Kulit Sensitif Pakai Deodorant, PETUA Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun LIMAU PURUT!

Share

Kulit Sensitif Pakai Deodorant, PETUA Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun LIMAU PURUT! Sesetengah orang memang mempunyai kulit yang cukup sensitif apabila menggunakan pewangi ketiak (deodorant).Kulit mudah merengsa kemerahan, lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan alkohol.

Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau ketiak ini dengan hanya menggunakan daun limau purut.

Ikut petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusuf ini sebagai panduan;

Hanya guna daun limau purut je untuk hilangkan bau ketiak. Cuma satu bahan sahaja tapi kesan nye, In Shaa Allah hilang terus bau yang kurang menyenangkan tu.

Meh Kak Ya nak share macam mane nak hilangkan bau ketiak tu.

Cara-Caranya:

1. Ambil beberapa helai daun limau purut, potong halus lepas tu ramas sehingga keluar bau.

2. Gosokkan daun limau purut tadi pada ketiak semasa mandi.

3. Semasa menggosok, pada mulanya akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat.Lama-kelamaan bau akan semakin hilang.

4. Amalkan selalu, nanti akan mendapat kesan yang menakjubkan.

Boleh jadi ganti pada kulit yang sensitif dengan deodorant tu.

InsyaAllah hilang bau yang tak sepatutnya pada badan kita nanti, bau wangi je.

Petua mudah daripada Kak Ya Leha Yusuf
#khasiat_daunLimau

Mesti Baca:Guna Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Kelemumur Rambut Berbau Wangi !
Baca Lagi Di Sini:Mandi Air Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Keletihan & Buang Toksin Dalam Badan!
Artikel Menarik:Kaedah ‘Tarik Dahan’ Pokok LIMAU PURUT Rendang, Berbuah Lebat Berdaun Lebar!

Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi petua hilangkan bau busuk ketiak guna bahan semulajadi, daun limau purut. Bagi mak-mak yang sensitif menggunakan pewangi ketiak seperti deodoran boleh cuba amalkan petua mudah ini.

Sumber:Leha Yusuf

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab