yang tahu dan terima seadanya. Rezeki terbaik dan terindah.
Inilah rezeki yang diberikan oleh pasangan ini apabila dikurniakan anak istimewa yang mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit sejak dilahirkan serta diabetes tahap 1.
Bagi pasangan, Farhah Izlin Abd Rahman, 26, dan suami, Suhail Zufairi Mohamad, 26 tahun, sekelumit pun tiada perasaan malu untuk terima kehadiran anak yang dilahirkan cukup istimewa ini.
Inilah permata hati pasangan ini. Seperti kanak-kanak lain, Nur Safiyyah Suhail Zufairi comel dan keletahnya menghiburkan walau dilahirkan dengan masalah sumbing bibir dan lelangit.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu juga menghidap tiroid dan diabetes tahap satu. Tolak ke tepi perasaan malu dan terima kekurangan anak tunggalnya ini.
Menurut Farhah Izlin yang berasal dari Pendang, Kedah ini, dia, suami dan seluruh keluarga terima dengan baik keadaan Nur Safiyyah selepas dapat tahu hasil ujian sampel yang dihantar ke Amerika Syarikat (AS).
“Selepas bersalin, baru saya tahu jadi begitu dan sebagai ibu, saya terima saja keadaannya walau macam mana sekalipun,” katanya.
Aktif & Ligat
Farhah Izlin berkata, walaupun ada penyakit, Nur Safiyyah tetap ligat dan aktif bermain, cuma rutin Nur Safiyyah tidak seperti kanak-kanak seusianya.
Katanya, anak istimewa itu perlu dipantau dan perlu mengambil suntikan insulin empat kali sehari bagi mengawal paras gula dalam badan.
.
“Buat masa ini Nur Safiyyah masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
“Sumbing bibir dan lelangitnya boleh dibaiki menerusi pembedahan, namun ia tidak dapat dijalankan buat masa ini kerana dia (Nur Safiyyah) ada masalah diabetes.
“Jadi, kena tangguhkan dulu pembedahan itu dan jaga Nur Safiyyah mengikut rutin seperti yang disyorkan doktor,” katanya.
Malah, tidak dinafikan, kisah Nur Safiyyah ini mendapat perhatian warga TikTok.
“Alhamdulillah, ramai mendoakan anak saya tetapi ada juga yang negatif mengata anak jadi begitu kerana suami merokok.
“Saya terima saja komen mereka dengan lapang dada. Tidak mahu terlalu memikirkannya kerana kami sudah lali dengan pandangan pelik segelintir masyarakat setiap kali bawa keluar Nur Safiyyah,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak istimewa ini. Pedulikan apa yang orang kata, Nur Safiyyah sangat istimewa.
Tak susah sebenarnya nak menjemput rezeki ini. Tapi anda kenalah lakukan amalan-amalan yang membolehkan rezeki datang kepada anda. 11 tip yang dikongsikan oleh Puan Nor Mahsuri Mhd Nordinini insyaAllah membantu.
1. Letakkanlah sedikit makanan dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang agar mereka tidak kelaparan.
2. Sisihkan sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya, genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
7. Belilah mushaf (Al-Quran) letakkan di salah satu madjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa kita, samada masih hidup atau telah meninggal dunia.
Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.