
Isi Kandungan
ToggleKulit Sensitif Pakai Deodorant, PETUA Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun LIMAU PURUT! Sesetengah orang memang mempunyai kulit yang cukup sensitif apabila menggunakan pewangi ketiak (deodorant).Kulit mudah merengsa kemerahan, lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan alkohol.
Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau ketiak ini dengan hanya menggunakan daun limau purut.
Ikut petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusuf ini sebagai panduan;
Hanya guna daun limau purut je untuk hilangkan bau ketiak. Cuma satu bahan sahaja tapi kesan nye, In Shaa Allah hilang terus bau yang kurang menyenangkan tu.
Meh Kak Ya nak share macam mane nak hilangkan bau ketiak tu.
Cara-Caranya:
1. Ambil beberapa helai daun limau purut, potong halus lepas tu ramas sehingga keluar bau.
2. Gosokkan daun limau purut tadi pada ketiak semasa mandi.
3. Semasa menggosok, pada mulanya akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat.Lama-kelamaan bau akan semakin hilang.
4. Amalkan selalu, nanti akan mendapat kesan yang menakjubkan.
Boleh jadi ganti pada kulit yang sensitif dengan deodorant tu.
InsyaAllah hilang bau yang tak sepatutnya pada badan kita nanti, bau wangi je.
Petua mudah daripada Kak Ya Leha Yusuf
#khasiat_daunLimau

Mesti Baca:Guna Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Kelemumur Rambut Berbau Wangi !
Baca Lagi Di Sini:Mandi Air Daun Limau Purut, PETUA Berkesan Hilangkan Keletihan & Buang Toksin Dalam Badan!
Artikel Menarik:Kaedah ‘Tarik Dahan’ Pokok LIMAU PURUT Rendang, Berbuah Lebat Berdaun Lebar!
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi petua hilangkan bau busuk ketiak guna bahan semulajadi, daun limau purut. Bagi mak-mak yang sensitif menggunakan pewangi ketiak seperti deodoran boleh cuba amalkan petua mudah ini.
Sumber:Leha Yusuf
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Rumah Di Tanah Sendiri, Usahawan Yatie Kamarzaman Pesan Cari Arkitek Dulu, Bukan Kontraktor!

Isi Kandungan
ToggleSeronok melihat pencapaian usahawan berjaya Yatie Kamarzaman,40 ini dalam mengejar impian untuk memiliki rumah impian sendiri. Selepas 20 Tahun berusaha gigih, rumah idaman kakak kepada Dato Sri Aliff Syukri ini dijangka bakal siap pada Disember 2024.
Sepanjang proses pembinaan rumah impian tersebut, pemilik the_hijab.co ini, ada berkongsi panduan dan langkah yang betul sebelum ingin membuat rumah di atas tanah sendiri. Ia bagi mengelakkan kerugian kos jika ditipu oleh pihak kontraktor.
Berikut perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan.
Selepas 20 tahun, akhirnya dream home Kak Yatie dengan @mohamad.zaidi.aziz terlaksana. Selebihnya kami plan kepada investment insyallah.
Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang ‘planning’ untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.
1. Beli Tanah Kawasan Ada ‘Value’
Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian.
If memang itu je budget yang ada & planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
2. Ambil MLTT atau MRTT
Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sebab MLTT ada hibah, saving & coverage dalam insuran tu.
3. Minta Salinan Geran Tanah
Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi & tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
4. Lantik Arkitek
Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hire lah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dengan PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
5. Lantik Peguam
Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita & architect ( PAM agreement) serta kita dengan main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up supaya mengelakkan isu tak diingini.
6. Rancang Bayar Tunai Pinjaman, Jimatkan ‘Interest’
Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperti 30 tahun berhutang. Sebeb tu kena dapatkan info selengkapnya.
Langkah Seterusnya Jika Ingin Buat Rumah Sendiri
Bagi yang ada planning nak buat di tanah sendiri follow simple step ni. Insyallah tak susah hati if kontraktor lari bila kerja tak siap, construction tak ikut spec atau lari budget. Yang ni baru 10% sahaja. Ikut timeline siap Dis 2024 Insyallah.
1. Cari Arkitek Dahulu
Cari arkitek dulu. Bukan kontraktor. Di bawah arkitek nanti mereka akan lantik Structural & Civil Engineer, Quantity Surveyor, Mechanical &Electrical Engineer dan others specialist consultant.
Arkitek akan dapatkan harga total projek yang dipersetujui untuk open tender pada kontraktor. Ini bertujuan untuk award kontraktor yang qualified.
Arkitek dah ada anggaran harga projek, sebab Quantity Surveyor dah kira kos projek.
2. Cari ‘Interior Designer’
Then baru cari Interior Designer selepas keluar drawing dari architect. Ada PAM agreement. Tapi, untuk secure hire lawyer on behalf kita dengan kontraktor pula. Jika mereka gagal deliver projek seperti dijadualkan, penalti akan dikenakan.
Kenaikan harga binaan tidak akan jejas atau bertambah sepanjang projek berlangsung. Kecuali VO atas unforseen event.
Apa pun, architect akan keluarkan sijil untuk approve sebelum payment release. Jadi, semua binaan adalah mengikut spefikasi.
Sebarang isu berkenaan PBT semasa projek berlangsung, owner tidak akan menjawab. Kerana sudah di bawah tanggungjawab kontraktor. Kalau kena saman etc, mereka yang kena jawab dan bayar.

Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Agih Harta Siap-Siap, Ada Waris Anak Perempuan Sahaja Elok Sangat Buat HIBAH
Baca Lagi Di Sini:“Nak Cantik Itu PILIHAN, Ramai Yang Tak Cantik Walaupun Ada Duit Kepuk-Kepuk,”
Artikel Menarik:Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu ‘Renovate’ Rumah!
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita hebat ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berjaya dalam mengejar impian. Jika ingin buat rumah idaman atas tanah sendiri, ikut panduan yang dikongsikan ini, supaya tak mudah ditipu oleh pihak kontraktor. Malah segala proses pembinaan rumah berjalan dengan lancar.
Sumber: Yatie Kamarzaman
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Mak Hebat, Sediakan Hanya Sepasang Baju Sekolah, Jimat Masa, Tenaga & Tidak Membazir

Hanya sepasang baju sekolah. Ada beranggapan mak ayah berkira dan tak kurang juga yang rasa hebat sebab setiap hari kena basuh baju sekolah anak. Rajin sangat maknya.
Bila masuk awal persekolahan, perkara yang selalu difikirkan oleh mak ayah tentulah keperluan persekolahan seperti buku, yuran dan lebih-lebih lagi baju sekolah yang perlu diganti.
Mana yang elok masih boleh diguna pakai dan bagi yang baru anak nak masuk sekolah dah tentu kena ada beberapa pasang. Belum lagi uniform untuk sekolah agama.
Bila dah banyak baju sekolah, tak kira lagi masak untuk menyental baju setiap hujung minggu, masa khas untuk menggosok baju dan sebagainya.
Ada cara dan tip terbaik untuk mak-mak praktikkan dengan hanya sepasang baju sekolah. Kiranya ibu yang hebat kalau sediakan sepasang saja. Boleh ikut cara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Rajin Lipat Baju Walau Setinggi Gunung, Cari Waktu Bertenang & Bilik Tertutup
Cara Mudah Bersihkan ‘Daki’ Baju Sekolah, Guna CIF, Sapu, Gosok Saja, Hilang Kotoran!
Hanya Sepasang Baju Sekolah, Jimat & Cepat
Masuk sesi sekolah yg baru tahun 2023, saya ada 2 orang anak yang bersekolah rendah. Baju uniform yang saya sediakan cuma sepasang setiap satu.
Sepasang baju sekolah daan sepasang baju sukan untuk setiap anak.
Itu pun untuk anak kedua, baju sukan dia saya recycle baju kakak dia yang sudah kecil.
Pakai selagi muat dan Masih elok. Ganti, hanya kalau rosak atau sudah kecil.
Baju sekolah mereka saya cuci setiap hari. Iron pada waktu malam ketika masih lembab dan saya akan gantung. Esokknya, baju itu sudah siap untuk dipakai ke sekolah.
Sebenarnya, kaedah ini saya guna pakai sejak sesi persekolahan tahun lepas lagi. Dah berlatih dan saya rasa tenang, lebih lapang.
Sebab bila kurang harta, kurang juga effort dari segi masa dan tenaga untuk menjaga harta tersebut.
Antara perkara best bila baju hanya sepasang.
1. Saya tak perlu jahit lencana dan name tag banyak-banyak pada baju anak.
2. Semasa hujung minggu, saya tak perlu berpeluh-peluh gosokkan baju sekolah anak banyak-banyak. Hujung minggu boleh jenjalan.
3. Baju hanya sepasang tu akan dijaga dengan lebih baik. Sebab dia dibasuh setiap hari. Kotoran degil tak melekat lama.
4. Beban laundry berkurang.
5. Tak membazir. Kalau anak dah membesar, baju lama cuma ada satu je yang terbuang.
6. Paling best, stoking dan headscarf (anak tudung) pun turut tak hilang. Sebab bila anak cuci baju sekolah. 2 benda tu anak akan letak juga dalam washer dan boleh diuruskan. Kalau tak, dia akan bersepah-sepah dan bercampur dengan baju-baju basahan yang lain. Alamatnya kalau tak hilang satu, dua-duanya akan hilang tanpa berita.

Esoknya siaplah. Dia akan selongkar bakul laundry sebab nak cari stoking sebelah lagi tak jumpa.
Sesiapa yang rasa benda ni masuk akal…boleh la cuba buat tahun ni. Tahun depan dah boleh apply. Lagipun baju uniform sekarang ni boleh bikin berdengung juga ya.
Mingguan Wanita: Dengan keadaan sekarang ini, memang bagus mak ayah praktikkan macam ni. Cuma rajin atau tidaklah nak menyental tiap-tiap hari tu.
Sumber: Nabilah Solehah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali

Isi Kandungan
ToggleSelalu kita fikir minyak masak dalam paket yang dijual di pasaran adalah hasil dari minyak terpakai. Sebab itulah harganya pun lagi murah. Tak dinafikan, ia menjadi alternatif untuk mak-mak memandangkan harga minyak dalam botol agak mahal.
Namun, ada khabar-khabar angin yang mengatakan minyak masak dalam paket ini adalah hasil dari bahan terpakai, sebab itulah harganya lebih murah. Mulalah menimbulkan keraguan di kalangan mak-mak.
Jangan mudah menafsir tanpa sebarang bukti. Semuanya tidak betul dan minyak masak dalam paket ini bukanlah dari minyak terpakai. Kalau nak tahu kualitinya pun hampir sama dengan minyak masak dalam botol. Ikuti perkongsian daripada Dr Che Puteh Osman ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit
Rupanya Begini Cara Orang Jepun, Buang Lebihan Minyak Masak Terpakai
Info Lebih Menarik DI SINI
Minyak Masak Dalam Paket, Kualiti Sama
BENARKAH MINYAK MASAK MURAH ADALAH MINYAK KITAR SEMULA?
Baru-baru ini saudara saya ada kongsikan video yang mengatakan minyak masak terpakai diproses semula menjadi minyak masak untuk menggoreng.
Saya ingin mengulas mengenai minyak terpakai ini. Benarkah minyak masak murah
sebenarnya minyak kitar semula?
Sebenarnya minyak masak dalam pek kecil masih bersubsidi sebab itu harganya masih murah.
Minyak masak mentah yang diperoleh di kilang minyak sawit adalah berwarna merah dan separa pepejal. Ia berwarna merah kerana ia mengandungi karotenoid yang tinggi.
Manakala ia separa pepejal kerana mengandungi asid lemak tepu iaitu asid palmitik dan asid stearik sekitar 60-70% manakala selebihnya adalah asid lemak tidak tepu iaitu asid oleik dan asid linoleik sekitar 30-40%. Asid lemak tepu berbentuk pepejal manakala asid lemak tidak tepu berbentuk cecair.
Proses pemeringkatan (fractionation) dilakukan bagi menghasilkan minyak sawit dengan menyejukkan minyak sawit ini. Asid lemak tepu akan membeku dan dipisahkan dengan asid lemak tidak tepu.
Lalui Proses Pemeringkatan
Minyak masak kita mengandungi tinggi kandungan asid tidak tepu seperti asid oleik sekitar 40-44% dan asid linoleik sekitar 10-13%. Selebihnya adalah asid tepu palmitik sekitar 40-43%. Ini menjadikan ia lebih stabil apabila digoreng dan tidak mudah teroksida.
Kebiasaannya minyak sawit menjalani sekali atau lebih proses pemeringkatan bagi memastikan kualiti minyak masak. Selain itu, masa dan tempoh proses pemeringkatan mempengaruhi kualiti minyak masak. Ia juga bergantung kepada kualiti buah sawit dan kualiti minyak sawit mentah yang digunakan untuk menghasilkan minyak masak.
Namun begitu, tidak dinafikan terdapat minyak masak berkualiti rendah yang kelihatan sedikit keruh. Ini kerana minyak masak ini dihasilkan melalui satu proses pemeringkatan atau proses pemeringkatan yang terlalu singkat.
Ini menyebabkan kandungan asid lemak tepu di dalam minyak masak tersebut lebih tinggi berbanding minyak masak yamg melalui lebih dari sekali proses pemeringkatan atau melalui proses pemeringkatan yang lebih lama.
Sebab itu minyak yang mengandungi asid lemak tepu yang lebih tinggi kelihatan sedikit keruh. Tetapi ia boleh digunakan, cuma tidak digalakkan menggoreng banyak kali dan tidak digalakkan menyimpan minyak lebih lama.
Elak Guna Banyak Kali
Untuk kesihatan, elakkan menggoreng menggunakan minyak yang sama banyak kali. Ini kerana proses pemanasan berkali-kali berisiko menghasilkan bahan berbahaya disebabkan proses pengoksidaan, hidrolisis dan pempolimeran asid lemak di dalam minyak masak.
Proses ini bukan sekadar berlaku dalam minyak masak sawit, ia juga berlaku dalam minyak zaitun, minyak soya, minyak biji matahari dan lain-lain.
Benarkah minyak masak terpakai itu digunakan untuk menghasilkan minyak masak kitar semula?
Untuk mengesahkan hal ini, saya telah menghubungi rakan sekelas saya ketika ijazah pertama dahulu untuk mendapatkan pandangannya. Ini kerana beliau bekerja di sektor industri kelapa sawit.
Menurut rakan saya, minyak terpakai itu dibeli untuk menghasilkan biodiesel. Ini kerana walaupun minyak masak telah terhidrolisis, bahan yang digunakan untuk menghasilkan biodiesel adalah dari bahan terhidrolisis tersebut.
Bahan tersebut akan melalui proses tindakbalas ester menghasilan fatty acid methyl ester (FAME). FAME akan diadunkan dengan diesel mengikut peratusan yang ditetapkan MPOB. Maka terhasillah biodiesel.
Di Malaysia ada satu syarikat yang monopoli pembelian minyak terpakai ini. Dan minyak terpakai yang dibeli syarikat ini digunakan untuk menghasilkan biodiesel. Namun, di luar pengetahuan kami sama ada adakah terdapat aktiviti secara haram membeli minyak terpakai untuk menghasilkan minyak masak kitar semula.
Namun harus diingat, pembelian dan pemprosesan minyak terpakai ini dipantau Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Jadi, kemungkinan terjadi itu agak tipis.

Oleh itu, belilah minyak dari syarikat yang mempunyai reputasi seperti Felda Golden Ventures dan Sime Darby. Ini kerana mereka telah memperoleh akreditasi kualiti dan berstatus halal. Jika mereka melakukan seumpama ini tentulah reputasi, akreditasi kualiti dan persijilan halal mereka terjejas.
Ingatlah, minyak murah dalam plastik atau botol satu kilogram bukanlah minyak terpakai. Ia murah kerana ia bersubsidi.
Mingguan Wanita : Kena faham betul-betul ye!
Sumber: Dr Che Puteh Osman
Baca Menarik Lagi DI SINI: Petua Pokok Berbuah Lebat, Tak Berulat, Tabur Garam & Guna Minyak Masak Terpakai
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI