kulit-udang-jangan-buang

Sesetengah orang, bila siang udang akan buang kulitnya. Sebab nampak macam tak bermanfaatkan untuk isi rumah. Selepas ini, kulit udang jangan buang dan kenalah simpan ya.

Ini kerana, Doktor Mazliana Mazlan berkongsi kebaikan kulit udang untuk anak-anak. Lagi-lagi untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak.

Selain kaya dengan kalsium, kulit udang juga kaya dengan pelbagai khasiat dan mineral semulajadi sebagaimana yang doktor terangkan di bawah ini.

Ingat! Kulit Udang Jangan Buang

Kulit udang jangan buang tau.

Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.
Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit.

Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu.

Ads

Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.

Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.

Baca sini : Siang Udang, Jangan Buang Kepala, Kulitnya, Boleh Buat Baja Power Untuk Tanaman

Antara Mineral Lain Yang Ada Dalam Kulit Udang

Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium;

Ads
  • Fosforus
  • Iron
  • Magnesium
  • Zink
  • Sodium
  • Potasium
  • Selenium

Banyak kan mineral yang ada.

Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.

Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.

Korang cuba cari udang laut k, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.

Ads

Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak. Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.

Cari UDANG di sini : https://invol.co/claw429

Sumber/Foto : Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga. Follow saya di sini jugak k. instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat

Mingguan Wanita : Bila dah tahu khasiat dan kebaikan kulit udang ini, tidaklah terfikir lagi untuk membuangnya. Dan lagi best kulit udang ini sedap dijadikan stok rebusan penambah perasa semulajadi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI