Jika selama ini mak-mak buang saja kulit telur selepas memasak, apa kata kali ini cuci bersih dan simpan. Bila dah penuh sebakul, bolehlah tumbuk untuk dijadikan baja organik tanaman yang menyuburkan pokok di kediaman mak-mak.
Sebagaimana yang dikongsikan Jatye Atie Christie ini, tentang aktiviti paginya membuat baja organik dari kulit telur.
Katanya lagi, “Kulit telur mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit. Baja kulit telur bagus.
“Jangan tanya kenapa tumbuk kita memang rajin orangnya.”
Ada juga yang mengisar kulit telur dalam mesin pengisar, cuma risikonya blender akan jadi sedikit bercalar. Mak-mak yang rajin boleh juga menyangai kulit telur terlebih dahulu, dan kisar menggunakan blender (mesin pengisar).
Baca sini : Rahsia buat baja semulajadi guna bawang, bebas bahan kimia tanaman pun subur.
Pertama : Simpan kulit telur. Stok kulit telur dah banyak
Kedua : Cuci bersih lepas tu jemur kering untuk proses ditumbuk halus menggunakan lesung batu.
Ketiga : Proses menumbuk kulit telur hingga halus untuk dibuat baja sayuran.
Keempat : Proses menumbuk kulit telur dah siap untuk ditaburkan kat pokok sayuran. Satu sudu teh satu pokok.
Semoga bermanfaat.
MW : Boleh juga jika sekadar mahu meramas saja kulit telur, cuma semakin halus kulit telur, semakin cepat nutrisi baja diterima oleh tumbuhan mak-mak.
Sumber/Foto : Jatye Atie Christie