Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.

Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang yang membahayakan iaitu sinaran ultraviolet (UV).

Kulit Wajah Lebih Sihat & Berseri, Guna Bahan Alami Rawat Sunburn 

Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit.

Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.

Tip Elak Sunburn

Rendam Kapas Dalam Putih Telur, TEMPEK Kat Muka MUJARAB Tarik Keluar Blackhead & Kotoran Degil!

IKLAN

Scrub Tiga Bahan Rahsia Wajah Flawless & Glass Skin

  1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk yang maksimum.
  2. Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
  3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkan pakaian berwarna gelap.
  4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau paying.
  5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah kararak.
  6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

Rawatan Menggunakan Bahan Alami

Mayonis
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk aabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

Kulit Wajah Lebih Sihat & Berseri, Guna Bahan Alami Rawat Sunburn 

Tembikai
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukka wajah yang terbakar kerana matahari.

IKLAN

Kulit Wajah Lebih Sihat & Berseri, Guna Bahan Alami Rawat Sunburn 

Daun Lidah Buaya
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.

Masker Timun & Susu Tepung
Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan dua sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

Tomato
Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Bairkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri.

IKLAN

Rawat Diri

Bahan-Bahan:

Kulit Wajah Lebih Sihat & Berseri, Guna Bahan Alami Rawat Sunburn 

Lemon, Gula, Olive Oil

Cara Membuat:

  1. Campurkan gula, olive oil dan lemon
  2. Gaulkan dengan cepat kemudian sapu di muka.
  3. Biarkan 5 minit, kemudian bolehlah di skrub muka sampai bersih.
  4. Setelah selesai skrub muka wajib memakai serum supaya kulit muka tak kering. Pilih lah natural based serum supaya kulit muka kita lebih sihat dan berseri.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI